PONTIAN: 'Geng Eddy' yang dianggotai lima lelaki termasuk seorang bekas pemain bola sepak, yang aktif dalam kegiatan pecah rumah di siang hari tumpas, selepas ke semua mereka ditahan, Isnin lepas (3 Julai).
Ketua Polis Daerah Pontian Supt Mohammad Shofee Tayib berkata dengan penangkapan lima lelaki berusia 24 hingga 34 tahun itu, pihaknya telah berjaya menyelesaikan 13 kes di daerah Pontian, Batu Pahat, Tangkak dan Muar.
Beliau berkata geng berkenaan dipercayai mula aktif semenjak Mei lepas, dengan menjadikan rumah yang kosong pada siang hari sekitar pukul 2 hingga 3 petang setelah pemiliknya keluar bekerja, sebagai sasaran mereka.
"Mereka akan mengumpil pintu pagar dan tingkap sebelum masuk ke dalam rumah dan mencuri barangan berharga seperti barang kemas, wang tunai, jam dan beg berjenama.
"Sebelum tangkapan dilakukan, kesemua dipercayai sedang memecah masuk sebuah rumah di Sanglang, Benut, yang kemudiannya disedari pemilik seterusnya dikejar sebelum kereta yang dinaiki suspek terbabas berhampiran lokasi," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pontian, di sini, hari ini.
Mohammad Shofee berkata dua daripada suspek berjaya ditahan setelah kereta terbabas, namun tiga yang lain berjaya melarikan diri dan kemudiannya ditahan di dua lokasi berbeza di sekitar Forest City, Iskandar Puteri dan Johor Bahru, pada hari yang sama.
"Kesemua rampasan dalam kes ini adalah RM350,000, selain kesemua yang ditahan positif dadah dan mempunyai rekod kesalahan lampau berkaitan jenayah. Mereka direman sehingga 17 Julai dan kes disiasat di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan," katanya.
Dalam kes berasingan, beliau berkata pihaknya berjaya menahan 26 orang pendatang asing termasuk seorang tekong darat, tiga tekong laut dan seorang penjaga rumah penampungan, dipercayai sedang cuba keluar daripada negara menerusi jalan tidak diwartakan.
Beliau berkata kesemua mereka ditahan antara pukul 6 petang (10 Julai) sehingga 7 pagi (11 Julai) di Sungai Buntu, di sini.
"Tangkapan ini melibatkan 19 lelaki, enam perempuan dan seorang bayi lelaki berusia setahun, selain turut merampas dua kereta, sebuah bot, 12 telefon bimbit dan wang tunai berjumlah RM1,800.
"Kegiatan penyeludupan migran ini dipercayai aktif sejak Jun lepas, di mana setiap mereka yang mahu keluar dari negara ini daripada jalan yang tidak diwartakan, perlu membuat bayaran antara RM2,000 hingga RM3,700 seorang," katanya.
Kesemua mereka direman sehingga 6 Ogos depan dan kes disiasat mengikut Seksyen 26A, 26F dan 26J Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007 dan Akta Imigresen 1959/63.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jul 13 2023

Dengan penangkapan lima lelaki berusia 24 hingga 34 tahun itu, polis telah berjaya menyelesaikan 13 kes di daerah Pontian, Batu Pahat, Tangkak dan Muar. - Gambar hiasan
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.

Polis tembak mati 3 lelaki geng pecah rumah, seludup senjata api
Polis menembak mati tiga lelaki yang aktif menjalankan kegiatan seludup senjata api, pecah rumah dan curi kenderaan mewah di Pulau Pinang.

Pecah rumah: 5 ahli 'Geng Eddy' termasuk bekas pemain bola sepak tumpas
'Geng Eddy' yang dianggotai lima lelaki termasuk seorang bekas pemain bola sepak, yang aktif dalam kegiatan pecah rumah di siang hari tumpas, selepas ke semua mereka ditahan, Isnin lepas.

Geng pecah rumah, pejabat buat 'sistem barter' dapatkan bekalan dadah
Penyamun curi alat seperti mesin penebuk, gergaji elektrik, mesin penyembur air, mesin pemotong rumput dan burung bernilai untuk ditukar dengan dadah.

Kumpulan pecah rumah 'Geng Country Homes' tumpas
Satu kumpulan geng pecah rumah yang didalangi 6 lelaki tempatan akhirnya tumpas selepas ditahan polis dalam beberapa siri serbuan di sekitar Rawang Isnin lalu.