SEREMBAN: Pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) diingatkan supaya menjaga imej pasukan sebaik-baiknya dan tidak berselindung di sebalik uniform, kuasa mahupun lencana masing-masing untuk melanggar undang-undang.
Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata mereka sebaliknya perlu terus mendapatkan keyakinan dan kepercayaan daripada rakyat sekali gus memastikan imej PDRM berada di tempat paling atas.
"Kalau tengok banyak benda baik PDRM buat tapi disebabkan satu isu, contohnya kes di Perak baru-baru ini (pegawai kanan polis didakwa melanggar seorang pelajar tingkatan lima), terus menghukum PDRM, padahal banyak isu-isu lebih bagus dilakukan anggota.
"Saya juga pesan perkara ini pada diri saya, bukan kepada anggota dan pegawai sahaja. Jadi lah pegawai yang bagus supaya imej PDRM ini baik," katanya kepada pemberita selepas Istiadat Penganugerahan Pingat Jasa Pahlawan Negara (PJPN) Kontinjen Negeri Sembilan di sini hari ini.
Beliau turut menegaskan bahawa pihaknya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap mana-mana anggota tanpa mengira pangkat sekiranya mereka melakukan kes jenayah, salah laku atau tatakelola yang tidak betul.
"Kita tak akan kompromi, malah kita buka kertas siasatan untuk tindakan tatatertib (kepada mereka terlibat). Untuk makluman, saya telah tandatangan tahan kerja kepada pegawai berpangkat DSP itu (pegawai didakwa melanggar pelajar) pada petang itu juga," katanya.
Razarudin turut menasihatkan kesemua anggota supaya menjaga kerjaya masing-masing sekali gus memastikan kebajikan dan keharmonian rumah tangga.
"Sebagai manusia apabila sudah berumah tangga mesti jaga keluarga dan kerjaya tetapi jika tidak jaga kerjaya bagaimana mahu jaga keluarga," katanya.
Terdahulu, seramai 210 pegawai, pesara polis dan waris pesara dalam kontinjen Negeri Sembilan dianugerahkan PJPN dan daripada jumlah tersebut, 143 pesara, bekas polis dan petugas pada era darurat hadir sendiri menerima pingat.
Seramai 12 waris pula hadir mewakili pesara yang uzur atau meninggal dunia selain seramai 55 pegawai polis yang masih berkhidmat turut menerima pingat yang sama.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Dec 20 2023
Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain ketika sidang media pada Istiadat Penganugerahan Pingat Jasa Pahlawan Negara Kontinjen Negeri Sembilan di d'Tempat Country Club, hari ini. - Foto Bernama
Masters Indonesia: Tang Jie-Ee Wei tempah pusingan 16
Chen Tang Jie-Toh Ee Wei menewaskan gandingan Perancis, Julien Maio-Lea Palermo, 21-19 21-17.
WEF 2025: Realiti peralihan tenaga ada cabaran unik Asia
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Petronas Tan Sri Tengku Muhammad Taufik Aziz menekankan kerumitan dalam melaksanakan peralihan tenaga sambil mengimbangi realiti ekonomi, khususnya di Asia. Beliau menegaskan bahawa walaupun usaha global ke arah tenaga boleh diperbaharui adalah penting, laluan peralihan tenaga di Asia memerlukan pendekatan yang lebih berhati-hati, mengambil kira cabaran unik di rantau ini.
KPM sedia salur khidmat kaunseling bantu anak lelaki OKU dipukul di Kemaman
Kementerian Pendidikan bersedia menyalurkan khidmat kaunseling kepada anak lelaki Orang Kurang Upaya (OKU) yang dipukul di Kemaman, Jumaat lepas.
'Doktor' Ayurveda bergelar 'Datuk Seri' disiasat
Polis membuka kertas siasatan terhadap seorang 'doktor' ayurveda palsu bergelar 'Datuk Seri' yang didakwa menawarkan rawatan tradisional tanpa lesen sah di Puchong, Selangor.
Dr Dzulkefly junjung agenda banteras buli
Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad beliau sedar dan insaf tentang tekanan kerja yang dialami mendiang Dr Tay, biarpun ia sememangnya memenuhi huraian kerja mendiang.
Tegasnya lagi, beliau akan tetap berpegang kepada agenda membanteras sebarang kejadian membuli di fasiliti kesihatan awam sekiranya benar-benar terjadi.
Tegasnya lagi, beliau akan tetap berpegang kepada agenda membanteras sebarang kejadian membuli di fasiliti kesihatan awam sekiranya benar-benar terjadi.
Kematian Dr Tay tiada insiden buli
Tiada sebarang insiden buli yang berlaku di Hospital Lahad Datu, hingga menyebabkan kematian pakar patologi Hospital Lahad Datu, Dr Tay Yien Yaa, seperti yang didakwa oleh ahli keluarganya.//
Pengerusi Pasukan Petugas Khas Lahad Datu, Tan Sri Borhan Dolah berkata hasil siasatan yang dilakukan pasukan tersebut mendapati mendiang telah mengalami tekanan akibat beban kerja, walaupun tugasan itu masih terkandung dalam skop huraian kerja beliau
Pengerusi Pasukan Petugas Khas Lahad Datu, Tan Sri Borhan Dolah berkata hasil siasatan yang dilakukan pasukan tersebut mendapati mendiang telah mengalami tekanan akibat beban kerja, walaupun tugasan itu masih terkandung dalam skop huraian kerja beliau
PM Anwar akan bertemu pengasas WEF, pimpin sesi pleno ASEAN pada akhir WEF 2025
Perdana Menteri akan menerima kunjungan hormat Pengasas dan Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah WEF Prof Klaus Schwab di hari terakhir WEF 2025.
Guru ingin buat kerja sambilan perlu dapatkan kebenaran - Fadhlina
Guru yang ingin melakukan kerja sambilan perlu mendapatkan kebenaran Kementerian Pendidikan Malaysia terlebih dahulu.
Henti tol percuma musim perayaan langkah wajar - Pakar, aktivis
Keputusan kerajaan menghentikan pemberian tol percuma pada musim perayaan adalah langkah wajar.
AWANI Ringkas: Kes kematian bayi dibawa ke mahkamah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pegawai, anggota PDRM diingatkan jangan berselindung di sebalik uniform, kuasa - KPN
Pegawai dan anggota PDRM diingatkan supaya menjaga imej pasukan sebaik-baiknya dan tidak berselindung di sebalik uniform, kuasa mahupun lencana masing-masing.