KUALA LUMPUR: Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) mendedahkan dua kes terbaharu membabitkan jenayah pecah amanah oleh firma guaman melibatkan kerugian wang pelanggan berjumlah RM8 juta.
Pengarah JSJK Bukit Aman Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata pada 15 Mei lepas, pihaknya menerima satu laporan di Sungai Buloh, Selangor daripada seorang pengarah syarikat berusia 60 tahun yang mendakwa ditipu oleh sebuah firma guaman melibatkan wang berjumlah RM3.2 juta.
Beliau berkata berdasarkan laporan itu, pengadu telah melantik seorang peguam bergelar Datuk pada Julai 2023 untuk menguruskan kes saman sivil terhadap sebuah institusi perbankan kerana menaikkan kadar faedah pinjaman syarikatnya.
"Setelah berbincang, pengadu membuat bayaran kos guaman RM3,723,663.57 ke dalam akaun firma guaman itu.
"Pada Februari lepas, pengadu telah mengarahkan peguamnya membatalkan tindakan saman tersebut kerana institusi perbankan berkaitan bersetuju untuk menurunkan kadar faedah pinjaman syarikatnya," kata beliau dalam sidang media khas di Menara KPJ di sini hari ini.
Ramli berkata pengadu kemudian meminta agar kos guaman yang telah dibayar sebelum ini dipulangkan manakala pihak peguam memaklumkan terdapat caj perkhidmatan guaman sebanyak RM521,498.60 dan pengadu hanya akan mendapat baki wang tersebut iaitu RM3,202,164.97 sebelum pengadu bersetuju dengan syarat itu.
"Namun sehingga kini pengadu tidak menerima pemulangan wang yang dijanjikan oleh firma guaman itu dan kes sedang disiasat di bawah Seksyen 409 Kanun Keseksaan," katanya.
Beliau berkata dalam kes kedua, pihak JSJK Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya, Selangor menerima laporan daripada seorang pengarah syarikat berusia 53 tahun yang mendakwa telah ditipu oleh sebuah firma guaman dalam urusan pembelian tanah di Plentong, Johor membabitkan wang berumlah RM4.8 juta.
Ramli berkata pada sekitar bulan Jun 2018, syarikat pengadu telah menandatangani perjanjian dengan sebuah syarikat lain bagi pembelian 55 ekar tanah dengan nilai RM40 juta.
"Setelah perbincangan dibuat, pihak pengadu telah membuat pembayaran deposit sebanyak RM4.8 juta ke akaun firma guaman yang dilantik oleh syarikat penjual.
"Seterusnya pada bulan Ogos 2018, peguam pengadu telah membuat carian rasmi ke atas tanah tersebut dan didapati terdapat satu kaveat persendirian baharu telah dimasukkan oleh sebuah syarikat lain," katanya.
Beliau berkata pada September 2018, pengadu menerima surat daripada peguam syarikat penjual yang mengarahkannya untuk membatalkan kaveat persendirian syarikat pengadu terhadap tanah itu dan pihak penjual juga telah memulakan prosiding mahkamah terhadap pengadu.
Ramli berkata pada Januari lepas, Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah membuat keputusan yang berpihak kepada syarikat penjual selepas mendapati wang deposit RM4.8 juta yang dibayar oleh pengadu melalui firma guaman yang dilantik oleh penjual tiada dalam akaun firma guaman tersebut.
"Pihak mahkamah juga mendapati kesemua wang tersebut telah dibelanjakan oleh firma guaman berkenaan melalui 100 keping cek dan draf bank. Kes sedang disiasat di bawah Seksyen 409 Kanun Keseksaan," katanya.
Dalam perkembangan berkaitan, beliau berkata sejumlah 31 kes pecah amanah jenayah oleh firma guaman disiasat melibatkan nilai kerugian melebihi RM35 juta sepanjang tahun 2023 di seluruh negara dan bagi 2024 hingga 15 Mei lepas, sejumlah 22 kes sedang disiasat dengan nilai kerugian melebihi RM19 juta.
Ramli berkata jumlah itu dijangka terus meningkat.
"Justeru, mana-mana pihak yang berurusan dengan pihak peguam khususnya melibatkan wang dalam amaun yang besar disaran untuk sentiasa menyemak keberadaan wang tersebut agar kes-kes sebegini dapat dielakkan.
"Penglibatan peguam dalam kes-kes pecah amanah jenayah adalah amat dikesali," katanya.
Bagi mengelakkan perkara seumpama itu berlaku, beliau mencadangkan agar satu akaun bersama dibuka oleh peguam dan anak guamnya.
Ramli berkata perkara ini dibimbangi kerana ada sesetengah peguam yang disiasat masih menerima pelanggan baharu.
Justeru, beliau menggesa Majlis Peguam Malaysia mengenakan tindakan yang lebih tegas terhadap mana-mana peguam yang gagal melaksanakan tanggungjawab mereka.
-- BERNAMA
Bernama
Fri May 17 2024

