KUANTAN: Jabatan Integriti Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman telah menyediakan laporan lengkap berkaitan dakwaan 125 laporan salah laku anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang belum diambil tindakan seperti yang didedahkan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebelum ini.
Menurut Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani, pihaknya akan meneliti laporan yang dikatakan belum dimaklumkan kepada SPRM berkaitan tindakan yang perlu diambil kepada pegawai dan anggota yang terlibat dengan pelanggaran tatatertib.
Tambah Acryl Sani, PDRM tidak pernah berkompromi atau mengambil mudah tentang perkara itu sebaliknya sentiasa menjalinkan kerjasama erat dengan setiap agensi bagi memastikan integriti dalam PDRM sentiasa ditegakkan.
"Mungkin ada dalam proses, mungkin ada yang lambat dihantar. Tetapi tidak ada laporan yang kita ambil orang kita itu kita ketepikan dan kita tidak susuli dengan tindakan kerana kita memang serius apa juga pelanggaran tatatertib mana-mana pegawai dalam ucapan saya tadi kita sentiasa berpegang teguh kepada integriti dalam setiap apa juga yang kita lakukan," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Pahang antara Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf dan penggantinya, Datuk Yahaya Othman di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang pada Rabu.
Acryl Sani berkata, pihaknya akan sentiasa memberi kerjasama bukan sahaja kepada SPRM tetapi juga kepada Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (SIAP) untuk memaklumkan tindakan-tindakan tatatertib yang diambil.
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki sebelum ini mendedahkan terdapat 553 laporan salah laku termasuk 125 laporan membabitkan anggota polis tidak diendahkan oleh agensi berkaitan walaupun syor agar tindakan diambil telah dibuat SPRM.
Mohd Zalani Md Atan
Wed May 10 2023
Ketua Polis Negara Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani berucap pada Majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Pahang di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang, hari ini. - Foto BERNAMA
Zelensky sedia berunding dengan Putin
Presiden Ukraine Volodymyr Zelensky menyatakan kesediaan untuk mengadakan rundingan secara langsung dengan Presiden Rusia Vladimir Putin, tetapi di bawah syarat tertentu.
Bekas TKSUS Muhyiddin jumpa wakil Wan Saiful berhubung projek Jana Wibawa
Asmar berkata terdapat juga beberapa individu berjumpa secara terus dengan Muhyiddin berhubung permohonan projek berkenaan sebelum berjumpa dengan beliau.
Gelombang kedua banjir landa Bintulu - Bomba
Kawasan yang terjejas termasuk Kidurong Avenue, Taman Bilangan, Sungai Plan dan Jambatan Sebatang.
MAHAR kecam keras rancangan pemindahan rakyat Palestin, nyatakan solidariti
Malaysian Humanitarian Aid & Relief (MAHAR) dengan tegas menolak dan mengutuk rancangan pemindahan yang dicadangkan oleh Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump terhadap rakyat Palestin.
Tumpuan Khamis – 6 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Sewaan 28 helikopter dilakukan secara teratur, ikut keperluan - Mohamed Khaled
Sewaan 28 buah helikopter untuk kegunaan pelbagai agensi keselamatan negara telah dilakukan secara teratur dan bersandarkan keperluan, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.
Turkiye siasat serangan udara Israel yang bunuh tiga rakyatnya
Pendakwa raya Turkiye melancarkan siasatan terhadap serangan udara Israel yang mengorbankan tiga rakyat Turkiye yang cuba menyeberang dari Lubnan ke Israel.
Polis Johor lumpuh 25 sindiket edar dadah skala besar tahun lepas
Polis percaya berjaya melumpuhkan 25 sindiket pengedaran dadah berskala besar dengan penahanan 99 anggota sindiket itu dan menyita pelbagai aset bernilai RM17.23 juta, tahun lepas.
Mayat ditemukan selepas lapan jam kereta terbabas
Polis berkata mayat lelaki berusia 32 tahun itu ditemukan di timbunan rumput di tepi tebing parit oleh Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) pada jarak 100 meter dari kawasan kemalangan.
Permohonan Biasiswa Yang di-Pertuan Agong 2025 dibuka hingga 28 Feb - JPA
Permohonan secara dalam talian bagi Biasiswa Yang di-Pertuan Agong (BYDPA) 2025 dibuka bermula 3 Feb hingga akhir bulan ini.
Bekas Ketua Polis Negara Acryl Sani terima Darjah Utama Bakti Cemerlang Singapura
Bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani dianugerahkan Darjah Utama Bakti Cemerlang oleh Presiden Singapura Tharman Shanmugaratnam.
PUNB peruntuk RM5 juta, sasar lebih 300 peserta JumPER tahun ini - Acryl Sani
Pertambahan jumlah pembiayaan itu adalah susulan kejayaan peserta JumPER sebelum ini dalam bidang keusahawanan diceburi masing-masing.
Acryl Sani dahului 1,209 senarai penerima darjah kebesaran Sabah
Acryl Sani adalah antara dua penerima Seri Panglima Darjah Kinabalu (SPDK) yang membawa gelaran Datuk Seri Panglima.
Bekas Ketua Polis Negara Acryl Sani dilantik Pengerusi PUNB berkuat kuasa hari ini
PUNB mengumumkan pelantikan bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani sebagai pengerusinya berkuat kuasa hari ini.
'Saya tinggalkan PDRM dengan hati terbuka' - Acryl Sani
Selepas 37 tahun mencurah bakti, bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani hari ini mengucapkan selamat tinggal kepada pasukan Sang Saka Biru.
Peralihan kuasa kepimpinan PDRM: 'Tidak ada apa yang janggalnya' - KPN Acryl Sani
Kata Acryl Sani, tiada apa yang janggal dalam proses peralihan kuasa kepimpinan Polis Diraja Malaysia membabitkan dirinya.
Tiada kontroversi dalam soal penggantian Acryl Sani - Saifuddin Nasution
Katanya, soal penggantian jawatan Ketua Polis Negara ialah satu proses biasa.
Sultan Perak rasmi Kem Batalion 3 PGA Bidor
Keberangkatan tiba baginda kira-kira jam 9.35 pagi disambut Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad.
Ketua Polis Daerah diseru tingkat mutu perkhidmatan, kurangkan birokrasi - KPN
Semua ketua polis daerah dinasihat agar menghindari sikap buruk yang menonjolkan sifat angkuh, sebaliknya menerapkan nilai-nilai murni serta memberi keutamaan kepada keperluan pelanggan.
Polis siasat kumpulan dakwa pewaris Kesultanan Sulu - KPN
Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerima satu laporan polis berhubung tindakan sekumpulan penuntut yang mendakwa sebagai pewaris Kesultanan Sulu yang mengemukakan tuntutan melalui notis timbang tara mele