Sebuah pasukan khas ditubuhkan untuk menyiasat kes pembunuhan Setiausaha PKR Bahagian Miri, Bill Kayong yang mati ditembak di Lutong, Miri, Sarawak pada pagi Selasa.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, ia akan diketuai Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Sarawak, Senior Asisten Komisioner S. Dev Kumar dan dibantu JSJ Bukit Aman.
"Kita sudah menubuhkan satu pasukan khas untuk menyiasat punca kejadian. Saya juga menyeru orang ramai yang melihat kejadian di Miri itu untuk tampil memberikan maklumat dan membantu polis.
"Kita juga minta buat masa ini, semua pihak tidak membuat sebarang spekulasi sebelum polis memastikan dan mengetahui punca kejadian sekali gus mengesan jenayah," katanya.
Khalid berkata demikian semasa sidang media selepas pada Majlis Menandatangani Nota Kerjasama PDRM bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Arkib Negara Malaysia dan Institut Integriti Malaysia (Integriti) serta Pelancaran Buku Kod Etika PDRM, Pelan Integriti PDRM 2016-2020 dan Manual Pematuhan Standard PDRM di sini hari ini.
Dalam pada itu kata Khalid, pihaknya masih belum mengenal pasti motif pembunuhan tersebut.
Bill yang ketika itu sedang memandu kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota beserta logo PKR, ditembak dari sebelah tingkap pemandu sementara menunggu lampu isyarat bertukar hijau dilaporkan ditembak pada leher dan ditemui rebah pada tempat duduknya kira-kira jam 9.20 pagi.
Bill, 43 tahun, juga merupakan setiausaha PKR Cabang Miri dan setiausaha politik kepada Ahli Parlimen Miri, Dr Michael Teoh.
Semasa Pilihan Raya Negeri Sarawak yang lalu, Bill bertanding di kerusi DUN Bekenu di mana dia tewas kepada calon Barisan Nasional (BN) Rosey Yunus dalam pertandingan empat penjuru.
Sementara itu, Khalid di dalam ucapannya memberitahu, pihaknya sentiasa meletakkan nilai integriti di dalam setiap komponen perkhidmatan yang diberi mengikut pematuhan standard yang ditetapkan.
LAPOR LANGSUNG Setiausaha PKR Miri, Bill Kayong mati ditembak
BACA: 'Tangkap dan bawa pembunuh Bill Kayong ke muka pengadilan!' - PKR
Wan Syamsul Amly
Tue Jun 21 2016

KHALID: Sekiranya ada sebarang perkembangan mengenai kes ini, ia akan dimaklumkan oleh Ketua JSJ Sarawak.

Pemain berdarah Indonesia kekal di AC Milan hingga 2030
Reijnders menyertai AZ Alkmar pada 2023 dengan kontrak lima tahun, dan dia telah buat 90 penampilan dalam semua kejohanan dan jaringkan 16 gol.

Anak bongsu Baddrol Bakhtiar meninggal dunia
Khabar duka itu dikongsi ADUN Gurun itu dalam satu hantaran di Instagram rasmi miliknya.

Saham AS merudum susulan tarif baharu terhadap Kanada, Mexico
Pasaran saham Amerika Syarikat (AS) mengalami tekanan susulan tindakan Washington meningkatkan perang perdagangan dengan mengenakan tarif baharu terhadap Kanada dan Mexico.

UCL: Arsenal kenduri gol benam PSV di Eindhoven
Anak buah Mikel Arteta menjaringkan tiga gol dalam tempoh 13 minit dalam babak pertama, empat lagi jaringan dalam separuh masa kedua.

Dasar projek ladang solar, infrastruktur nuklear antara tumpuan sidang Dewan Rakyat hari ini
Howard Lee minta menteri nyatakan dasar kementerian dalam memperkembang projek-projek ladang solar melalui penggunaan tasik semula jadi dan lombong sedia ada.

Airbus sasar UAE bagi pembuatan komponen pesawat A400M, HAB MRO
Inisiatif itu akan meningkatkan peranan entiti yang berpangkalan di UAE, termasuk EPI dan Strata, dalam pengeluaran dan pembekalan komponen pesawat.

