TASEK GELUGOR: Pusat Ekonomi Digital (PEDi) dijangka dijenamakan semula menjelang suku kedua tahun ini, dengan melibatkan perubahan pada nama dan fungsinya, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.
Beliau berkata Kementerian Komunikasi melihat penjenamaan baharu itu perlu dibuat, berdasarkan kepada pengalaman dan pengamatan di lapangan yang mendapati orang ramai hadir ke PEDi untuk pelbagai aktiviti yang tidak melibatkan ekonomi digital.
Menurut beliau, ramai yang datang ke PEDi untuk mendapatkan pelbagai maklumat, antaranya mengenai geran, bantuan serta perkhidmatan kerajaan, dan ada juga PEDi yang turut melaksanakan fungsi sebagai pejabat pos.
"Bukan sekadar tukar nama, tetapi tukar fungsi sekali, sebab kita nampak contoh, pendaftaran PADU (sistem Pangkalan Data Utama).. ia dari satu sudut bukan ekonomi digital, (tetapi) ia memanfaatkan prasarana yang ada, untuk akhirnya memberi bantuan kepada rakyat," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melawat PEDi Taman Gelugor Indah di sini hari ini.
Turut hadir, Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi Datuk Mohamad Fauzi Md Isa, Timbalan Ketua Setiausaha (Komunikasi Strategik dan Industri Kreatif) Kementerian Komunikasi Nik Kamaruzaman Nik Husin, Ketua Pengarah Jabatan Penerangan Datuk Mohd Sukari Ab Hamid dan Ketua Bahagian Koordinasi Negeri Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) Bukhari Yahya.
Fahmi berkata PEDi sebagai antara pusat yang penting dalam komuniti boleh memainkan peranan lebih bersifat sebaran maklumat kepada rakyat, selain menjadi pusat pembelajaran melibatkan aktiviti kecerdasan buatan (AI) untuk rakyat.
"Jadi saya nampak ada potensi untuk kembang luaskan (PEDi) dan kami juga ambil maklum perdana menteri umum sewaktu sidang PEDi pada 29 Nov lalu bahawa dengan peningkatan elaun bagi para pengurus, mereka juga perlu tambah kerja.
"Jadi itulah antara sebab kami buat penjajaran baharu untuk PEDi memandangkan fungsi yang kami nampak boleh dimainkan terutama untuk membantu masyarakat mendapatkan maklumat lebih tepat mengenai dasar kerajaan, bantuan yang boleh mereka terima, selain perkhidmatan lain," katanya.
Beliau berkata cadangan bagi penjenamaan semula PEDi itu dijangka akan mengambil masa untuk dilaksanakan pada suku kedua tahun ini kerana terdapat sesetengah PEDi yang dalam proses penambahbaikan serta pembinaan.
Sementara itu, berkenaan lawatan kerjanya hari ini, Fahmi berkata kelajuan Internet bagi PEDi berkenaan telah mencecah 300 mbps dan ia banyak membantu terutama untuk aktiviti pembelajaran dalam talian serta usahawan melibatkan kelas digital dan pemasaran.
Katanya setakat ini terdapat 186 PEDi baharu yang dalam proses untuk dibangunkan, manakala 80 peratus PEDi sedia ada mempunyai kelajuan 100mbps ke atas.
"Saya difahamkan ada enam PEDi yang telah mula memanfaatkan Starlink (perkhidmatan Internet satelit Starlink) yang kelajuannya mencecah 300 mbps, ini terutama bagi PEDi di kawasan pedalaman.
"Jadi ada 20 peratus lagi daripada 911 PEDi yang kelajuannya kurang daripada 100 mbps dan antara ikhtiar kami adalah meningkatkan kelajuan PEDi ini," katanya.
Fahmi berkata hari ini beliau juga melihat PEDi berkenaan telah dimanfaatkan untuk mendaftar 1,542 orang dalam sistem PADU.
Menurutnya terdapat 911 PEDi di seluruh negara tetapi tidak semua PEDi yang dapat dilengkapkan dengan kehadiran pegawai Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
"Selepas ini insya-Allah saya minta KSU (Mohamad Fauzi) untuk berhubung dengan ketua perangkawan dan Kementerian Ekonomi untuk kami teliti apakah langkah-langkah yang boleh kami usahakan untuk tingkatkan pendaftaran (PADU) dan manfaatkan PEDi yang ada di seluruh negara," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Feb 16 2024

Fahmi menjawab pertanyaan media selepas meninjau Pusat Ekonomi Digital (PEDi) sempena lawatan kerja beliau ke Pulau Pinang di PEDi Taman Gelugor Indah hari ini. - Foto Bernama
Angka korban di Gaza melebihi 48,300, lebih banyak mayat ditemukan
Pasukan perubatan dan penyelamat Palestin menemukan 22 lagi mayat daripada runtuhan di Semenanjung Gaza, menjadikan jumlah keseluruhan korban akibat serangan genosid Israel sejak Oktober 2023 meningkat kepada 48,319 orang.
Situasi di Gaza: Kehancuran Gaza dasyat, bantuan perlu ditingkat segera
Pengarah Jeneral Pertubuhan Antarabangsa bagi Migrasi (IOM), Amy Pope bersama Penyelarasan Kemanusiaan bagi Wilayah Palestin yang Diduduki (OPT), Muhannad Hadi, telah melawat selatan Gaza, pada Khamis.

