SHAH ALAM: Seorang pegawai kanan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) hari ini dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini atas pertuduhan tidak menyerahkan rampasan sisik tenggiling kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) pada 2019.
Ahmad Hilmi Ghazali, 51, bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan itu.
Dia didakwa telah mengarahkan seorang Pembantu Penguasa Kanan JKDM melupuskan sisik tenggiling spesis Genus Manis SPP daripada Stor Penguatkuasaan Pengkalan Marin Pelabuhan Klang Utara, pada September 2019 hingga Disember 2019.
Menurut pertuduhan, sisik tenggiling itu adalah barang kes rampasan JKDM dan perlu diserahkan kepada Jabatan Perhilitan sebagai pihak berkuasa pengurusan yang dilantik di bawah seksyen 6(1) Akta Perdagangan Antarabangsa Mengenai Spesies Terancam 2008 (Akta 686).
Pertuduhan mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dipenjara selama tempoh tidak kurang dari enam bulan dan tidak lebih dari lima tahun, sebatan dan denda.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Wan Azreen Wan Zaid manakala Ahmad Hilmi diwakili peguam Nor Azri Mohd Arif.
Wan Azreen mencadangkan mahkamah mengenakan jaminan antara RM30,000 hingga RM50,000 dengan mengambil kira nilai barang kes berkenaan yang mencecah jutaan ringgit di pasaran gelap dan tertuduh perlu menyerahkan pasportnya kepada mahkamah selain perlu melapor diri ke Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sehingga kes selesai.
Nor Azri memohon mahkamah mengenakan jumlah jaminan yang tidak berbentuk punitif atas sebab Ahmad Hilmi mempunyai komitmen yang tinggi selain perlu menanggung dua orang isteri dan empat orang anak yang masih kecil.
Hakim Awang Kerisnada Awang Mahmud membenarkan Ahmad Hilmi diikat jamin sebanyak RM20,000 dan seorang penjamin selain perlu melapor diri ke Pejabat SPRM setiap bulan.
Mahkamah menetapkan 12 Julai untuk sebutan semula kes.
-- BERNAMA
Bernama
Fri May 31 2024

Ahmad Hilmi Ghazali, 51, bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan itu. - Gambar/ Bernama
APMM tahan tujuh lelaki Indonesia ceroboh pelantar
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu menahan tujuh lelaki warga Indonesia yang menceroboh pelantar minyak tidak berpenghuni di Lapangan Tembikai di kedudukan 77 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu, semalam.
[TERKINI] KPM pantau penjaja di luar premis sekolah - KP Pendidikan
Isu penjaja di luar kawasan sekolah akan dipantau ketat oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi menjamin keselamatan murid.

Ramsay dedah ratusan patung 'kucing bertuah' dicuri dari restoran baharu
Gordon Ramsay mendedahkan ratusan patung kecil 'kucing bertuah' dicuri dari restoran baharunya di London.

Cabul kanak-kanak di masjid, polis tahan remaja 19 tahun
Polis telah menahan seorang suspek lelaki warga tempatan berusia 19 tahun berkaitan kes mencabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor.

Prosiding tertutup isu premium insurans kesihatan, caj hospital swasta bermula 24 Feb - PAC
Laporan akan dibentangkan pada sesi persidangan Dewan Rakyat pada Jun ini.

NASA kurangkan risiko impak asteroid 2024 YR4 kepada 0.28 peratus
Pasukan pertahanan planet NASA akan terus memantau asteroid itu untuk meningkatkan ramalan trajektori asteroid.
Diploma Jururawat: Syarat kemasukan dilonggar kepada tiga kredit SPM
Kementerian Kesihatan (KKM) melonggarkan syarat kemasukan program Diploma Kejururawatan bagi lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) daripada lima kredit kepada hanya tiga kredit sahaja berkuat kuasa mulai Januari tahun ini hingga Disember tahun depan. #AWANInews
Warga asing ditahan jual tisu di lampu isyarat
Seorang lelaki warga asing berusia 49 tahun ditahan polis di lampu isyarat Puchong Jaya selepas didapati menjual tisu kepada pengguna jalan raya, sekali gus mengganggu kelancaran lalu lintas. #AWANInews

TUDM terima pesawat tanpa pemandu dari Turkiye tahun ini
TUDM dijangka mula menerima sistem pesawat tanpa pemandu Medium Altitude Long Endurance-Unmanned Aerial System (MALE-UAS) "ANKA" buatan Turkiye yang diperoleh pada Mei 2023, dalam tahun ini.
Terminal 3 hanya dibina jika kapasiti penumpang penuh
Pembangunan Terminal 3 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) hanya akan dipertimbang apabila Terminal 2 mencapai kapasiti maksimum pengendalian penumpang.

Buaya di UniSZA kena tangkap
Seekor buaya tembaga ditemukan tersangkut pada jaring di kolam tadahan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) di Kampus Besut, Tembila dekat sini pagi semalam.

Perangkap harimau di Kampung Kolam dikekalkan - Perhilitan Perak
Perangkap harimau yang dipasang Perhilitan Perak di Kampung Kolam, Tanjung Rambutan di sini pada 21 Jan, tidak akan dibuka.

Perhilitan tahan dua lelaki kes lepaskan ular sawa di longkang
Perhilitan menahan dua individu bagi membantu siasatan berhubung pemilikan ular sawa tanpa lesen sah.

Harimau kumbang jantan mati dilanggar di Kuala Pilah
Seekor harimau kumbang jantan seberat 40 hingga 50 kilogram mati dipercayai akibat dilanggar kenderaan di Kampung Orang Asli Tering, Jalan Tampin-Kuala Pilah, dekat sini, malam tadi.

Populasi Harimau Malaya tunjuk perkembangan positif - Nik Nazmi
Jumlah populasi Harimau Malaya (Panthera Tigris Jacksoni) di negara ini menunjukkan perkembangan yang positif.

Perhilitan terima aduan kehadiran 'Pak Belang' di Kampung Kolam, Tanjung Rambutan
Perhilitan) Perak mengesahkan menerima aduan berhubung serangan harimau belang terhadap lembu ternakan penduduk di kawasan berhampiran Kampung Kolam, Tanjung Rambutan.

Perhilitan tangkap harimau kumbang di Gua Musang
Perhilitan Kelantan berjaya menangkap seekor harimau kumbang di Kampung Gua, Paloh 1, Gua Musang.

Buaya di Teluk Batik: Perhilitan nasihat orang awam berwaspada
Perhilitan Perak terus memantau persekitaran Pantai Teluk Batik susulan penampakan kehadiran seekor buaya di kawasan itu semalam.

APM Kelantan tangkap ular sawa batik seberat 50 kg
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kelantan menangkap seekor ular sawa batik seberat 50 kilogram di Kampung Baru Star, di sini semalam.

Perhilitan Kelantan tangkap gajah jantan liar rosakkan tanaman penduduk di Lojing
Perhilitan Kelantan berjaya memindahkan seekor gajah jantan dewasa di kawasan kebun berhampiran Hentian Eco Rehat dan Rawat Lojing di sini Jumaat lepas.