KANGAR: Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis hari ini menerima cadangan pelantikan dua Ahli Dewan Negara baharu yang dikemukakan oleh Menteri Besar Datuk Seri Azlan Man.
Mereka ialah Setiausaha UMNO Bahagian Padang Besar Aziz Ariffin, 68, dan Setiausaha UMNO Bahagian Arau, Seruandi Saad, 54 yang juga pegawai khas kepada Ahli Parlimen Arau Datuk Seri Shahidan Kassim.
Kedua-dua mereka akan dilantik sebagai senator bagi tempoh tiga tahun sehingga 2024.
Aziz menggantikan Kamaruddin Abdun manakala Seruandi menggantikan Sabani Ahmad yang kedua-duanya tamat tempoh jawatan Senator pada 25 Julai lepas.
Cadangan pelantikan Aziz disokong oleh Ruzaini Rais (BN-Beseri) sementara cadangan pelantikan Seruandi disokong oleh Rozieana Ahmad (BN-Pauh) dan dewan sebulat suara menyokong cadangan tersebut.
Aziz yang turut bergiat aktif dalam badan bukan kerajaan (NGO) merupakan ahli Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Perlis sejak 2014, manakala Seruandi adalah Pengerusi Alumni Majlis Belia Malaysia Negeri Perlis dan ahli Majlis Perbandaran Kangar.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Aug 26 2021

Sidang DUN Perlis sebulat suara memilih Seruandi (kiri) dan Aziz (kanan) sebagai Senator Dewan Negara pada persidangan dewan kali ini. - Gambar/ Bernama
#AWANIRingkas 1 Mac 2025 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 1 Mac 2025
1️⃣ Kukuh pertahan kestabilan kerajaan
2️⃣ Dijangka lebih 6 peratus
3️⃣ Isu Rusia-Ukraine
#awaniringkas
1️⃣ Kukuh pertahan kestabilan kerajaan
2️⃣ Dijangka lebih 6 peratus
3️⃣ Isu Rusia-Ukraine
#awaniringkas

Kebajikan, pendidikan anak veteran tentera akan terus terbela - Adly
Kerajaan memahami keadaan mereka yang tidak mampu lagi bekerja selepas bersara bagi menampung perbelanjaan keluarga.
AWANI Pagi: Gaya hidup sibuk? Amalkan sahur "meal prep"
Sempena 1 Ramadan esok, ikuti diskusi eksklusif #AWANIPagi bersama Dr. Muhammad Rezza Zainal Abidin, Pensyarah Kanan, Jabatan Pengurusan & Khidmat Makananan, Fakulti Sains & Teknologi Makanan, Universiti Putra Malaysia (UPM) yang akan berkongsi beberapa panduan bagaimana menyediakan sahur yang sihat dan menyelerakan khususnya bagi mereka yang gaya hidupnya sibuk dengan tugasan seharian.

Dua maut dalam kebakaran di Penampang
Dua maut dalam kebakaran melibatkan sebuah rumah di Kampung Limbanak di sini pada awal pagi tadi.

Azeem Fahmi cipta sensasi lagi, layak ke final acara 60m di Texas
Azeem berjaya layak ke saingan akhir Southeastern Conference Indoor Track and Field Championships selepas menamatkan larian di tempat kedua.

Mangsa banjir di Sabah kekal 413 orang
Sebanyak 350 orang daripada 102 keluarga masih berlindung di lima pusat pemindahan sementara di Telupid.

Dakap 13 piala bersama, JDT hilang khidmat graduan Real Madrid juga pembantu Hector Bidoglio
Jurulatih kelahiran Argentina itu turut berterima kasih kepada Pemangku Sultan Johor atas peluang yang diberikan.

Vinicius enggan layan spekulasi ke Arab Saudi
Kemenangan 1-0 ke atas Real Sociedad dalam separuh akhir Copa del Rey pada Khamis merupakan penampilan ke-299 Vinicius untuk Real.

Sempena Ramadan, Liga Australia beri kelonggaran 90 saat berbuka puasa ketika perlawanan
Liga Australia telah memperkenalkan sistem untuk memberi ruang buat pemain beragama Islam berbuka puasa ketika perlawanan sedang berjalan.

Tertangkap 'makhluk asing' dari dasar laut tanpa sengaja
Makhluk pelik berukuran 44 sentimeter itu dikenal pasti sebagai Aptocyclus ventricosus atau ikan lumpus licin yang ditemui di laut dalam.

DUN Perlis lulus usul kutuk kekejaman dan penindasan Israel terhadap rakyat Palestin
DUN Perlis luluskan usul menzahirkan pendirian mengutuk kekejaman rejim Israel melakukan jenayah dunia serta penindasan terhadap rakyat Palestin.

Perlis lulus bantuan khas RM700 kepada kakitangan awam
Kerajaan Perlis bersetuju memberikan bantuan khas kewangan sebanyak RM700 kepada penjawat awam negeri gred 54 dan ke bawah.

Rus'sele Eizan angkat sumpah sebagai Speaker DUN Perlis yang baharu
Usul melantik Russele dikemukakan MB Mohd Shukri dan disokong Exco Muhammad Azmir Azizan.

Pasca PRU-15: Enam Exco Perlis angkat sumpah
Kesemua mereka melafazkan sumpah di hadapan Raja Perlis, Tuanku Syed sirajuddin Putra Jamalullail setelah menerima watikah pelantikan daripada baginda.

Mohd Shukri mula tugas sebagai Menteri Besar Perlis
Mohd Shukri tiba di Kompleks Dewan Undangan Negeri Perlis di sini pada jam 9 pagi.

DUN Perlis dibubarkan hari ini
Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis dibubarkan hari ini setelah mendapat perkenan Raja Perlis untuk memberi laluan pilihan raya negeri diadakan serentak dengan PRU15.

Bubar DUN: "Saya belum menghadap Raja Perlis" - MB
Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Azlan Man mengesahkan masih belum menghadap Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail bagi mempersembahkan cadangan pembubaran DUN.

DUN Perlis lulus enakmen anti-lompat parti
Tiga belas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang hadir ke Persidangan Kelima Dewan Undangan Negeri sebulat suara bersetuju dengan pindaan Rang Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perlis bagi memboleh

Pegawai khas Shahidan Kassim dilantik senator
Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis hari ini menerima cadangan pelantikan dua Ahli Dewan Negara baharu yang dikemukakan oleh Menteri Besar Datuk Seri Azlan Man.

Letakkan kepentingan rakyat mengatasi politik peribadi - Raja Perlis
Tuanku Syed Sirajuddin menuntut semua pemimpin memainkan peranan sebagai mata dan telinga rakyat agar setiap isu diberi penyelesaian terbaik.