KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menegaskan tiada penyalahgunaan kuasa atau penyelewengan dalam siasatan berkaitan kenyataan berbaur fitnah terhadap isteri perdana menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata siasatan dijalankan secara profesional berlandaskan prosedur yang ditetapkan undang-undang.
"Kertas siasatan telah dirujuk ke Pejabat Peguam Negara selari dengan peruntukan Perkara 145 (3) Perlembagaan Persekutuan dan masih di peringkat kajian," katanya dalam kenyataan hari ini.
Mohd Shuhaily berkata pihaknya turut menyangkal dakwaan pihak tertentu berhubung isu kegagalan menjawab soalan pegawai penyiasat semasa rakaman percakapan diambil mengikut Seksyen 112 Kanun Tatacara Jenayah.
"Keengganan memberi kerjasama dilihat daripada konteks kegagalan memberi maklumat berhubung capaian kepada data berkomputer sebagaimana peruntukan Seksyen 116B Kanun Tatacara Jenayah dan Seksyen 249 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
"Melalui peruntukan ini, pegawai polis yang menjalankan penggeledahan hendaklah diberi capaian kepada data komputer termasuk kata capaian, kod penyulitan, kod penyahsulitan, perisian atau perkakasan yang perlu dan cara lain yang dikehendaki untuk membolehkan pemahaman data berkomputer," katanya.
Pada 22 Okt lepas, PKR Bandar Tun Razak membuat laporan polis terhadap tiga pengguna media sosial yang didakwa memuat naik hantaran berbaur fitnah terhadap Dr Wan Azizah yang juga Ahli Parlimen Bandar Tun Razak.
Susulan itu, penyedia kandungan media sosial terbabit yang dikenali sebagai 'Ratu Naga' memberi keterangan kepada polis Khamis lepas berhubung hantaran berkenaan.
Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain dilaporkan berkata Ratu Naga tidak menjawab 33 soalan yang ditanya dan polis merampas sebuah telefon bimbit dan kad sim.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Nov 01 2023
![PDRM tegaskan tiada salah guna kuasa dalam siasatan kes fitnah Wan Azizah PDRM tegaskan tiada salah guna kuasa dalam siasatan kes fitnah Wan Azizah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/61698823555_MohdShuhailyMohdZ.jpg)
Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata siasatan dijalankan secara profesional berlandaskan prosedur yang ditetapkan undang-undang. - Gambar/ Bernama
![Perspektif Syafiq Kyle Perspektif Syafiq Kyle](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739075231_tbSyafiqKylepelak.jpg)
Perspektif Syafiq Kyle
Meskipun namanya kini menjadi perhatian susulan populariti drama One Cent Thief, Syafiq Kyle tidak terburu-buru untuk menembusi pasaran Asia.
![Negara-negara Arab kecam cadangan PM Israel tubuhkan negara Palestin di Arab Saudi Negara-negara Arab kecam cadangan PM Israel tubuhkan negara Palestin di Arab Saudi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/61728283819_BenjaminNetanyahu.jpg)
Negara-negara Arab kecam cadangan PM Israel tubuhkan negara Palestin di Arab Saudi
Kementerian Luar Palestin dalam satu kenyataan menyifatkan cadangan Netanyahu sebagai "bersifat perkauman dan anti-perdamaian".
KPM perkasa pelaksanaan NACS 2024-2028 menerusi pendidikan
Kementerian Pendidikan (KPM) berusaha memastikan agenda pencegahan rasuah terus diperkasakan menerusi pelaksanaan Strategi Pembanterasan Rasuah Nasional (NACS) 2024-2028.
![Iran desak mesyuarat tergempar OIC, bincang rancangan Trump terhadap Gaza Iran desak mesyuarat tergempar OIC, bincang rancangan Trump terhadap Gaza](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41738916821_GazaPalestineHam.jpg)
Iran desak mesyuarat tergempar OIC, bincang rancangan Trump terhadap Gaza
Cadangan kontroversi itu mencetuskan kecaman global termasuk daripada rakyat Palestin, negara Arab, Kanada, Perancis, Jerman dan UK.
DBKL tutup pusat sembelih ayam kotor
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menutup sebuah pusat penyembelihan ayam dan pusat pemprosesan makanan ayam di Taman Perindustrian IKS dan Spring Crest Industrial Park.
Masih banyak jalan raya di Johor perlu dinaik taraf - Onn Hafiz
Masih banyak jalan raya di Johor perlu diperbaik dan dinaik taraf dengan segera kerana keadaan itu sangat membahayakan keselamatan pengguna.
Banjir: Mangsa di Sabah meningkat, Sarawak menurun
Jumlah mangsa banjir di Sabah yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) terus meningkat manakala Sarawak mencatatkan penurunan setakat pagi ini.
[TERKINI] Setia City Mall beroperasi semula
Dalam kenyataan pada Ahad, pihak pengurusan pusat beli-belah itu memaklumkan mereka telah menerima kelulusan daripada pihak berkuasa untuk meneruskan operasi sementara siasatan masih dijalankan.
![CIMB peruntuk RM3.6 juta buat 9,000 penghuni empat PPR CIMB peruntuk RM3.6 juta buat 9,000 penghuni empat PPR](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739073324_tbCIMBSATUPEMIMPI.jpg)
CIMB peruntuk RM3.6 juta buat 9,000 penghuni empat PPR
CIMB Group Holdings Berhad (CIMB) memperuntukkan RM3.6 juta menerusi program Satu Pemimpin Satu Kampung (Santuni MADANI) bagi membantu lebih 9,000 penghuni daripada empat Projek Perumahan Rakyat (PPR)
[TERKINI] Insiden tembak Setia Alam: Polis sudah kenal pasti penembak
Polis sudah mengenal pasti suspek terlibat dalam insiden tembakan di sebuah pusat beli-belah di Setia Alam, malam tadi yang melibatkan warga tempatan.
