KUALA LUMPUR: Seorang kerani wanita ditahan polis dipercayai terlibat dengan kes pecah amanah syarikat pembinaan melibatkan kerugian RM4 juta.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Mohamad Farouk Eshak berkata suspek berumur 39 tahun itu ditahan ketika hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya pada Isnin susulan laporan yang dibuat oleh pengarah syarikat berkenaan pada November tahun lepas.
"Suspek dipercayai telah membuat beberapa transaksi ke dalam akaun peribadinya secara berperingkat berjumlah RM4 juta.
"Dia juga mempunyai akses akaun bank milik syarikat kerana pengadu (pengarah syarikat) cuti sakit sejak Januari 2018 hingga Jun 2020 dan tiada individu lain mempunyai akses kepada wang berkenaan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata siasatan awal mendapati dua akaun bank wanita itu digunakan untuk tujuan pemindahan wang syarikat dan suspek direman selama empat hari bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 408 Kanun Keseksaan.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Sep 07 2021

Suspek ditahan ketika hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya susulan laporan yang dibuat oleh pengarah syarikat berkenaan pada November tahun lepas. - hiasan/BERNAMA

Manchester United bangkit ketinggalan dua gol ikat Everton di Goodison Park
Keputusan itu meneruskan persembahan tidak konsisten Manchester United nyaris dijinakkan Everton yang tampil lebih dominan.

Miki Ghazali tumbangkan lawan 10 tahun lebih tua
Adik kepada Mohammad Johan Ghazali itu menewaskan Said El Matador dari Maghribi yang berusia 25 tahun dengan aksi dominan.

ACC: Selamat datang! Azizulhasni Awang kini pengulas Astro Arena
Ia merupakan perasaan berbeza ketika beraksi sebagai atlet di dalam trek berbanding ketika melakukan ulasan di tempat duduk penonton.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.

Minat kendali jentera berat, ibu empat anak pilih pemandu bas sebagai kerjaya
Pernah diludah, dipekik dan dibaling botol oleh penumpang merupaka antara cabaran dihadapi Salfarina Muslim sebagai "Kapten Bas Rapid KL."

Kerani firma guaman didakwa pecah amanah
Seorang kerani firma guaman mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen atas pertuduhan pecah amanah wang berjumlah RM31,460 milik firma guaman itu, dua tahun lepas.

Kerani wanita rugi RM585,700 terperdaya skim pelaburan tidak wujud
Seorang kerani wanita "berputih mata" apabila menanggung kerugian sebanyak RM585,700 selepas terperdaya dengan skim pelaburan tidak wujud.

Wanita rugi RM326,100 menjadi mangsa 'phone scam'
Mangsa yang bimbang ditahan pihak berkuasa telah membuat pemindahan wang simpanannya sebanyak RM326,100 ke enam akaun dipercayai milik "keldai akaun" sejak Julai hingga Ogos lepas.

Disangka dah jadi peguam, Fathia Latiff jelaskan pekerjaan sebenar
Disangka Dah Jadi Peguam, Fathia Latiff Jelaskan Pekerjaan Sebenarnya

Kes basikal lajak: Pengurusan kes bagi rayuan kerani ditetapkan 13 Okt
Tarikh baharu itu ditetapkan selepas pengurusan kes di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Rayuan Norkamilah Aziz hari ini.

Kerani syarikat jualan didenda RM4,500 miliki gambar dan video lucah
Tertuduh didakwa memiliki 80 gambar lucah, 163 video lucah dan 1 fail PDF lucah di dalam telefon bimbit miliknya.

Kerani rugi RM50,000 diperdaya Macau Scam
Seorang kerani kerugian kira-kira RM50,000 selepas menjadi mangsa sindiket penipuan dalam talian Macau Scam yang menyamar sebagai pegawai bank Isnin lepas.

Pecah amanah RM4 juta, kerani syarikat pembinaan ditahan
Seorang kerani wanita ditahan polis semalam dipercayai terlibat dengan kes pecah amanah syarikat pembinaan melibatkan kerugian RM4 juta.

Kerani rugi RM40,000 terpedaya janji manis di Facebook
Seorang kerani yang ditipu sindiket Parcel Scam kerugian RM40,000 akibat percaya dengan janji manis kenalan di Facebook Sabtu lalu.