Ringkasan AI
- Tukang cuci, C. Murli, dijatuhi hukuman penjara 11 bulan dan denda RM2,000 kerana memecah masuk pejabat ADUN Komtar dan mencuri wang utiliti.
- Murli didapati bersalah berdasarkan rakaman CCTV dan cap jari yang ditemukan di lokasi kejadian.
- Murli merayu hukuman ringan kerana pendapatannya hanya RM50 sehari, tetapi Timbalan Pendakwa Raya memohon hukuman setimpal.
Majistret Mohamad Azlan Basri menjatuhkan hukuman itu terhadap C. Murli, 47, dan memerintahkannya dipenjara dua bulan sekiranya gagal membayar denda.
Dia didakwa memecah masuk ke pejabat Pusat Khidmat ADUN Komtar yang digunakan sebagai pejabat pentadbiran untuk mencuri wang utiliti pejabat berkenaan pada 8.11 malam, 26 Dis, 2024.
Menurut fakta kes, pada 27 Dis 2024, seorang pekerja pejabat ADUN Komtar mendapati laci yang mengandungi beg berisi wang tunai dalam keadaan berselerak, dan wang tunai berjumlah RM7,259 yang diperuntukkan untuk pembayaran utiliti, telah hilang.
Hasil pemeriksaan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) mendapati tertuduh memecah masuk pejabat tersebut pada 8.11 malam, 26 Dis serta mencuri wang berkenaan. Selain itu, cap jari tertuduh turut ditemukan di lokasi kejadian.
Terdahulu, Murli yang tidak diwakili peguam merayu hukuman ringan dengan alasan dia hanya bekerja sebagai tukang cuci dengan pendapatan RM50 sehari.
Timbalan Pendakwa Raya Syairah Aqilah Khalil memohon hukuman setimpal terhadap tertuduh.
-- BERNAMA
