KUALA LUMPUR: Selepas berjaya menempah slot secara tidak rasmi ke Sukan Olimpik Paris 2024, beregu wanita utama negara Pearly Tan-M Thinaah kini fokus mencari formula terbaik menjadi pasangan konsisten, dalam usaha menampilkan persembahan luar biasa pada temasya sukan terbesar dunia itu.
Pearly, 24, berkata mereka sedang merangka strategi bersama barisan kejurulatihan untuk kembali mengesan 'kelompangan' corak permainan yang dipamerkan, dengan menganalisis video untuk mengesan kekuatan dan kelemahan mereka.
"Jurulatih telah berbincang dengan kami tentang kesilapan sama berpandukan beberapa permainan sebelum ini. Pada permainan pertama kami menang dan apabila mendahului, (mesti) kurang konsisten dan kalah.
"Kami sedang mencari cara untuk menyelesaikan masalah. (Mengenai latihan di luar negara) kami belum mendengar apa-apa daripada jurulatih, kerana mereka sedang fokus pemain ke Piala Uber 2024," katanya selepas sesi latihan di Akademi Badminton Malaysia baru-baru ini.
Ditanya sekiranya juara Terbuka Perancis 2022 itu akan memilih bilangan kejohanan yang disertai atau sebaliknya sebagai aksi pemanas badan sebelum ke Olimpik, Pearly berkata semua keputusan itu diserahkan kepada barisan kejurulatihan yang pastinya lebih mengetahui tahap keupayaan mereka dalam gelanggang.
Anak jati Kedah itu memaklumkan, Masters Malaysia 2024 yang akan berlangsung pada 21-26 Mei ini hanya menjadi satu-satunya kejohanan yang diketahui akan berada dalam radar mereka setakat ini.
"Kami bebas daripada kecederaan tetapi perlu fokus untuk menjadi lebih kuat, kerana terdapat banyak kejohanan dengan intensiti tinggi. Saya sudah bersedia dari awal kerana saya ingin beraksi di Olimpik tetapi perlu menjaga kondisi badan, memperkuat otot dan menjaga diri saya.
".. Olimpik merupakan mimpi setiap atlet (termasuk) saya dari kecil hingga sekarang. Saya sangat gembira kerana telah berjaya dan sekarang saya hanya mahu fokus dan berharap untuk memberikan hasil terbaik," katanya.
Sukan Olimpik Paris dijadual berlangsung dari 26 Julai hingga 11 Ogos.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Apr 17 2024

Pasangan beregu wanita itu sedang merangka strategi bersama barisan kejurulatihan untuk kembali mengesan 'kelompangan' corak permainan yang dipamerkan. - Foto BAM

Miki Ghazali tumbangkan lawan 10 tahun lebih tua
Adik kepada Mohammad Johan Ghazali itu menewaskan Said El Matador dari Maghribi yang berusia 25 tahun dengan aksi dominan.

ACC: Selamat datang! Azizulhasni Awang kini pengulas Astro Arena
Ia merupakan perasaan berbeza ketika beraksi sebagai atlet di dalam trek berbanding ketika melakukan ulasan di tempat duduk penonton.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.

Pearly-Thinaah naib juara Masters Indonesia
Pasangan ketujuh dunia itu terpaksa akur apabila tewas dalam aksi tiga set 12-21, 21-17, 18-21 dalam tempoh 74 minit kepada Hee Yong-Hye Jeon.

Masters Indonesia: Pearly-Thinaah mara ke suku akhir
Pasangan ranking ketujuh dunia itu hanya memerlukan 34 minit untuk meraih kemenangan straight set 21-19, 21-16.

'Semua orang kenal kami selepas Sukan Olimpik'
PEARLY Tan dan M Thinaah dalam satu temu bual baru-baru ini mengakui bahawa mereka kini lebih dikenali selepas mencipta sejarah dengan menduduki tempat keempat dalam Sukan Olimpik Paris lalu.

Pearly Tan-M Thinaah naib juara Terbuka Artik, semangat juang harus dipuji
Mereka yang diletakkan sebagai pilihan ketiga kejohanan terpaksa akur dengan ketangkasan aksi dipamerkan pasangan beregu dari China.

Terbuka Korea: Pearly-Thinaah akhiri cabaran selaku naib juara
Pearly Tan-M.Thinaah, menamatkan cabaran Terbuka Korea Selatan selaku naib juara selepas tewas kepada wakil tuan rumah, di Stadium Tertutup Mokpo, sebentar tadi.

Terbuka Jepun: Pearly-Thinaah menang mudah, mara ke suku akhir
Pearly-Thinaah menewaskan beregu Denmark, Julie Finne-Ipsen dan Mai Surrow untuk mara ke suku akhir Terbuka Jepun.

Pearly-Thinaah cari formula terbaik harungi Sukan Olimpik 2024
Pearly Tan-M Thinaah fokus mencari formula terbaik dalam usaha menampilkan persembahan luar biasa pada Olimpik Paris 2024.

Piala Uber: Pearly ambil sudut positif jika tidak ke Chengdu
Pearly Tan tidak berasa kecil hati sekiranya beliau dan pasangan M. Thinaah, tidak disenaraikan ke skuad Piala Uber 2024 di Chengdu, China.

Piala Uber 2024: Pearly-Thinaah disingkirkan?
Pengarah Kejurulatihan Akademi Badminton Malaysia Rexy Mainaky memberi bayangan pasangan beregu wanita nombor satu negara Pearly Tan-M.Thinaah mungkin tidak diturunkan pada Piala Uber 2024 di China.

Badminton: Ade Yusof dan Gerardo Rizqullah bantu BAM
Ade Yusof dan Gerardo Rizqullah akan bantu mempersiapkan beregu wanita negara, Pearly Tan dan M. Thinaah untuk menghadapi kelayakan Sukan Olimpik Paris 2024.