ACLE: Kemenangan JDT bantu Malaysia huni tangga kelima Asia Timur, ke-10 seluruh Asia
Kemenangan tempoh hari membenarkan mereka menjadi tunjang buat negara Malaysia untuk mempamerkan peningkatan di pentas Asia.

Warga asing ditahan jual tisu di lampu isyarat
Penahanan dilakukan sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Serdang selepas menerima aduan orang awam.

Pelajar Tingkatan Satu maut dirempuh lori selepas turun bas
Supt Mohammad Shofee Tayib berkata, laporan mengenai kejadian itu diterima daripada orang awam pada jam 7.45 petang.

Nurfakhira ditemui selamat di rumah nenek rakan lelaki
ACP Bahrin berkata, remaja berkenaan ditemui dalam keadaan baik di rumah nenek rakan lelakinya.

3 bas meletup di Tel Aviv, polis Israel tuduh pengganas
Dua butir bom turut ditemukan dalam bas yang berasingan berjarak kira-kira 500 meter antara satu sama lain.

‘Palestin bukan untuk dijual’: Presiden Abbas tegaskan tolak rancangan pemindahan paksa
Presiden Palestin tegaskan negaranya "bukan untuk dijual" dan menolak sebarang usaha pemindahan penduduk Palestin secara paksa.

Kanak-kanak dilanggar depan sekolah, terperosok bawah MPV
Pihak JBPM Putrajaya menerima laporan berhubung kejadian pada 4.55 petang, melibatkan sebuah MPV jenis Perodua Alza.

Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian.

Nadi dijangka tingkatkan literasi digital masyarakat luar bandar
Penambahbaikan fungsi PEDi kepada Nadi dapat memastikan masyarakat luar bandar tidak ketinggalan dengan kemahiran teknologi terkini.

PEDi akan dijenama semula menjelang suku kedua 2024 - Fahmi
Pusat Ekonomi Digital (PEDi) dijangka dijenamakan semula menjelang suku kedua tahun ini.

Jentera PEDi, MPP, Ahli Parlimen bantu rakyat daftar PADU - Fahmi
Pasukan PEDi dan Majlis Perwakilan Penduduk akan digerakkan bagi membantu masyarakat membuat pendaftaran dan mengemas kini maklumat dalam PADU.

14 PEDi di Perlis mudahkan rakyat mendaftar PADU
Jabatan Perangkaan (DOSM) Perlis membuka kaunter Sistem Pangkalan Data Utama (PADU) di 14 Pusat Ekonomi Digital (PEDi) di Perlis secara berjadual untuk memudahkan penduduk di negeri itu membuat pendaf

Tambah baik PEDi, tingkat usahawan dalam ekonomi digital - Fahmi
Pusat Ekonomi Digital (PEDi) akan ditambah baik bagi mencapai sasaran Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD).

PEDi bantu tingkatkan sosioekonomi komuniti tempatan - Fahmi
Ia kini berfungsi sebagai pemangkin ekonomi digital bagi membantu meningkatkan taraf sosioekonomi komuniti tempatan.

Hala tuju baharu PEDi diumum 29 Nov ini - Fahmi
Hala tuju baharu Pusat Ekonomi Digital (PEDi) akan diumumkan pada sambutan Hari Anugerah PEDi, 29 Nov ini.

Belanjawan 2024: Pacu negara ke arah inovasi, teknologi tinggi, ekonomi digital - MCMC
Peruntukan kepada PEDi memperkasa usahawan untuk meningkatkan tahap sosioekonomi dan menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi digital negara.

Peruntukan RM25 juta dapat dimanfaat untuk bina 186 PEDi baharu - Fahmi
PEDi yang dibina itu akan berperanan sebagai pemangkin kepada ekonomi digital di peringkat setempat.

KKD wujudkan 72 PEDi tingkat ekonomi rakyat Kelantan - Fahmi
Fahmi berkata 2,294 daripada pengguna berkenaan telah menjadi usahawan aktif PEDi, di samping lebih 259,000 penyertaan latihan telah direkodkan.