Seorang pegawai kanan wanita Jabatan Kastam Diraja Malaysia yang koma sejak Jumaat lalu, selepas kenderaan yang dinaiki bersama dua rakannya dirempuh tonto di Kampung Banggol Chica, Pasir Mas, meninggal dunia malam tadi.
Ketua Polis Kelantan Datuk Dr Ab Rahman Ismail berkata mangsa, Anisah Ali, 54, meninggal dunia pada pukul 11.15 malam akibat kecederaan dalaman dan komplikasi usus.
"Laporan awal mengatakan mangsa bersama dua rakan sekerja lelaki sedang bertugas dan pada masa sama, sebuah kenderaan dinaiki tonto bertindak menghimpit dan merempuh belakang kenderaan mereka yang menyebabkannya terbabas dan melanggar pokok dalam kejadian pukul 1.20 pagi Jumaat itu," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menziarahi rumah mangsa di Kampung Pengkalan Kubor, Salor di sini, hari ini.
Mengulas lanjut, Ab Rahman berkata mangsa kemudiannya dikejarkan ke Hospital Pasir Mas sebelum dirujuk ke Hospital Raja Perempuan Zainab II, di sini untuk rawatan lanjut.
Ab Rahman berkata setakat ini tiada sebarang tangkapan dibuat dan kenderaan jenis pacuan empat roda itu dihantar ke Jabatan Forensik untuk tindakan lanjut.
Beliau berkata siasatan awal mendapati kenderaan yang dinaiki mangsa cuba menahan sebuah kenderaan lain dipercayai van yang membawa rokok seludup.
Katanya kes disiasat mengikut Seksyen 304 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan siasatan lanjut termasuk mencari anggota sindiket penyeludupan terbabit yang sedang dikenal pasti.
Sementara itu, suami mangsa yang juga Pegawai Kanan Kastam Baharuddin Hamid, 58, berkata beliau yang bertugas di Pulau Pinang bergegas pulang sebaik mendapat tahu kejadian menimpa isterinya.
Beliau berkata jenazah isterinya itu dikebumikan di Kampung Pengkalan Kubor, Salor selepas solat zuhur hari ini. -- BERNAMA
Bernama
Sun Oct 09 2016

Mangsa, Anisah Ali, 54, meninggal dunia pada pukul 11.15 malam akibat kecederaan dalaman dan komplikasi usus. - Foto Twitter Fandi Muhamad

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Banyak idea baharu lahir dari Sesi Permukiman Jemaah Menteri - TPM Ahmad Zahid
Setiap pandangan yang dikongsi pada sesi itu, adalah cerminan keprihatinan dan komitmen kerajaan dalam mencorak masa depan lebih cerah.

Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Berdasarkan prestasi kukuh KWSP pada suku ketiga 2024, pencarum boleh mengharapkan berita gembira berkaitan agihan dividen yang lebih baik bagi tahun 2024 berbanding tahun sebelumnya.
AWANI Ringkas: Dua rakyat Israel yang dibebaskan dalam kesihatan baik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
'Mana ada negara di dunia masyarakat berbilang kaum hidup aman' - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata tidak ada negara di dunia selain Malaysia mempunyai masyarakat berbilang kaum dan budaya yang hidup aman damai. Keupayaan Malaysia terdiri daripada seluruh pekerja dan rakyat Malaysia. #AWANInews
'Tanggungjawab kita adalah untuk menyantuni' - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa merasmikan Alamanda berwajah baru berkata tanggungjawab kita untuk menyantuni pelbagai kaum dengan menghormati dan kenal perbezaan antara kaum. #AWANInews

Alec Baldwin akui mental merosot selepas tragedi tembakan
Baldwin mengaku bergelut dengan emosi yang tidak stabil dan kesihatan mental yang terjejas.

Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Allahyarham dibawa dari kediamannya di Desa Seri Ampang ke Masjid An Nur Desa Seri Ampang untuk dimandi dan disolatkan.

Jualan 'gummy' dalam talian masih aktif
Produk ini dijual pada harga serendah RM6.50 sebalang dan mendapat sambutan hangat.

Polis siasat majlis istiadat anugerah gelaran 'Datuan'
Polis Kelantan membuka kertas siasatan berkaitan kes berkenaan selepas menerima tiga laporan polis pada 26 Mac lepas mendakwa wujud perkara mencurigakan ketika majlis penganugerahan tersebut.

Strok haba disyaki punca kematian dua remaja yang ditemui dalam kereta
Laporan awal bedah siasat ke atas mayat dua remaja lelaki ditemui dalam sebuah kereta di sini semalam percaya mereka meninggal dunia disebabkan 'strok haba'.

Penemuan empat mayat dipercayai ada kaitan dengan konflik agama di Myanmar
Polis Kelantan mengesahkan dua daripada empat mayat yang ditemui di Kampung Tanjung Hilir, Bekelam petang Ahad, adalah warga Myanmar.

Pegawai kastam wanita maut kenderaan dirempuh tonto
Mangsa, Anisah Ali, 54, meninggal dunia pada pukul 11.15 malam akibat kecederaan dalaman dan komplikasi usus.