KUALA LUMPUR:Pegawai Daerah Padang Terap, Hakim Ariff Md Noor menolak dakwaan yang tular bahawa beliau menamakan Stadium Mini Ffira Mikah di daerah itu sempena ejaan namanya.
Jelas beliau, nama baharu stadium itu mempunyai maksud tersirat dalam bahasa Arab dan Greek, yang secara kebetulan menyamai nama beliau sekiranya diterbalikkan.
“Tiada kena mengena dengan nama saya.
"Nama stadium mini ini mempunyai maksud tersirat. Nama itu dipilih dan dicadangkan dalam mesyuarat pentadbiran.
"Dalam bahasa Sepanyol atau Greek, ‘Ffira’ bermaksud sesuatu yang hebat, manakala ‘Mikah’ dalam bahasa Arab sempena nama malaikat,” katanya kepada akhbar Sinar Harian pada Ahad.
Malah, beliau yang juga Yang Dipertua Majlis Daerah Padang Terap berkata nama baharu itu diberikan selepas penambahbaikan dilakukan dan ia adalah salah satu usaha penjenamaan semula stadium berkenaan bagi menarik perhatian awam.
“Saya bukan nak kejar glamor. Hasrat saya mahu Padang Terap nampak lebih bersih, cantik dan ceria.
"Saya tak mahu daerah ini kekal macam dahulu, mereka tak tahu cerita sebenar dan buat andaian begitu,” katanya.
Beliau berkata demikian bagi menjawab dakwaan orang ramai berhubung nama stadium tersebut yang tular di media sosial dan dipersoalkan oleh orang awam.
Stadium Mini Ffira Mikah Kuala Nerang dimiliki Majlis Daerah Padang Terap dan dirasmikan oleh beliau selaku Pegawai Daerah pada 7 Disember lalu selepas kerja-kerja menaik taraf dilakukan.
Malah, sebuah video berdurasi dua minit mempromosikan stadium berkenaan yang diurus oleh sebuah persatuan bola sepak itu juga turut tular berikutan isu tersebut.
Jelasnya lagi, pihaknya tiada masalah untuk menukar nama kontroversi itu dan bersedia menurunkan papan nama Ffira Mikah bagi melenyapkan dakwaan.
“Selepas ini, ia akan dikenali sebagai Stadium Mini Kuala Nerang dan kita akan turunkan papan nama yang mengundang kontroversi itu,” ujarnya.
Astro Awani
Sun Dec 13 2020

Hakim Ariff Md Noor menjelaskan nama baharu stadium itu mempunyai maksud tersirat dalam bahasa Arab dan Greek, yang secara kebetulan menyamai nama beliau sekiranya diterbalikkan. -Foto Sinar Harian

Ibu tiga anak maut, dipercayai dibunuh kekasih
Dalam kejadian itu, mangsa yang menyewa di rumah dua tingkat itu bersama kekasihnya sejak lima bulan lalu, ditemukan terbaring atas katil.

ATC 2025: Sawda pecah rekod remaja Asia, raih emas ujian masa 1km
Sawda mencatatkan satu minit 10.818s untuk memperbaharui rekod yang dicipta atlet Taiwan Liu Shang Ying (1:12.722s) pada pusingan kelayakan.

FAMA tingkat 30 peratus bekalan kelapa di seluruh negara
Abdul Rashid berkata masalah kekurangan bekalan kelapa bukan hanya berlaku di Malaysia, malah di seluruh dunia berikutan musim melawas.

KPKT sasar bina 112 Taman Rekreasi MADANI tahun ini
Ia termasuk pembinaan lapan TRM yang akan dibangunkan di Selangor melibatkan peruntukan RM4 juta.

Landskap penyiaran Pakistan berdepan cabaran getir
Untuk menangani isu itu, penyiar mesti mengutamakan ketepatan dan pengesahan sebelum menyiarkan sebarang maklumat kepada khalayak.

Presiden DR Congo Tshisekedi tolak dialog dengan pemberontak M23
Felix Tshisekedi berkata, gabungan kerajaannya tidak seharusnya terpengaruh oleh ketegangan dalaman dan manipulasi dari luar.

Konflik Rusia-Ukraine boleh berakhir 'minggu ini' - Jurucakap Rumah Putih
Donald Trump yakin dengan keupayaannya untuk merundingkan perjanjian dengan Rusia bagi menamatkan konflik Ukraine.
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (23 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Rejim Zionis memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.

Program jelajah 'Gempak Keluarga Felda' bermula
Program jelajah anjuran Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA), Felda Global Ventures Holdings, Yayasan Felda dan Astro Malaysia Holdings, Gempak Keluarga Felda membuka tirai di Pendang, Kedah.