KUALA LUMPUR: Seorang pegawai penguat kuasa di Perak ditahan awal pagi tadi kerana disyaki melindungi pusat-pusat perlombongan bitcoin dengan bayaran RM12,000 sebulan di negeri itu.
Menurut sumber, suspek yang berusia 34 tahun itu juga disyaki memiliki sebuah pusat perlombongan bitcoin yang mencuri bekalan elektrik, dan penahanannya dibuat susulan soal siasat ke atas seorang taikun yang mengawal 500 premis perlombongan bitcoin di seluruh negara.
Beliau berkata suspek kini direman selama lima hari mulai hari ini bagi membantu siasatan mengenai kegiatan sindiket perlombongan bitcon, dan disiasat mengikut Seksyen 16 dan 17 Akta Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.
"Perintah reman dikeluarkan Mahkamah Majistret Jenayah 1, Ipoh. Selain itu, hasil soal siasat juga mendedahkan bahawa wujud kegiatan pemilikan pusat-pusat perlombongan bitcoin dalam kalangan pegawai tinggi agensi penguatkuasa, namun pusat-pusat ini dijalankan oleh ahli sindiket bagi pihak pegawai terbabit," kata sumber itu kepada Bernama.
"Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak menolak bahawa akan ada lagi tangkapan berhubung perkara ini dan siasatan akan dijalankan mengikut Seksyen 16 dan 17 Akta Pencegahan Rasuah Malaysia 2009," tambahnya.
Selasa lepas Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki mendedahkan sindiket melombong bitcoin yang mencuri bekalan elektrik dari 2018 hingga 2021 mengakibatkan kerajaan menanggung kerugian mencecah RM2.3 bilion.
Susulan itu SPRM menahan 18 lelaki warga tempatan termasuk dalang berusia antara 30-an hingga 60-an di seluruh negara.
Sementara itu di Mahkamah Majistret di sini seorang pengarah syarikat pendawaian direman empat hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berhubung dakwaan rasuah kepada pegawai Tenaga Nasional Berhad (TNB) membabitkan sindiket melombong bitcoin yang mencuri bekalan elektrik.
Perintah reman itu dikeluarkan Majistret Nur Farahain Roslan selepas membenarkan permohonan reman oleh SPRM.
Menurut sumber SPRM, lelaki berusia 33 tahun itu ditahan di Pejabat SPRM Kuala Lumpur semalam, bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 16 (b)(A) Akta SPRM 2009.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Mar 03 2022
![Pegawai penguat kuasa direman, miliki lombong bitcoin, terima bayaran bulanan sindiket Pegawai penguat kuasa direman, miliki lombong bitcoin, terima bayaran bulanan sindiket](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/61646301807_TBSINDIKETSPRMVAKSIN.jpg)
Penahanan pegawai itu dibuat susulan soal siasat ke atas seorang taikun yang mengawal 500 premis perlombongan bitcoin di seluruh negara. - Gambar hiasan
Panama nafi pengecualian bayaran transit terusan
Panama menafikan dakwaan bahawa ia bersetuju mengetepikan bayaran bagi kapal kerajaan Amerika Syarikat (AS) yang menggunakan Terusan Panama.
Trump larang penyertaan golongan 'trans' dalam sukan wanita
Presiden ke-47 Amerika Syarikat, Donald Trump dalam perintah eksekutif terbaharunya melarang penyertaan golongan transgender dalam sukan yang ditetapkan untuk wanita. Beliau dalam kenyataan berkata, pentadbirannya akan mempertahankan 'tradisi' penyertaan hanya jantina asli yang dibenarkan dalam bidang sukan yang dikhaskan untuk golongan wanita.
Penunjuk perasaan bakar rumah keluarga bekas PM Sheikh Hasina
Ribuan penunjuk perasaan membakar rumah pemimpin pengasas Bangladesh ketika anak perempuannya yang juga bekas Perdana Menteri yang digulingkan, Sheikh Hasina dijadual berucap di media sosial.
