PUTRAJAYA: Seorang pegawai Kementerian Luar Negeri berusia 38 tahun meninggal dunia pada Isnin ketika melakukan aktiviti pendakian ke Everest Base Camp.
Mangsa dikenali sebagai Parthiban Kandasamy disahkan meninggal dunia pada pukul 2.30 pagi (waktu tempatan) di Gorak Shep.
Kementerian Luar dalam satu kenyataan berkata Kedutaan Besar Malaysia di Kathmandu sedang menguruskan untuk membawa turun jasad mendiang dari Gorak Shep ke Kathmandu untuk dibedah siasat di Hospital Teaching, Kathmandu.
"Jasad akan dibawa pulang ke Malaysia selepas segala urusan bedah siasat dan dokumentasi selesai.
"Kementerian melalui Kedutaan Besar Malaysia di Kathmandu akan membantu urusan membawa pulang jasad ke Malaysia," kata kementerian.
Kementerian turut mengucapkan takziah kepada waris mendiang.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Oct 30 2023
Kementerian Luar melalui Kedutaan Besar Malaysia di Kathmandu akan membantu urusan membawa pulang jasad Parthiban Kandasamy ke Malaysia. - Gambar hiasan
AGC fail notis usul, mahu rayu keputusan kes Titah Adendum ke Mahkamah Persekutuan
Notis itu berdasarkan premis percanggahan dalam tafsiran undang-undang, dan kepentingan isu undang-undang di bawah Perlembagaan Persekutuan.
Populasi Harimau Malaya tunjuk perkembangan positif - Nik Nazmi
Jumlah populasi Harimau Malaya (Panthera Tigris Jacksoni) di negara ini menunjukkan perkembangan yang positif.
[TERKINI] Op Sky: Tiga selebriti hadir ke SPRM esok
Tiga selebriti akan hadir memberi keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Khamis, bagi membantu siasatan membabitkan sindiket syarikat perunding kewangan.
Hampir 50 peratus bakal jemaah haji setuju terima tawaran haji setakat ini
Hampir 50 peratus daripada 31,600 bakal jemaah haji telah bersetuju dan selesai menjawab tawaran haji bagi musim 1446H/2025M, setakat 27 Jan lepas.
Khazanah catat keuntungan RM5.1 bilion
Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) mencatat keuntungan operasi sebanyak RM5.1 bilion bagi tahun kewangan 2024, berbanding RM5.9 bilion pada 2023.
Gencatan Senjata: Sengasara rakyat Palestin mencari sesuap makanan, seteguk air bersih
Penduduk Palestin di Jabalia menyuarakan kesukaran untuk mendapatkan bekalan makanan dan air bersih ketika bantuan kemanusian sukar mencapai kawasan berkenaan yang telah musnah akibat serangan Israel.
Op Sky: Tiga selebriti hadir ke SPRM esok
Tiga selebriti akan hadir memberi keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Khamis, bagi membantu siasatan membabitkan sindiket syarikat perunding kewangan.
67 mayat mangsa nahas helikopter-pesawat di Washington D.C. ditemukan
Pasukan penyelamat berjaya menemukan kesemua 67 mayat mangsa yang terkorban dalam insiden membabitkan sebuah helikopter dan pesawat penumpang di Washington D.C. minggu lalu.
Parlimen: KKM lakukan kajian awal penggunaan AI dalam saringan kesihatan
Kecerdasan buatan (AI) mempunyai potensi besar untuk digunakan dalam sistem kesihatan negara terutamanya dapat mempercepatkan aspek saringan dan diagnostik.
KESUMA, PERKESO dapatkan maklumbalas dengan pemegang taruh
Pihak Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) melalui Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) telah mengadakan sesi libat urus bersama para pemegang taruh bagi mendapatkan maklum balas berkenaan dengan cadangan pelaksanaan Skim Kemalangan Bukan Bencana Kerja (SKBBK).
Pegawai Kementerian Luar meninggal dunia ketika daki Everest Base Camp
Parthiban Kandasamy disahkan meninggal dunia pada pukul 2.30 pagi (waktu tempatan) di Gorak Shep.