ALOR SETAR: Seorang pegawai Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dipercayai hilang semasa mendaki Telaga Tujuh, Gunung Matchincang di Langkawi petang semalam.
Ketua Polis Daerah Langkawi ACP Shariman Ashari berkata polis menerima laporan berhubung kehilangan Mohd Ridhaudden Rosman, 32, yang bertugas di Bahagian Cari Lamat dan Bantuan Bencana (SAR) APMM Putrajaya itu pada pukul 12.47 tengah hari tadi.
"Motosikal yang digunakan (Mohd Ridhaudden) masih berada di kawasan letak kereta Telaga Tujuh dan kali terakhir dia memuat (naik) status (dalam media sosial) tiba di puncak Telaga Tujuh lebih kurang pukul 4.45 petang semalam," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Shariman berkata pegawai APMM yang berada di Langkawi sempena penugasan Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2023 (LIMA '23) itu turut berkomunikasi dengan isterinya melalui aplikasi WhatsApp pada pukul 5.15 petang.
"Dia (dipercayai) pergi (mendaki) sendiri dan bukannya atas tugas," kata Shariman yang turut memaklumkan operasi mencari dan menyelamat pegawai itu melibatkan kekuatan aset darat dan udara.
Beliau berkata operasi mencari dan menyelamat membabitkan pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), APMM dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) iaitu seramai 23 pegawai dan 68 anggota selain 15 orang awam yang mahir tentang laluan kawasan Telaga Tujuh itu.
Sementara itu, Pemangku Ketua Pengarah Maritim Malaysia Laksamana Maritim Datuk Saiful Lizan Ibrahim berkata pegawai itu dipercayai menuju ke lokasi pendakian selepas tamat penugasan pada tengah hari semalam sebelum tidak dapat dikesan rakan sebiliknya berdasarkan maklumat awal diterima pihaknya.
"Sepatutnya ada program malam (yang perlu beliau hadir bertugas) tetapi beliau tidak hadir dan rakan sebiliknya cuba menghubunginya tetapi tidak dapat dikesan, maka mengesyaki sesuatu tidak baik berlaku dan kita menghantar anggota APMM untuk mencari dia.
"Setelah mencari di beberapa lokasi, kita menjumpai motosikal yang dipercayai dibawa oleh dia yang dipinjam daripada kawannya di sini (Langkawi) di kaki Gunung Matchincang dekat dengan kawasan Telaga Tujuh ini," katanya ketika ditemui pemberita di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC), Langkawi.
Saiful Lizan berkata khidmat malim gunung juga digunakan untuk mencari pegawai berkenaan sepanjang malam tadi termasuk pencarian di laluan yang dirasakan dilalui Mohd Ridhaudden.
-- BERNAMA
Bernama
Thu May 25 2023
Polis menerima laporan berhubung kehilangan Mohd Ridhaudden Rosman (kiri) pada pukul 12.47 tengah hari tadi. -Twitter Bernama
Aerotrain KLIA disasar kembali beroperasi sepenuhnya suku kedua tahun ini
Perkhidmatan aerotrain di KLIA disasar untuk kembali beroperasi sepenuhnya pada suku kedua tahun ini, setelah hampir dua tahun digantung.
Tahun Baharu Cina: JPJ lakukan audit operasi di depot, terminal bas ekspres
Sebanyak 2,500 anggota dan pegawai JPJ akan bertugas pada Tahun Baharu Cina ini bagi memastikan kelancaran aliran trafik dan pematuhan terhadap undang-undang jalan raya.
Isu buku Hannah Yeoh: Kertas siasatan dirujuk kepada AGC
Polis telah merujuk kertas siasatan berhubung isu buku 'Becoming Hannah: A Personal Journey' membabitkan Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh kepada Pejabat Peguam Negara.
Kerajaan setuju diskaun tol 50 peratus sempena Tahun Baharu Cina - Nanta
Kerajaan MADANI dalam Mesyuarat Kabinet hari ini bersetuju untuk memberikan potongan tol 50 peratus dari kadar tol biasa sempena Perayaan Tahun Baharu Cina 2025.