Keindahan kosmos dari balai Paranal diancam cahaya
Langit luas, indah dengan kerdipan bintang, bagaikan hamparan kosmos yang menyelimuti bumi...
...membawa pengalaman hening malam yang cukup berbeza buat pencinta alam semesta
namun, cahaya urbanisasi, pembangunan manusia....
....mungkin satu masa nanti...membuatkan ''pesonanya hilang...''
...membawa pengalaman hening malam yang cukup berbeza buat pencinta alam semesta
namun, cahaya urbanisasi, pembangunan manusia....
....mungkin satu masa nanti...membuatkan ''pesonanya hilang...''
Jumlah mangsa di Sabah meningkat, Sarawak menurun
Jumlah mangsa banjir di Sabah yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) terus meningkat manakala Sarawak mencatatkan penurunan setakat malam ini.
Di Sabah, Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah memaklumkan jumlah mangsa banjir meningkat kepada 479 orang jam 8 malam, berbanding 322 orang jam 4 petang Khamis.
Di Sabah, Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah memaklumkan jumlah mangsa banjir meningkat kepada 479 orang jam 8 malam, berbanding 322 orang jam 4 petang Khamis.
Malaysia cipta lebih 450 pekerjaan AI berkemahiran tinggi
Lebih 450 peluang pekerjaan kejuruteraan kecerdasan buatan (AI) berkemahiran tinggi akan diwujudkan di negara ini menerusi kerjasama antara Pejabat AI Kebangsaan (NAIO) dan Global AI Village (GAIV).
MyCC siasat 13 kes kartel tipuan bida libat nilai RM2.3 bil - Armizan
MyCC menggerakkan strategi khusus untuk meningkatkan penguatkuasaan terhadap satu daripada cabang aktiviti kartel sejak sekian lama, iaitu pakatan tipuan bida.
Atasi kegagalan CEO GLC urus operasi - PM Anwar
Pengauditan terhadap hampir 2,000 syarikat milik kerajaan menggunakan sistem e-SelfAudit berasaskan kecerdasan buatan (AI) bertujuan menangani beberapa kelemahan seperti kegagalan mengurus dan menyelia operasi syarikat serta kerugian yang berterusan.
Tiga lelaki didakwa terlibat rusuhan, miliki pisau
Lelaki terlibat rusuhan, mengaku bersalah, memiliki pisau dan didakwa di Mahkamah Majistret
Tujuh jalan sekitar Batu Caves ditutup bermula 9 hingga 14 Februari
Sempena perayaan Thaipusam yang akan disambut 11 Februari ini, tujuh jalan utama sekitar Batu Caves yang berada di bawah pentadbiran Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak akan ditutup bermula 8 Februari ini hingga 14 Februari.
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, seramai 1,306 pegawai dan anggota polis akan diatur gerak menerusi Op Palu 2025 bagi memastikan kelancaran trafik.
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, seramai 1,306 pegawai dan anggota polis akan diatur gerak menerusi Op Palu 2025 bagi memastikan kelancaran trafik.