JKNS lancar kod QR Kempen Keselamatan Makanan sempena Ramadan
Menerusi penggunaan QR itu, sebarang aduan di bawah kawal selia JKNS akan disampaikan terus untuk tindakan lanjut.
Serangan pengganas: 12 maut termasuk 7 kanak-kanak di Pakistan
Sekurang-kurangnya 12 orang awam termasuk tujuh kanak-kanak maut selepas dua pengebom berani mati memandu kenderaan yang dipenuhi bahan letupan ke sebuah kemudahan keselamatan di barat laut Pakistan, pada Selasa.
Parlimen Serbia: Kecoh ahli Parlimen lempar bom asap, sembur gas pemedih mata di Parlimen
Ahli parlimen pembangkang Serbia mencetuskan kekecohan dalam sesi parlimen pada Selasa dengan melempar bom asap dan menggunakan gas pemedih mata sebagai tanda protes terhadap kerajaan serta menyokong demonstrasi pelajar yang sedang berlangsung.
"Kekalkan hubungan dengan AS penting bagi menamatkan perang" - Zelenskyy
Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskyy telah mengarahkan menteri pertahanan serta pegawai-pegawai lain untuk mendapatkan maklumat terperinci mengenai bekalan ketenteraan susulan pengumuman Amerika Syarikat bahawa ia menghentikan sementara bantuan ketenteraan kepada Ukraine.

Kubur Bill Kayong dirosakkan, polis buka kertas siasatan
Insiden tersebut disedari oleh orang awam yang kemudiannya membuat laporan kepada pihak polis.

Hukuman gantung pembunuh Bill Kayong kekal
Mahkamah Persekutuan Kuching pada Selasa mengekalkan hukuman mati terhadap seorang lelaki yang didapati bersalah membunuh aktivis Bill Kayong pada Jun 2016 lalu.

Keluarga Bill Kayong kecewa dengan cadangan pemansuhan hukuman mati
Keluarga Bill Kayong menyuarakan kekecewaan mereka tentang cadangan untuk memansuhkan hukuman mati, terutama terhadap individu yang disabitkan kesalahan kerana membunuh.

Pembunuh Bill Kayong ke tali gantung, seorang lagi masih bebas
Mahkamah Tinggi Miri hari ini menjatuhkan hukuman mati terhadap Mohamad Fitri Pauzi, 31 tahun, selepas didapati bersalah melakukan membunuh Setiausaha PKR Cabang Miri, Bill Kayong, dua tahun lalu.

3 bebas tuduhan subahat bunuh Setiausaha PKR Miri
Kesemua yang dibebaskan adalah Lie Chang Loon, Chin Wui Ching dan ahli perniagaan Datuk Stephen Lee Chee Kiang.

Datuk nafi terlibat dalam pembunuhan Bill Kayong
Seorang ahli perniagaan tempatan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi di sini hari ini terhadap tuduhan bersubahat dalam pembunuhan setiausaha PKR Bill Kayong.

Lelaki disyaki perancang kes bunuh Bill Kayong ditahan - KPN
Polis hari ini menahan seorang lelaki disyaki perancang utama kes pembunuhan Setiausaha PKR Miri, Bill Kayong di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Pembantu peribadi 'Datuk' didakwa subahat pembunuhan Bill Kayong
Chin Wui Chung, 50, didakwa bersubahat dengan Lie Chang Loon, Datuk Lee Chee Kiang, yang masih bebas, dan Mohamad Fitri Pauzi, dalam pembunuhan itu.

Polis rampas tujuh senjata api milik 'Datuk' disyaki dalang pembunuhan Bill Kayong
Polis merampas tujuh senjata api milik seorang 'Datuk' yang juga disyaki dalang utama pembunuhan setiausaha PKR Miri Bill Kayong Jun lepas.

Suspek bunuh Bill Kayong turut didakwa cuba membunuh tuai rumah panjang
Polis mengenal pasti empat suspek yang mencederakan Tuai Rumah serta isterinya pada 26 Nov tahun lalu berkaitan isu pertikaian Hak Tanah Adat Bumiputera di Bekelilit, Bekenu di sini.