Bilangan Pegawai Optometri di klinik pakar mata hospital kerajaan di seluruh negara ialah 310 orang dan dianggap rendah.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, kekurangan itu menyebabkan bebanan kerja pegawai optometri semakin meningkat dan secara tidak langsung mengurangkan keberkesanan sistem kesihatan di negara ini.
"Pesakit terpaksa menunggu lama di hospital kerajaan untuk mendapatkan rawatan kerana jumlah pesakit yang dirujuk ke klinik pakar mata oleh klinik kesihatan meningkat setiap tahun," katanya dalam sidang media selepas menyempurnakan Majlis Penutup Kempen Kesedaran Kesihatan Mata Kebangsaan (NEHA) 2019 di sini pada Ahad.
Turut hadir Presiden Persatuan Optometris Malaysia (AMO) Woon Pak Seong.
Justeru, Dr Dzulkefly berkata, kerjasama awam dan swasta perlu dimanfaatkan agar perkhidmatan kesihatan mata dapat dijalankan dengan berkesan.
"Kira-kira 2,000 pegawai optometri bekerja di klinik dan hospital swasta di seluruh negara dan mereka ini boleh dimanfaatkan untuk aktiviti rutin pemeriksaan mata dan saringan seperti mata merah, mata kering, dan kes kerosakan mata disebabkan komplikasi kencing manis dan darah tinggi," katanya.
Sementara itu, Woon dalam ucapannya berkata pihaknya berikrar untuk membina kerjasama yang lebih erat dengan pihak kerajaan bagi membantu menangani masalah penglihatan dan penyakit mata.
"Kementerian Kesihatan mempunyai kira-kira 310 pegawai optometris yang mengendalikan kira-kira 8 juta pesakit setahun dan AMO percaya dengan gabungan optometris swasta pastinya statistik kebutaan dan masakah penglihatan terhad dapat dikawal dan dikurangkan," katanya.
Pada majlis itu, seramai 670 individu daripada golongan B40 menerima cermin mata percuma.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Nov 17 2019

Kementerian Kesihatan mempunyai kira-kira 310 pegawai optometris yang mengendalikan kira-kira 8 juta pesakit setahun. - Gambar hiasan
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.
598 warga asing ditahan di Klang, ada yang sanggup sembunyi dalam longkang
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Imigresen Malaysia Jafri Embok Taha berkata, kesalahan dilakukan merangkumi tiada dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa, salah guna pas dan pelbagai kesalahan lain.
AWANI Ringkas: Reformasi Institusi, Perkukuh Demokrasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

DeepSeek akan berkongsi lebih banyak kod dalam bentuk sumber terbuka
DeepSeek menyatakan mereka akan berkongsi lebih banyak kod mereka meliputi 5 repo, pada minggu hadapan.

COVID-19: Selangor pergiat POIS, pengesanan kontak - Dr Dzulkefly
Inisiatif POIS bersifat proaktif, berbanding tindakan reaktif seperti yang dilaksanakan sebelum ini.

Pemergian Prof Ungku Aziz dirasai pelbagai pihak
Pemergian Allahyarham Profesor Diraja Ungku Aziz Ungku Abdul Hamid pada Selasa cukup dirasai ramai pihak.

Ketua Pengarah WHO puji komitmen KKM perangi COVID-19
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memuji kepakaran dan komitmen Kementerian Kesihatan Malaysia dalam menangani wabak COVID-19.

Makan kangkung, lemon rawat koronavirus? Reaksi Menteri Kesihatan
Mengulas mengenai perkara itu, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata KKM mengamalkan bukti berasaskan perubatan.

Koronavirus: Rakyat Malaysia mahu bekerja dari rumah? Ini reaksi Menteri Kesihatan
Walaupun ada permintaan terhadap perkara itu, namun kementerian menyerahkan kepada keputusan majikan masing-masing.

"Mohonlah pada Allah selamatkan Malaysia" - Mufti Wilayah saran tunai solat hajat bendung koronavirus
Masjid seluruh negara disarankan untuk adakan solat hajat bagi memohon agar Allah SWT untuk membendung penularan novel koronavirus.

Bekalan ubat rawat influenza mencukupi - Dr Dzulkefly
Beliau menjelaskan pihak Pharmaniaga memberi jaminan bekalan ubat untuk merawat influenza ini akan sentiasa mencukupi pada setiap waktu.

Pegawai optometris di hospital kerajaan masih kurang
Kekurangan itu menyebabkan bebanan kerja pegawai optometri semakin meningkat dan secara tidak langsung mengurangkan keberkesanan sistem kesihatan.

Fenomena 'bubble tea': Kerajaan pantau lambakan produk
Kementerian akan memantau lambakan produk seumpama itu yang sejak kebelakangan ini menjadi fenomena.

Tiada kes baru dalam insiden sesak nafas di Pasir Gudang - Dzulkefly
Seramai 1,138 orang terjejas akibat insiden kejadian sesak nafas di Pasir Gudang yang berlaku sejak 25 Jun lalu.