![Mata wang kripto: Antara peluang dan risiko Mata wang kripto: Antara peluang dan risiko](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-10/51601681578_cryptocurrency.jpg)
Mata wang kripto: Antara peluang dan risiko
Mata wang kripto, iaitu sebarang bentuk mata wang digital - juga dikenali sebagai aset digital - semakin mendapat perhatian global termasuk Malaysia dan dilihat sebagai alternatif terbaik kepada mata
![Imigresen tumpaskan sindiket Bitcoin didalangi warga China tanpa dokumen Imigresen tumpaskan sindiket Bitcoin didalangi warga China tanpa dokumen](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/81705759692_sindiketBitcoin.jpg)
Imigresen tumpaskan sindiket Bitcoin didalangi warga China tanpa dokumen
Jabatan Imigresen telah menumpaskan sindiket aktiviti perlombongan wang digital (Bitcoin) yang didalangi dua lelaki warga China dalam satu Operasi Khas yang dijalankan pada 19 Jan (semalam) di kawasan
![Mata wang kripto: Bank di AS terima amaran daripada agensi monetari negara Mata wang kripto: Bank di AS terima amaran daripada agensi monetari negara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/61658468973_BITCOIN.jpg)
Mata wang kripto: Bank di AS terima amaran daripada agensi monetari negara
Bank di Amerika Syarikat (AS) menerima amaran pertama daripada agensi monetari negara mengenai risiko penularan berkaitan mata wang kripto yang telah bertukar daripada perdagangan sangat menarik lebih
![Curi elektrik oleh pelombong Bitcoin meningkat lebih 400%, kata TNB Curi elektrik oleh pelombong Bitcoin meningkat lebih 400%, kata TNB](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-04/41649030756_mencurielektrik.jpg)
Curi elektrik oleh pelombong Bitcoin meningkat lebih 400%, kata TNB
Rekod menunjukkan sejumlah 7,209 kes dikesan sepanjang empat tahun telah menyebabkan kehilangan lebih 4.5 bilion kilowatt jam.
![Bursa AS tinggi, Dow Jones cecah paras rekod Bursa AS tinggi, Dow Jones cecah paras rekod](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-01/61580344181_TBDowJones.jpg)
Bursa AS tinggi, Dow Jones cecah paras rekod
Saham di Wall Street mencatat peningkatan selari dengan saham global susulan peningkatan vaksinasi dan jangkaan Pelan Rangsangan Amerika semakin hampir diluluskan.
![Bursa global naik, optimis peningkatan vaksinasi Bursa global naik, optimis peningkatan vaksinasi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2018-03/71520947311_stock.jpg)
Bursa global naik, optimis peningkatan vaksinasi
Peningkatan disokong sikap optimis susulan pelaksanaan lebih banyak program imunisasi COVID-19 dan harapan pelan rangsangan baru di Amerika.
![Polis serbu lapan premis 'melombong' Bitcoin di Seri Kembangan Polis serbu lapan premis 'melombong' Bitcoin di Seri Kembangan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-02/81612476100_TBBitCoin.jpg)
Polis serbu lapan premis 'melombong' Bitcoin di Seri Kembangan
Bunyi bising dan pelik serta bayangan jingga membawa kepada penemuan bilik kedap bunyi yang dijadikan markas perlombongan haram Bitcoin atau wang kripto.
![Pelaburan Bitcoin: Dua didakwa tipu tiga wanita RM150,000 Pelaburan Bitcoin: Dua didakwa tipu tiga wanita RM150,000](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-02/51612236217_kespelaburanBitcoi.jpg)
Pelaburan Bitcoin: Dua didakwa tipu tiga wanita RM150,000
Redzuan Ismail dan Adan Ibrahim mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadap mereka dibacakan di hadapan Majistret Noor Azreen Liana Mohd Darus.
![Lebih 10 akaun Twitter individu, organisasi terkemuka digodam Lebih 10 akaun Twitter individu, organisasi terkemuka digodam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-12/51451559256_TWITTER.jpg)
Lebih 10 akaun Twitter individu, organisasi terkemuka digodam
Jumlah akaun yang terbabit dalam godaman ini menjadikan ia insiden security breach terbesar dalam sejarah Twitter.
![Kegiatan curi bekalan elektrik premis bitcoin masih berleluasa? Kegiatan curi bekalan elektrik premis bitcoin masih berleluasa?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-07/61594197506_BitcoinTNB.jpg)
Kegiatan curi bekalan elektrik premis bitcoin masih berleluasa?
Sebanyak 10 premis bitcoin diserbu di One Kesas, Klang setelah dikesan melakukan kegiatan mencuri bekalan elektrik secara haram sehingga menyebabkan kerugian puluhan ribu ringgit.