KUALA LUMPUR: Polis menumpaskan sindiket pengedaran dadah antarabangsa hasil perkongsian maklumat dengan Biro Narkotik Hong Kong dan merampas pelbagai bahan kimia serta dadah dianggarkan bernilai RM7.89 juta.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman Datuk Seri Mohd Kamarudin Md Din berkata menerusi serbuan terhadap sebuah kondominium di ibu negara Jumaat lepas, polis menahan seorang lelaki warga tempatan, seorang lelaki Hong Kong dan seorang wanita Mongolia berumur antara 25 hingga 48 tahun.
Dalam operasi pada hari yang sama, beliau berkata Biro Narkotik Hong Kong telah menahan seorang lelaki dan wanita warga tempatan berumur 26 tahun dipercayai terlibat dalam aktiviti pengedaran dadah di pulau itu.
"Hasil serbuan yang dilancarkan, polis merampas serbuk bahan kimia seberat 74.03 kilogram (kg) dan 7.41 kg heroin base di Malaysia, manakala sebanyak 3.5 kg heroin base pula dirampas di Hong Kong dengan nilai keseluruhan dianggarkan berjumlah RM7.89 juta.
"Turut dirampas ialah peralatan untuk pembungkusan dadah selain acuan membuat patung dan patung berbentuk katak. Keseluruhan dadah yang dirampas itu boleh digunakan oleh 399,169 orang," katanya dalam sidang media khas di Ibu Pejabat Polis Kuala Lumpur di sini hari ini.
Mohd Kamarudin berkata modus operandi yang digunakan sindiket terbabit ialah menjadikan premis kediaman yang diserbu di ibu negara itu sebagai pusat pembungkusan dadah sebelum diedarkan untuk pasaran Hong Kong.
"Suspek yang ditahan itu dipercayai menyembunyikan serbuk bahan kimia dan heroin base terbabit di dalam patung yang dibuat sendiri sebelum membungkusnya dan menggunakan khidmat kurier untuk dihantar ke Hong Kong.
"Apabila tiba di Hong Kong, serbuk bahan kimia dan heroin base terbabit dipercayai akan diproses semula untuk dijadikan dadah jenis heroin bagi pasaran di situ," katanya.
Ujian saringan awal polis mendapati suspek wanita warga Mongolia terbabit positif dadah jenis methamphetamine dan amphetamine, manakala semakan rekod jenayah terhadap lelaki warga tempatan mendapati dia mempunyai rekod lampau kes jenayah di bawah Akta Rumah Judi Terbuka 1953.
"Kesemua suspek disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan telah direman selama tujuh hari bermula 6 hingga 12 Jan bagi membantu siasatan.
"Polis akan meneruskan siasatan untuk mengesan saki-baki ahli sindiket untuk dibawa ke muka pengadilan. Masyarakat juga diharap menyalurkan maklumat berkaitan aktiviti pengedaran dadah yang berlaku di sekeliling mereka," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jan 10 2024

Mohd Kamarudin berkata, polis menahan seorang lelaki warga tempatan, seorang lelaki Hong Kong dan seorang wanita Mongolia berumur antara 25 hingga 48 tahun di Kuala Lumpur. - Gambar fail

ATC 2025: Skuad Malaysia capai sasaran pingat
Sebelum ini, Mohd Harnizam meletakkan sasaran tiga pingat tanpa mengira warna bagi kejohanan itu.

Persatuan Pandu Puteri lahirkan pemimpin bermoral tinggi - Tunku Azizah
Baginda bertitah, pengadaptasian sahsiah nilai murni tidak boleh dipandang mudah kerana ia melengkapkan kriteria sebagai seorang pemimpin.

Ibu tiga anak maut, dipercayai dibunuh kekasih
Dalam kejadian itu, mangsa yang menyewa di rumah dua tingkat itu bersama kekasihnya sejak lima bulan lalu, ditemukan terbaring atas katil.

ATC 2025: Sawda pecah rekod remaja Asia, raih emas ujian masa 1km
Sawda mencatatkan satu minit 10.818s untuk memperbaharui rekod yang dicipta atlet Taiwan Liu Shang Ying (1:12.722s) pada pusingan kelayakan.

FAMA tingkat 30 peratus bekalan kelapa di seluruh negara
Abdul Rashid berkata masalah kekurangan bekalan kelapa bukan hanya berlaku di Malaysia, malah di seluruh dunia berikutan musim melawas.

KPKT sasar bina 112 Taman Rekreasi MADANI tahun ini
Ia termasuk pembinaan lapan TRM yang akan dibangunkan di Selangor melibatkan peruntukan RM4 juta.

Landskap penyiaran Pakistan berdepan cabaran getir
Untuk menangani isu itu, penyiar mesti mengutamakan ketepatan dan pengesahan sebelum menyiarkan sebarang maklumat kepada khalayak.

Presiden DR Congo Tshisekedi tolak dialog dengan pemberontak M23
Felix Tshisekedi berkata, gabungan kerajaannya tidak seharusnya terpengaruh oleh ketegangan dalaman dan manipulasi dari luar.

Konflik Rusia-Ukraine boleh berakhir 'minggu ini' - Jurucakap Rumah Putih
Donald Trump yakin dengan keupayaannya untuk merundingkan perjanjian dengan Rusia bagi menamatkan konflik Ukraine.
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Bali jadi sasaran utama sindiket dadah antarabangsa - BNN
Badan Narkotik Nasional (BNN) mengeluarkan amaran bahawa Bali telah menjadi sasaran utama sindiket dadah antarabangsa, dibuktikan dengan serbuan ke atas dua makmal haram pada Mei dan Julai 2024.

PDRM tumpas sindiket dadah antarabangsa, tahan wanita Mongolia, lelaki Hong Kong
Polis menumpaskan sindiket pengedaran dadah antarabangsa hasil perkongsian maklumat dengan Biro Narkotik Hong Kong dan merampas pelbagai bahan kimia serta dadah dianggarkan bernilai RM7.89 juta.

Enam ditahan bersama syabu bernilai RM6.1 juta
Enam ahli sindiket pengedaran dadah antarabangsa ditahan bersama dadah jenis syabu seberat lebih 183 kilogram (kg) bernilai RM6.1 juta.

Ganja bernilai RM2 juta dirampas, sindiket dadah antarabangsa tumpas
PDRM rampas 840 kilogram ganja dalam dua serbuan di Pulau Pinang, lapan termasuk dua rakyat Thailand turut ditahan.

Polis Pulau Pinang tumpas sindiket dadah antarabangsa
Dalam serbuan itu, polis turut merampas dadah jenis Syabu dianggarkan seberat 19.184 kilogram bernilai RM690,635.