Seorang pegawai kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, hari ini, atas dua pertuduhan memberi maklumat palsu kepada dua kakitangan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) pada Disember tahun lepas berhubung kes khalwat yang dihadapinya.
Bekas pengarah Bahagian Pengubahan Wang Haram dan Pelucuthakan Harta (AMLFOP), Fikri Ab Rahim, 43, bagaimanapun, mengaku tidak bersalah selepas kedua-dua pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret Raja Noor Adilla Raja Mahyaldin.
Beliau didakwa memberi maklumat palsu pada butiran nama pasangan dalam borang maklumat peribadi, Bahagian Pengurusan Penguatkuasaan JAIS, kepada kakitangan jabatan agama itu, Fatin Afikah Mohamad Mustapa, 28.
Fikri didakwa melakukan kesalahan itu di Pejabat JAIS, Menara Utara, Bangunan Sultan Idris Shah, Seksyen 5 di sini, pada kira-kira pukul 4 pagi 16 Dis 2017.
Beliau juga didakwa melakukan kesalahan sama dengan seorang lagi kakitangan JAIS, Mariah Mukhyuddin, 26, di tempat, masa dan tarikh yang sama.
Pendakwaan bagi kedua-dua pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 177 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum enam bulan atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
Raja Noor Adilla membenarkan Fikri dibebaskan dengan jaminan RM3,000 bagi kedua-dua pertuduhan dan menetapkan sebutan semula kes pada 6 Ogos depan untuk serahan dokumen.
Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Muaz Ahmad Khairuddin sementara pegawai SPRM itu diwakili peguam Datuk Kamarul Hisham Kamaruddin.
Pada 3 Mei lepas, Fikri mengaku tidak bersalah di Mahkamah Rendah Syariah Petaling atas tuduhan berkhalwat dengan seorang kakitangan SPRM di sebuah kondominium di Seri Kembangan dekat sini, pada Disember tahun lepas.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jul 09 2018
![Pegawai kanan SPRM didakwa beri maklumat palsu dalam kes khalwat Pegawai kanan SPRM didakwa beri maklumat palsu dalam kes khalwat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-06/81527783134_SPRMlogo.jpg)
Fikri didakwa melakukan kesalahan itu di Pejabat JAIS, Menara Utara, Bangunan Sultan Idris Shah, Seksyen 5 di sini, pada kira-kira pukul 4 pagi 16 Dis 2017.
Pantau Agenda Reformasi: Impak jangka panjang larangan pergerakan kenderaan berat
Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) memperluas larangan pergerakan kenderaan berat memasuki lebuh raya pada waktu puncak di beberapa jajaran lebuh raya terpilih di sekitar Lembah Klang bermula pada 19 Feb ini bagi melancarkan pergerakan trafik di kawasan itu serta di bandar raya.
Prof. Madya Dr. Law Teik Hua, Pengarah Pusat Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya UPM
Prof. Madya Dr. Law Teik Hua, Pengarah Pusat Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya UPM
Seni bina perlu jadi penyumbang kukuh perdagangan perkhidmatan
Seni bina masih merupakan segmen eksport yang kurang dibangunkan berikutan pengangkutan, teknologi maklumat dan komunikasi serta perkhidmatan perniagaan yang mendominasi profil eksport perkhidmatan negara.
Adaptasi ESG: Perkongsian awam-swasta beri kelebihan daya saing
Kerajaan berhasrat mewujudkan ekonomi digital yang teguh, mampan dan berdaya saing di peringkat global yang memberi manfaat kepada perniagaan dan rakyat.
![Kerani rugi RM1 juta terperdaya skim pelaburan tidak wujud Kerani rugi RM1 juta terperdaya skim pelaburan tidak wujud](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/61734154906_tbHusseinOmarKhan.jpg)
Kerani rugi RM1 juta terperdaya skim pelaburan tidak wujud
Seorang kerani sebuah syarikat swasta kerugian RM1 juta selepas menjadi mangsa penipuan skim pelaburan tidak wujud menerusi Facebook.
Perikanan: Pemprosesan, pengeluaran jana nilai ekonomi RM 64 juta tahun lepas - DOF
Pencapaian dicatatkan menerusi Program myAgropreneur (myAP) itu mencerminkan peranan penting industri pemprosesan perikanan dalam menyokong pembangunan ekonomi negara.
Terengganu bakal miliki industri pembinaan pesawat ringan
Perkara itu masih dalam perbincangan dengan syarikat Putra Aerospace Industries (PAI) dan pihaknya telah memberikan persetujuan awal untuk meneliti lanjut projek berkenaan.
Manfaatkan sokongan kerajaan, teknologi bagi perkasa sektor logistik - Loke
Loke berkata inisiatif seperti pengecualian cukai itu bertujuan memacu operasi lebih pintar serta cekap di peringkat gudang serta logistik.
MARA sasar kurangkan pinjaman tidak berbayar kepada 30 peratus
Asyraf Wajdi berkata untuk itu, satu pendekatan lebih agresif dan tiada kompromi akan diambil kepada mereka yang culas dalam menjelaskan hutang.
150 false killer whale ditemukan terdampar
Lebih 150 false killer whale ditemukan terdampar di barat laut Australia pada Rabu.
