KUALA LUMPUR: Hasrat beregu wanita utama negara, Pearly Tan-M. Thinaah melangkah ke final Terbuka Jerman 2023 tidak kesampaian selepas tewas kepada pilihan pertama kejohanan, Nami Matsuyama-Chiharu Shida dari Jepun pada aksi separuh akhir awal pagi tadi di Jerman.
Dalam kejohanan yang berlangsung di Mulheim itu menyaksikan beregu nombor enam dunia, Pearly-Thinaah terpaksa akur apabila mudah ditundukkan 24-22, 21-13 dalam perlawanan selama 42 minit.
Mengikut rekod pertemuan sebelum ini, Pearly-Thinaah yang juga pilihan ketiga kejohanan pernah melakukan perhitungan bersama Nami-Chiharu sebanyak tujuh kali, namun menewaskan pasangan Jepun itu sekali sahaja iaitu pada Kejohanan Terbuka Perancis 2022 pada Oktober tahun lepas.
Nami-Chiharu yang kini menghuni nombor dua dunia, akan bertemu Baek Ha Na-Lee So Hee dari Korea Selatan yang juga pilihan kelapan kejohanan pada pentas final, yang dijangka berlangsung pada 12 tengah malam ini waktu Malaysia, dalam usaha merebut gelaran musim ini.
Kini, fokus Pearly-Thinaah yang juga juara Terbuka Perancis 2022 ialah menghadapi saingan All England 2023 yang akan membuka tirai pada Selasa ini (14 Mac) apabila dijadual bertemu pasangan Jepun, Mayu Matsumoto-Wakana Nagahara pada pusingan pertama.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Mar 12 2023

Pearly-Thinaah terpaksa akur apabila mudah ditundukkan 24-22, 21-13 dalam perlawanan selama 42 minit. - Foto Facebook/Badminton Association of Malaysia
Trump dakwa capai perjanjian dengan Ukraine
Presiden Donald Trump berkata pada Sabtu bahawa Amerika Syarikat telah menutup perjanjian dengan Ukraine mengenai perkongsian hasil daripada galian Ukraine sebagai sebahagian daripada usaha menamatkan perang
12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Seramai 12 individu termasuk tiga kanak-kanak dan seorang bayi perempuan terperangkap dalam lif di sebuah hotel di sini pada Sabtu.
AWANI Ringkas: Dua rakyat Israel yang dibebaskan dalam kesihatan baik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

EPL: Sensasi Asensio buat Chelsea gigit jari
Asensio menjaringkan gol kemenangan Villa pada minit ke-89 hasil kesilapan penjaga gol Chelsea, Filip Jorgensen.

Saya kehilangan sahabat baik - MB Perak
Menurutnya, secara peribadi hubungan mereka baik sejak sebelum Allahyarham menjadi Ketua UMNO Bahagian Tapah pada 2018.

Muhammad Kamil akan umum keputusan tanding Ketua AMK
Katanya, walaupun kesemua 14 AMK negeri telah nyatakan sokongan terhadapnya, beliau perlukan sedikit masa untuk mempertimbangkannya.
#AWANIRingkas 23 Februari 2025 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 23 Februari 2025
1️⃣ Kesihatan tebusan Israel yang dibebaskan dalam keadaan baik
2️⃣ Pope Francis kritikal setelah kesihatan merosot
3️⃣ Trump dakwa capai perjanjian hasil galian dengan Ukraine
#awaniringkas
1️⃣ Kesihatan tebusan Israel yang dibebaskan dalam keadaan baik
2️⃣ Pope Francis kritikal setelah kesihatan merosot
3️⃣ Trump dakwa capai perjanjian hasil galian dengan Ukraine
#awaniringkas

Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning diserah Selasa - Speaker
Speaker Datuk Mohammad Zahir Abdul Khalid berkata, ia akan dibuat selepas urusan kematian Allahyarham selesai.

EPL: Arsenal kian menjauh daripada kejuaraan
Aksi tidak kemas Arsenal dalam perlawanan kali ini dihukum Jarrod Bowen yang menanduk masuk lintangan Aaron Wan-Bissaka sebelum separuh masa.

Pasaran bunga terbesar Asia saksikan perniagaan berkembang dalam 2024
Dengan nilai transaksi 11.57 bilion yuan, pasaran itu mendahului dalam jumlah serta nilai dagangan bunga negara 25 tahun berturut-turut.

Terbuka Jerman: Yamaguchi sekat impian Jin Wei ke final
Pertemuan kedua buat dua seteru itu pada tahun ini menyaksikan Yamaguchi merakamkan kemenangan dalam tempoh 33 minit.

Beregu campuran negara tawan Terbuka Jerman
Goh Soon Huat-Shevon Lai, merangkul kejuaraan pertama di pentas antarabangsa tahun ini selepas menumpaskan wakil Denmark dalam final Kejohanan Badminton Terbuka Jerman malam ini.