NEW DELHI: Seorang pegawai kanan Parti Kongres India meletak jawatan selepas beliau membuat kenyataan membandingkan penduduk di timur negara itu dengan orang Cina dan selatan India dengan orang Afrika.
Sam Pitroda, yang rapat dengan pemimpin terkemuka Kongres, Rahul Gandhi, mengeluarkan kenyataan kontroversi itu dalam usahanya memuji demokrasi dan kepelbagaian India. Namun, kenyataannya dianggap sebagai satu kesilapan besar ketika pilihan raya umum sedang berlangsung.
"Kami dapat menyatukan negara yang beraneka ragam seperti India, iaitu penduduk di timur kelihatan seperti orang Cina, di barat kelihatan seperti orang Arab, di utara mungkin seperti orang kulit putih dan di selatan kelihatan seperti orang Afrika. Itu tidak penting. Kita semua adalah bersaudara," kata Pitroda dalam temu bual dengan akhbar The Statesman.
Parti Bharatiya Janata (BJP) yang memerintah, mengkritik kata-katanya sebagai tidak menghormati dan sesetengah pihak melihatnya sebagai perkauman.
Parti Kongres tidak memberikan sebarang respons dan presidennya, Mallikarjun Kharge menerima peletakan jawatan Pitroda daripada cawangan parti luar negara.
"Analogi yang diberikan oleh Sam Pitroda kepada kepelbagaian India amat salah dan tidak boleh diterima. Kongres Kebangsaan India tidak dapat menerima analogi ini," kata jurucakap parti Jairam Ramesh dalam catatan media sosial.
"Sam Pitroda telah memutuskan untuk meletak jawatan sebagai Pengerusi Kongres Luar Negara India atas kerelaannya sendiri. Presiden Kongres telah menerima keputusannya," kata Ramesh dalam satu lagi hantaran pada Rabu.
Pitroda, 82, yang nama penuhnya ialah Satyanarayan Gangaram Pitroda, berpangkalan di Amerika Syarikat dan dikenali sebagai usahawan bersiri.
Beliau adalah penasihat yang berpengaruh semasa Rajiv Gandhi menjadi perdana menteri pada 1980-an dan mengetuai beberapa inisiatif teknologi.
Pitroda pada 2009 dinamakan sebagai penasihat infrastruktur maklumat awam dan inovasi dengan pangkat menteri kabinet semasa pentadbiran Manmohan Singh sebagai perdana menteri.
-- BERNAMA
Bernama
Thu May 09 2024

Kenyataan Sam Pitroda dianggap sebagai satu kesilapan besar ketika pilihan raya umum sedang berlangsung. - Gambar fail/AP
Tiga kanak-kanak antara maut akibat banjir di Gaborone
Menurut Presiden Botswana, Duma Boko, daripada jumlah kematian yang direkodkan tiga daripadanya adalah kanak-kanak.
Memasuki tahun ke-3, bukan lagi membiasakan diri
Ketika kerajaan memasuki tahun ketiga pentadbiran, cabaran utama bukan lagi untuk membiasakan diri dengan peranan dalam kabinet, sebaliknya, Prof Datuk Dr Sivamurugan Pandian berpendapat, ia lebih kepada bagaimana setiap kementerian dan agensi dapat menonjolkan pencapaian yang boleh dirasai rakyat.
Thaksin Shinawatra lawat tiga wilayah selatan Thailand
Thaksin berkata, lawatan itu susulan perbincangan beliau dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini.

Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Pasukan pendudukan Israel telah memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.

KPKT bentang 12 komitmen untuk kesejahteraan rakyat
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah membentangkan 12 komitmen untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat sempena Permukiman Jemaah Menteri Kerajaan MADANI yang berlangsung semalam.
AWANI Ringkas: Dua platform jualan dalam talian diarah turunkan iklan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

PRK DUN Ayer Kuning: Ahmad Zahid harap SPR ambil kira Ramadan
Ahmad Zahid berkata pihaknya berpendapat tidak perlu tergesa-gesa mengadakan pilihan raya kecil itu memandangkan ketibaan Ramadan.

Turkiye di kedudukan ke-11 dunia dalam eksport industri pertahanan - Erdogan
Erdogan berkata negara itu berada di ambang transformasi besar dan kejayaan ekonomi yang memberangsangkan.

Polis Perak berkas 15 ahli sindiket tawar pekerjaan tidak wujud
Polis menahan 13 warga China terdiri daripada 12 lelaki dan seorang wanita berusia antara 26 hingga 41 tahun.

Laluan udara baharu hubungkan Xi'an dengan Malaysia
Perkhidmatan penerbangan harian baharu yang menghubungkan Xi'an, China dengan Kuala Lumpur dibuka secara rasmi pada Ahad.

Pegawai kanan Parti Kongres India letak jawatan selepas keluar kenyataan rasis
Seorang pegawai kanan Parti Kongres India meletak jawatan selepas beliau membuat kenyataan didakwa rasis.