SUBANG: Seorang pegawai khidmat pelanggan di sebuah syarikat perkapalan direman tujuh hari sehingga Jumaat ini, selepas disyaki terbabit dalam sindiket pengedaran dadah di Subang Jaya dan Petaling Jaya, sejak awal tahun ini.
Ketua Polis Daerah Subang Jaya ACP Wan Azlan Wan Mamat berkata lelaki berusia 32 tahun itu, ditahan di Jalan USJ4/1 Subang Jaya pada 11.20 malam Jumaat lepas dan hasil pemeriksaan, menemukan dadah jenis ganja seberat 210 gram (g), yang disembunyikan di dalam beg suspek.
"Susulan penahanan suspek, membawa kepada serbuan di sebuah rumah disyaki milik keluarganya di Petaling Jaya dan menemukan dadah jenis ganja dengan anggaran berat 35,762g.
"Nilai keseluruhan rampasan dadah berjumlah RM111,640, selain sebuah kereta dan motosikal yang disyaki digunakan untuk membuat penghantaran dadah kepada pelanggan, serta merampas wang tunai RM1,270," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Subang Jaya di sini, hari ini.
Wan Azlan berkata suspek yang bergerak secara sendirian itu, memperoleh bekalan dadah daripada orang tengah yang dipercayai dari negara jiran, sebelum membungkus semula dadah terbabit dalam peket kecil untuk dijual kepada pelanggan pada harga RM300 bagi setiap 10 gram dadah.
Beliau berkata hasil saringan ujian air kencing mendapati, suspek positif dadah jenis ganja dan tidak mempunyai rekod jenayah lampau.
"Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Akta Dadah Berbahaya (Perlucutan Harta) 1988," katanya.
Sementara itu, Wan Azlan berkata bagi tempoh 1 Jan hingga semalam, seramai 901 individu ditahan membabitkan rampasan 53.5 kilogram dan 0.5 liter pelbagai jenis dadah, dengan nilai rampasan keseluruhan RM618,463.
-- BERNAMA
Bernama
Wed May 15 2024

Wan Azlan (dua dari kanan) menunjukkan antara ganja yang dirampas susulan tangkapan dan serbuan sebuah rumah pada Jumaat lalu. - Foto Sinar Harian
InRealty: LBS Memacu Pembangunan Hartanah Lestari
LBS mengekalkan amalan lestari di dalam setiap pembangunan projek hartanah.
APMM tahan tujuh lelaki Indonesia ceroboh pelantar
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu menahan tujuh lelaki warga Indonesia yang menceroboh pelantar minyak tidak berpenghuni di Lapangan Tembikai di kedudukan 77 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu, semalam. #AWANInews
KPM pantau penjaja di luar premis sekolah - KP Pendidikan
Isu penjaja di luar kawasan sekolah akan dipantau ketat oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi menjamin keselamatan murid. #AWANInews
Cuba cabul kanak-kanak di masjid, polis tahan remaja 19 tahun
Polis telah menahan seorang suspek lelaki warga tempatan berusia 19 tahun berkaitan kes cubaan merogol kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor. #AWANInews
Dialog Anak Muda: Pindaan akta untuk berhimpun
Apa sebab Akta Perhimpunan Aman 2012 perlu ditambah baik? Bagaimana pindaan baharu Akta 736 ini boleh memenuhi keseimbangan kebebasan bersuara dan soal keselamatan negara? Dialog Anak Muda, 8.30 malam ini.
AWANI Sabah+: Keindahan Sabah menggamit pelancong asing
Peningkatan ketibaan pelancong dari tahun ke tahun ke Sabah telah menjana perbelanjaan pelancongan yang mencecah lebih RM5 billion pada tahun 2024 dan ia dijangka meningkat dengan pelbagai penambahbaikan yang memberi tumpuan kepada pemeliharaan warisan dan alam sekitar.
NASA kurangkan risiko impak Asteroid 2024 YR4 kepada 0.28 peratus
Nasa mengurangkan lagi kemungkinan impak daripada Asteroid 2024 YR4 ke Bumi pada 22 Disember 2032, kepada 0.28 peratus, menurut jangkaan terbaru NASA pada Khamis.
MARA sasar RM50 juta kutipan wakaf MARA MADANI - Asyraf Wajdi
Majlis Amanah Rakyat (MARA) menyasarkan kutipan dana Wakaf MARA MADANI berjumlah RM50 juta menjelang hari pelancarannya pada 15 Mac ini.
HUAWEI MatePad Pro 13.2, tablet OLED terbesar dengan prestasi PC
HUAWEI melancarkan HUAWEI MatePad Pro 13.2-inci, tablet flagship dengan paparan OLED Flexible PaperMatte Display pertama dalam industri, menawarkan pengalaman produktiviti dan kreativiti yang lebih maju.
Kedai karpet di Nilai 3 terbakar, peniaga rugi RM30 juta
Pemilik kedai karpet yang terbakar di Nilai 3 menganggarkan mengalami kerugian hampir RM30 juta selepas stok bagi jualan Aidilfitri turut musnah dalam kejadian itu.

Pegawai khidmat pelanggan syarikat perkapalan ditahan bersama 35kg ganja
Seorang pegawai khidmat pelanggan di sebuah syarikat perkapalan direman selepas disyaki terbabit dalam sindiket pengedaran dadah di Subang Jaya dan Petaling Jaya.

12 ahli sindiket judi dalam talian diberkas
Kesemua suspek berperanan sebagai penyelia dan pegawai khidmat pelanggan, sindiket itu menyasarkan mangsa dari Bangladesh.