JSJK mendedahkan dua kes terbaharu membabitkan jenayah pecah amanah oleh firma guaman melibatkan kerugian wang pelanggan berjumlah RM8 juta. - Foto Bernama
Kuda jatuh gaung berjaya diselamatkan
Anggota bomba di daerah Orange, California bertungkus lumus menyelamatkan seekor kuda yang terjatuh ke dalam gaung pada Jumaat.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Lebih 700,000 penyu mendarat di pantai Rushikulya India
Lebih 700,000 ekor penyu spesies Olive Ridley mendarat di pantai Rushikulya yang terletak di timur Odisha, India. Ia rekod terbaharu penetasan penyu atau digelar oleh masyarakat tempatan sebagai fenomena 'Arribada' di pantai itu.
'Indonesia gelap' cerminan tekanan pemerintahan Prabowo
Kepimpinan awal Presiden Prabowo Subianto dalam pentadbiran kerajaan Republik Indonesia menyaksikan penentangan dalam kalangan mahasiswa negara itu. Ia selepas pemotongan bajet terutama melibatkan sektor pendidikan dan kebajikan mahasiswa di negara itu. Salah seorang peserta yang terlibat dalam protes 'Indonesia Gelap' berkata Subianto melakukan keputusan yang buruk dalam pengenalan polisi-polisi kerajaannnya.
Pangkalan data salah laku polis Amerika ditutup
Pangkalan data di seluruh negara yang menjejaki salah laku pegawai polis Amerika Syarikat telah ditutup berikutan arahan Presiden Donald Trump. Menurut notis di laman web Jabatan Kehakiman Amerika, menyatakan Trump telah membatalkan perintah eksekutif yang ditandatangani bekas Presiden Joe Biden menyebabkan Pangkalan Data Akauntabiliti Penguatkuasaan Undang-undang Kebangsaan (NLEAD) dihentikan operasinya.
Pembinaan Gaza dibawah 'pengawasan penuh' negara-negara Arab
Arab Saudi menganjurkan sidang kemuncak peringkat tinggi pada Jumaat bagi membincangkan usaha pembinaan semula Semenanjung Gaza. Pemimpin dari Mesir, Jordan dan negara Teluk menghadiri mesyuarat di Riyadh itu.
Bekas pegawai 1MDB syor siasatan diteruskan
Seorang Pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesyorkan siasatan lanjut diteruskan mengenai ketulenan empat surat derma US$681 juta kepada Datuk Seri Najib Tun Razak yang didakwa diterima daripada keluarga diraja Arab Saudi.
10 Berita Pilihan - (21 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Sabtu – 22 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Kerajaan kutip RM46 juta menerusi nombor pendaftaran istimewa
Kerajaan berjaya mengutip kira-kira RM46 juta menerusi jualan nombor pendaftaran istimewa (NPI) pada tahun lalu.
Kerajaan setuju kaji pemberian geran perkapitan berdasarkan bilangan penduduk
Kerajaan bersetuju untuk mengkaji semula pemberian geran perkapita kepada kerajaan negeri berdasarkan bilangan penduduk di setiap negeri

4,290 kertas siasatan dibuka libatkan kerugian RM181 juta pada 2024 - JSJK Johor
Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Johor membuka sebanyak 4,290 kertas siasatan dengan membabitkan jumlah kerugian sebanyak RM181 juta sepanjang tahun lepas.

Gagal terbangkan jemaah umrah, pasangan pemilik syarikat pelancongan ditahan
Pasangan suami isteri yang merupakan pemilik sebuah syarikat pelancongan ditahan di Kuala Lumpur 7 malam tadi susulan dakwaan gagal menerbangkan jemaah umrah semalam.

Polis lumpuh 40 sindiket penipuan dalam talian, 426 individu ditahan
Polis melumpuhkan kira-kira 40 sindiket penipuan dalam talian menerusi operasi khas selama 12 hari bermula 25 Nov hingga 6 Dis lepas.

Empat lelaki ditahan disyaki terbabit sindiket sebar SMS palsu guna BTS
Polis percaya berjaya melumpuhkan sindiket penipuan dalam talian yang aktif menyebarkan mesej melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) palsu menggunakan teknologi Base Transceiver Station (BTS).

Polis tahan 11 individu terlibat jenayah 'Job Scam'
Polis Perak berjaya menyelesaikan 130 kes Penipuan Tawaran Pekerjaan Tidak Wujud (Job Scam) di seluruh negara berikutan penahanan 11 warga tempatan dalam Ops Khas.

Keldai akaun: Penglibatan pelajar IPT secara tidak sengaja, ditipu sindiket - KPN
Polis tidak menolak kemungkinan pembabitan pelajar IPT sebagai pemilik keldai akaun disebabkan mereka turut menjadi mangsa penipuan sehingga akaun bank mereka digunakan sindiket.

Pecah amanah: JSJK dedah dua kes baharu oleh firma guaman, pelanggan rugi RM8 juta
JSJK mendedahkan dua kes terbaharu membabitkan jenayah pecah amanah oleh firma guaman melibatkan kerugian wang pelanggan berjumlah RM8 juta.

Sindiket tipu pelaburan di TikTok tumpas, lapan ditahan
Pengarah JSJK Bukit Aman Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata mereka yang ditahan berumur lingkungan 21 hingga 43 tahun.

Dua lelaki bantu kegiatan ah long ditahan
Kedua-dua suspek masing-masing berusia 29 dan 39 tahun itu ditahan dalam serbuan berasingan oleh pasukan risik dan operasi JSJK.

7,348 kes jenayah komersial direkod hingga Mac, kerugian lebih RM770 juta
Belum sampai tiga bulan, polis sudah merekodkan 7,348 kes jenayah komersial melibatkan kerugian lebih RM770 juta.