![PDRM tegaskan tiada salah guna kuasa dalam siasatan kes fitnah Wan Azizah PDRM tegaskan tiada salah guna kuasa dalam siasatan kes fitnah Wan Azizah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/61698823555_MohdShuhailyMohdZ.jpg)
PDRM tegaskan tiada salah guna kuasa dalam siasatan kes fitnah Wan Azizah
Polis Diraja Malaysia (PDRM) menegaskan tiada penyalahgunaan kuasa atau penyelewengan dalam siasatan berkaitan kenyataan berbaur fitnah terhadap Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
![Anwar ucap selamat hari lahir kepada Wan Azizah Anwar ucap selamat hari lahir kepada Wan Azizah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/71670085511_TBanwar.jpg)
Anwar ucap selamat hari lahir kepada Wan Azizah
"Tanpa Azizah di sisi, tidak mungkin saya mampu menggalas amanah yang cukup berat saat ini," demikian ungkapan Anwar sempena sambutan ulang tahun hari kelahiran isterinya.
![PRU15: Wan Azizah yakin PKR mampu tawan semula Bandar Tun Razak PRU15: Wan Azizah yakin PKR mampu tawan semula Bandar Tun Razak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/61666842594_WanAzizah.jpg)
PRU15: Wan Azizah yakin PKR mampu tawan semula Bandar Tun Razak
Wan Azizah berharap peristiwa yang menyaksikan dua penyandang di kerusi tersebut keluar parti juga tidak berulang.
!['Kilauan kuasa itu memukau, saya lihat semasa saya menjadi menteri dahulu' - Anwar 'Kilauan kuasa itu memukau, saya lihat semasa saya menjadi menteri dahulu' - Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/61657886014_TBANWARIBRAHIM.jpg)
'Kilauan kuasa itu memukau, saya lihat semasa saya menjadi menteri dahulu' - Anwar
Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui bahawa beliau banyak kehilangan kawan politik disebabkan mempertahankan prinsip.
![Siasatan memoir Tommy Thomas: Wan Azizah hadir beri keterangan di Bukit Aman Siasatan memoir Tommy Thomas: Wan Azizah hadir beri keterangan di Bukit Aman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-01/61643359386_WanAzizah.jpg)
Siasatan memoir Tommy Thomas: Wan Azizah hadir beri keterangan di Bukit Aman
Buku bertajuk -My Story: Justice in the Wilderness- ditulis bekas peguam negara Tommy Thomas itu diterbitkan tahun lalu.
![PRN Sarawak: Anwar, Kak Wan terkejar-kejar, harap sentuhan peribadi menjadi PRN Sarawak: Anwar, Kak Wan terkejar-kejar, harap sentuhan peribadi menjadi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-12/61639390564_AnwarIbrahimPRNS.jpg)
PRN Sarawak: Anwar, Kak Wan terkejar-kejar, harap sentuhan peribadi menjadi
Datuk Seri Anwar Ibrahim membayangkan bahawa dirinya sebagai 'a man in a hurry' dek keperluan untuk mengunjungi 28 kawasan DUN yang ditandingi PKR dalam Pilihan Raya Sarawak ke-12 kali ini.
![Isu rakyat tidak dapat dibincangkan bila Parlimen ditutup - Wan Azizah Isu rakyat tidak dapat dibincangkan bila Parlimen ditutup - Wan Azizah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-06/61622771601_TBWanAzizah.jpg)
Isu rakyat tidak dapat dibincangkan bila Parlimen ditutup - Wan Azizah
Penutupan Parlimen sejak sesi berakhir 15 Disember tahun lepas mengakibatkan isu rakyat tidak dapat dibahaskan dengan tuntas.
![Jadi...kami berdua kalah - Tun M dakwa hanya 62 Ahli Parlimen sokongnya jadi PM Jadi...kami berdua kalah - Tun M dakwa hanya 62 Ahli Parlimen sokongnya jadi PM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-08/41598533856_BekasPerdanaMenter.jpg)
"Jadi...kami berdua kalah" - Tun M dakwa hanya 62 Ahli Parlimen sokongnya jadi PM
Atas tindakan Ahli Parlimen Port Dickson itu, Dr Mahathir berkata, wakil rakyat PH tidak lagi mahu menamakan beliau sebagai Perdana Menteri.
![Istana Negara dijangka keluarkan satu kenyataan rasmi petang ini (Isnin) Istana Negara dijangka keluarkan satu kenyataan rasmi petang ini (Isnin)](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-03/81585390439_ISTANANEGARA.jpg)
Istana Negara dijangka keluarkan satu kenyataan rasmi petang ini (Isnin)
Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin, bagaimanapun tidak merujuk kepada mana-mana isu secara khusus.
![Agong masih di hospital, pertemuan dengan Anwar ditangguhkan seminggu Agong masih di hospital, pertemuan dengan Anwar ditangguhkan seminggu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-03/71583303762_Agong.jpg)
Agong masih di hospital, pertemuan dengan Anwar ditangguhkan seminggu
Ahmad Fadil berkata, baginda dinasihatkan oleh doktor untuk berada di hospital selama tujuh hari bagi tujuan pemantauan.