![Bekas pengurus jualan bank mengaku tidak bersalah terhadap 58 pertuduhan rasuah Bekas pengurus jualan bank mengaku tidak bersalah terhadap 58 pertuduhan rasuah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739955456_Bekaspengurusjuala.jpg)
Bekas pengurus jualan bank mengaku tidak bersalah terhadap 58 pertuduhan rasuah
Seorang bekas pengurus jualan sebuah bank mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh terhadap atas 58 pertuduhan meminta dan menerima rasuah.
![Hukuman mati bekas pemandu lori rogol, liwat, bunuh warga emas digantikan penjara 40 tahun Hukuman mati bekas pemandu lori rogol, liwat, bunuh warga emas digantikan penjara 40 tahun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/71734770812_TBSIMBAHASID.jpg)
Hukuman mati bekas pemandu lori rogol, liwat, bunuh warga emas digantikan penjara 40 tahun
Mahkamah Persekutuan hari ini menggantikan hukuman mati bekas pemandu lori yang didapati bersalah membunuh wanita warga emas berusia 85 tahun kepada penjara 40 tahun.
![90 plot kubur di Selat Klang selesai dialihkan - JAIS 90 plot kubur di Selat Klang selesai dialihkan - JAIS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-05/71589925523_MohdShahzihanAhmad.jpg)
90 plot kubur di Selat Klang selesai dialihkan - JAIS
Sebanyak 90 plot kubur di Tanah Perkuburan Islam Selat Klang, Daerah Klang yang terlibat dengan ECRL telah selesai dialihkan menerusi Pelan Tindakan Pengalihan Tapak Perkuburan Islam.
![Tiada sijil halal, pemilik restoran dakwa pelanggan suruh tampal label 'Muslim Kitchen' Tiada sijil halal, pemilik restoran dakwa pelanggan suruh tampal label 'Muslim Kitchen'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/51736421115_TBKPDN.jpg)
Tiada sijil halal, pemilik restoran dakwa pelanggan suruh tampal label 'Muslim Kitchen'
Ibarat menjadi trend, restoran dimiliki bukan Muslim cuba menarik pelanggan orang Islam dengan menggunakan simbol mesra Muslim seperti masjid.
![Murid maut terkena renjatan elektrik: Sesi pembelajaran dihentikan serta-merta Murid maut terkena renjatan elektrik: Sesi pembelajaran dihentikan serta-merta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/51734766466_MatiMayatBunuh.jpg)
Murid maut terkena renjatan elektrik: Sesi pembelajaran dihentikan serta-merta
JAIS mengarahkan sesi pengajaran dan pembelajaran di sebuah sekolah agama di Serdang dihentikan susulan insiden murid maut terkena renjatan elektrik.
![141 kertas siasatan GISBH, pendakwaan ditentukan pendakwa raya - JAIS 141 kertas siasatan GISBH, pendakwaan ditentukan pendakwa raya - JAIS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/71734592754_TBMohdShahzihan.jpg)
141 kertas siasatan GISBH, pendakwaan ditentukan pendakwa raya - JAIS
Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) membuka sebanyak 141 kertas siasatan berhubung GISB Holdings Sdn Bhd (GISB).
![Kesalahan khalwat tidak terhad kepada dua individu sahaja - Peguam Kesalahan khalwat tidak terhad kepada dua individu sahaja - Peguam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/71670025995_JAIM.jpg)
Kesalahan khalwat tidak terhad kepada dua individu sahaja - Peguam
Seseorang individu yang ditemui bersama lebih dari seorang individu yang berlainan jantina yang bukan mahram di dalam sesebuah premis terselindung tetap dianggap melakukan kesalahan khalwat.
![Wanita suara garau cemas bilik hotel diserbu JAIS Wanita suara garau cemas bilik hotel diserbu JAIS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/71734169667_Wanitasuaragarauc.jpg)
Wanita suara garau cemas bilik hotel diserbu JAIS
Seorang wanita yang memiliki suara garau berdepan detik cemas apabila hotel bajet yang dihuni diserbu Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
![Sultan Sharafuddin mahu semua penceramah mempunyai tauliah MAIS Sultan Sharafuddin mahu semua penceramah mempunyai tauliah MAIS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/41732521445_SultanSelangorSul.jpg)
Sultan Sharafuddin mahu semua penceramah mempunyai tauliah MAIS
JAIS diminta memastikan semua penceramah yang menyampaikan pengajaran Islam mempunyai tauliah yang dikeluarkan MAIS.
![JAIS akan ambil tindakan tegas terhadap pemungut zakat tanpa tauliah JAIS akan ambil tindakan tegas terhadap pemungut zakat tanpa tauliah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/81732352368_AmilZakatFitrahM.jpg)
JAIS akan ambil tindakan tegas terhadap pemungut zakat tanpa tauliah
Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) akan bertindak tegas terhadap individu atau mana-mana pihak yang memungut zakat di negeri itu tanpa tauliah daripada Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).
![Selangor sediakan modul khas pulihkan ahli GISB Selangor sediakan modul khas pulihkan ahli GISB](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/51731918298_MohammadFahmiNgah.jpg)
Selangor sediakan modul khas pulihkan ahli GISB
Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) bersama Jakim dan JAIS kini dalam fasa memulihkan ahli-ahli GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) di negeri itu.