Anwar tiada masalah dengan "Himpunan Rakyat Benci Rasuah", tapi gesa bersifat adil
Perdana Menteri secara peribadi tidak mempunyai masalah tentang penganjuran "Himpunan Rakyat Benci Rasuah" yang bakal berlangsung pada Sabtu.
[TERKINI] Kerajaan setuju diskaun 50% bayaran tol sempena Tahun Baharu Cina
Kerajaan dalam Mesyuarat Kabinet telah bersetuju untuk memberikan potongan tol 50% dari kadar tol biasa sempena Perayaan Tahun Baru Cina 2025.
Amaran hujan berterusan tahap waspada di Sabah, Sarawak
MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di Sabah dan Sarawak bermula 27 Jan (Isnin) sehingga 30 Jan (Khamis).
AWANI Ringkas: Isu 'Ham': Polis rakam keterangan Harith Iskander
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Saman fitnah: Muhyiddin bayar ganti rugi RM1.4 juta kepada Lim Guan Eng
Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mendepositkan RM1.4 juta sebagai jumlah penghakiman ganti rugi saman fitnah yang perlu dibayar kepada Pengerusi DAP Lim Guan Eng.
Lelaki cedera, rumah musnah dijilat api
Seorang lelaki cedera apabila rumahnya di Taman Rancha-Rancha Fasa 1 musnah dijilat api dalam kejadian awal pagi tadi.
Kawasan pencarian tiga nelayan dikhuatiri hilang dekat Pulau Payar diperluas
Operasi mencari dan menyelamat tiga mangsa diteruskan pada 7.30 pagi ini.
Dua bot nelayan ditahan langgar syarat lesen, gajikan pekerja asing
APMM Selangor menahan dua bot nelayan tempatan kerana disyaki melanggar syarat sah lesen dengan menggajikan kru warga asing tanpa kebenaran.
Langkawi diintai PATI Myanmar, APMM gerak aset perketat kawalan perairan negara
Maritim Malaysia tingkatkan rondaan di beberapa kawasan yang telah dikenal pasti sebagai lokasi hot spot khususnya di sekitar perairan Langkawi.
APMM pastikan tatakelola di tahap terbaik, lengkapkan pegawai dengan AI
APMM akan memastikan 2025 menjadi tahun pelaksanaan tatakelola yang terbaik agensi itu sama ada dalam pengurusan mahupun penguatkuasaan.
APMM selamatkan harta bernilai lebih RM1.5 bilion sepanjang 2024
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) telah mencatatkan lebih RM1.5 bilion bagi jumlah nilai harta yang diselamatkan dalam operasi menyelamat maritim sepanjang tahun lepas.
APMM Sandakan rekod RM90.32 juta nilai rampasan tahun ini
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Maritim Sandakan merekodkan RM90.32 juta nilai rampasan membabitkan 67 kes tangkapan atas pelbagai kesalahan di sekitar perairan ini tahun ini.
APMM Terengganu tubuh Skuad Bantuan Banjir
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu menubuhkan tiga Skuad Bantuan Banjir pada musim Monsun Timur Laut (MTL) ini.
APMM Kelantan gagalkan cubaan seludup rokok putih bernilai lebih RM200,000
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Kelantan menumpaskan cubaan menyeludup 790,000 batang rokok putih dianggarkan bernilai RM280,000 di Tumpat dan Kota Bharu.
Indonesia-Malaysia bekerjasama hantar pulang nelayan yang ditahan
Nelayan itu ditahan pada Sabtu, kira-kira 49 batu nautika di luar pantai Tanjung Payung, selepas memasuki perairan wilayah Malaysia.
Tujuh nelayan ditahan positif dadah
Menghilangkan tekanan ketika berada di laut dan untuk menambah tenaga ketika bekerja antara alasan diberi tujuh nelayan yang ditahan selepas didapati positif dadah dalam operasi di Jeti LKIM, Besut.