PUTRAJAYA: Pegawai khas bekas Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali iaitu Mabel Sheela Mutthiah memfailkan rayuan di Mahkamah Rayuan berhubung keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak saman fitnahnya terhadap Editor Sarawak Report, Clare Rewcastle-Brown.
Rayuan itu difailkan oleh firma guaman David Gurupatham & Koay semalam, yang mewakili hakim Mahkamah Sesyen yang telah bersara itu.
Saman terbabit berkaitan tiga artikel diterbitkan dalam Sarawak Report, termasuk artikel bertajuk How AG’s Office Connived to Prevent a Second Post-mortem on Kevin Morais - Exclusive Expose.
Pada 2 Mei, Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Raja Ahmad Mohzanuddin Shah Raja Mohzan menolak saman dengan kos RM15,000, selepas mendapati plaintif (Mabel) gagal menterjemah artikel yang didakwa berunsur fitnah itu ke bahasa Melayu.
Beliau berkata, syarat bagi pliding lengkap dalam bahasa Melayu secara asasnya dikaitkan dengan keluhuran bahasa itu sebagai bahasa kebangsaan.
Beliau berkata, peruntukan berkaitan termaktub dalam Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan serta Seksyen 8 Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67 dan Aturan 92 Kaedah 1 Kaedah-kaedah Mahkamah 2012.
Raja Ahmad Mohzanuddin berkata, artikel itu secara jelas mencadangkan bahawa plaintif terlibat dalam satu konspirasi di peringkat tertinggi untuk menipu keluarga mendiang Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Kevin Morais berhubung hak mereka kepada laporan bedah siasat kedua yang bebas.
Bagaimanapun, beliau berkata, plaintif tidak berhak mendapat sebarang ganti rugi susulan penerbitan artikel berunsur fitnah itu akibat kegagalan menyediakan terjemahan yang diperakui dalam bahasa Melayu.
Mabel memfailkan saman terhadap Rewcastle-Brown pada 2019 berhubung artikel yang didakwa mengaitkan beliau dengan mesej teks dihantar kepada keluarga Morais, yang dibunuh pada September 2015.
Beliau menafikan dakwaan yang disiarkan dalam artikel itu dan memulakan tindakan saman bagi menuntut ganti rugi daripada Rewcastle-Brown, serta perintah mahkamah agar artikel itu dikeluarkan daripada laman sesawang Sarawak Report.
- BERNAMA
Bernama
Tue May 21 2024

Mabel memfailkan saman terhadap Rewcastle-Brown pada 2019 berhubung artikel yang didakwa mengaitkan beliau dengan mesej teks dihantar kepada keluarga Morais, yang dibunuh pada September 2015. - Gambar fail/ Bernama
AWANI Ringkas: JIM gempur flat Chow Kit, tahan 124 PATI
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
'Saya sokong menggantung lesen atas kesalahan yang serius '- YB Jelutong
Menteri Pengangkutan berkata lesen tidak boleh dibatal sewenang-wenangnya oleh JPJ. Hukuman untuk menggantung lesen bergantung kepada tahap keseriusan dan ditentukan oleh mahkamah. #AWANInews

Pengasuh dengar suara Zayn Rayyan cuba lepaskan diri daripada seseorang
Pengasuh Zayn Rayyan telah mendengar suara kanak-kanak autistik itu seakan-akan mahu melepaskan diri daripada seseorang di Blok R, Pangsapuri Idaman pada 5 Disember 2023 lalu.

Sun Life Malaysia lantik Noor Azam Mohd Yusof sebagai CEO unit takaful
Sun Life Malaysia (Sun Life) melantik Noor Azam Mohd Yusof sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Sun Life Malaysia Takaful Bhd (SLMT) berkuat kuasa 3 Feb, 2025.
'Kapal yang berlabuh tidak perlu serah dokumen secara fizikal'-Anthony
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke telah mengumumkan satu aplikasi di mana semua dokumen kapal yang berlabuh tidak perlu diserahkan secara fizikal dan akan dilakukan secara dalam talian. #AWANInews

Tol MLFF dilaksana PLUS usaha konsesi sendiri - Ahmad Maslan
Sistem Aliran Bebas Pelbagai Lorong (MLFF) yang akan dilaksanakan oleh PLUS adalah atas usaha persendirian syarikat konsesi itu.
'Tapi sedih dia tak jemput' - Timbalan Yang di-Pertua
Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Datuk Seri Fadillah Yusof mengucapkan ucapan selamat pengantin baru kepada YB Sandakan dan Timbalan Yang di-Pertua berseloroh bahawa tidak dijemput ke majlis tersebut. #AWANInews

Penyanyi rap A$AP Rocky bebas tuduhan serangan senjata api
Penyanyi Rap Amerika Syarikat, A$AP Rocky dibebaskan daripada pertuduhan serangan jenayah, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
PETRONAS masih di peringkat awal eksplorasi- Azalina
PETRONAS masih di peringkat awal aktiviti eksplorasi bagi Lembangan Langkasuka dengan perolehan data seismik 2D selesai pada 2024.

Mara ke pusingan 16 ACLE: Pemain beri persembahan terbaik mereka - Hector Bidoglio
Ketua Jurulatih JDT Hector Bidoglio bangga dengan kejayaan anak buahnya mara ke pusingan 16 saingan Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE).

Pegawai khas bekas Peguam Negara fail rayuan saman fitnah terhadap Rewcastle-Brown
Pegawai khas bekas Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali memfailkan rayuan di Mahkamah Rayuan berhubung keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak saman fitnahnya.