PUTRAJAYA: Pegawai penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) akan menjalankan semakan secara rawak status pengunjung dan pekerja di premis perniagaan di seluruh negara bagi mengekang penularan COVID-19.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata langkah itu diambil susulan semua individu dibenarkan memasuki premis tanpa mengira status vaksinasi kecuali mereka yang positif COVID-19 dan dalam Perintah Pengawasan dan Pemantauan (HSO) bermula esok.
Beliau berkata tindakan penguatkuasaan di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) akan dikenakan terhadap pengunjung atau pekerja premis yang gagal mematuhi peraturan yang ditetapkan.
"Justeru, kementerian menyarankan supaya semua pihak dapat bersatu hati dalam bersama-sama memastikan Fasa Peralihan ke Endemik berjalan lancar dalam memastikan kesejahteraan rakyat sentiasa dipelihara," katanya dalam kenyataan hari ini.
Sementara itu, Nanta berkata kelonggaran SOP selaras Fasa Peralihan ke Endemik di negara ini akan membolehkan industri peruncitan dan pengguna 'kembali bernafas' selepas dua tahun terjejas akibat pandemik COVID-19.
Berdasarkan statistik terkini Jabatan Perangkaan Malaysia, prestasi Sektor Perdagangan dan Pengedaran bagi Februari 2022 telah merekodkan nilai jualan berjumlah RM48.8 bilion iaitu pertumbuhan sebanyak 10.2 peratus berbanding tahun sebelumnya.
"Dengan kelonggaran yang diumumkan ini, pencapaian ini dijangka dapat dipertingkatkan lagi dengan kerjasama semua pihak khususnya tanggungjawab pemain industri peruncitan dan rakyat Malaysia dalam memastikan ekosistem perniagaan selamat daripada penularan jangkitan COVID-19," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Apr 30 2022

Nanta berkata langkah itu diambil susulan semua individu dibenarkan memasuki premis tanpa mengira status vaksinasi kecuali mereka yang positif COVID-19 dan dalam Perintah Pengawasan dan Pemantauan (HSO) bermula esok. - Gambar fail/BERNAMA

Untung Porsche menurun 30 peratus berikutan kejatuhan jualan di China, peningkatan kos
Pengeluar kereta sport Jerman, Porsche, melaporkan keuntungan bersihnya merosot 30.3 peratus tahun ke tahun kepada EUR3.6 bilion (US$3.9 bilion) pada 2024, menurut agensi berita Jerman dpa.

Kanada kenakan tarif 25 peratus ke atas import tambahan US$2.9 bilion dari AS - Menteri Kewangan
Ia termasuk komputer, peralatan sukan dan produk besi tuang, kata Menteri Kewangan Kanada, Dominic LeBlanc pada Rabu.

LZS sasar kutipan zakat harta, fitrah RM208 juta sepanjang Ramadan
Jumlah RM208 juta itu meliputi RM163 juta zakat harta dan RM45 juta zakat fitrah.

Inspektorat Penguatkuasaan di bazar Ramadan, Aidilfitri seluruh Pahang - JIM
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Pahang sedang melaksanakan Inspektorat Penguatkuasaan di bazar Ramadan dan Aidilfitri seluruh negeri itu.

KPBKL, IKB digabungkan, dikenali sebagai Kolej Profesional MAIWP - Mohd Na'im
Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur (KPBKL) dan Institut Kemahiran Baitulmal (IKB) akan digabungkan dan dikenali sebagai Kolej Profesional MAIWP.

AKPK beri manfaat kepada 1.4 juta individu sehingga Disember 2024 - Kementerian Kewangan
AKPK telah memberi manfaat kepada hampir 1.4 juta individu melalui khidmat nasihat kewangan secara percuma dan membantu sekitar 495,000 peminjam melalui PPK sehingga Disember 2024.

Hampir 1 daripada 10 warga emas di Korea Selatan hidap penyakit Alzheimer
Jumlah pesakit demensia di Korea Selatan juga dijangka melebihi satu juta orang tahun depan, menurut data yang dikeluarkan.

Pendatang asing disaran manfaat Program Repatriasi Migran - Saifuddin Nasution
Pendatang asing yang berhasrat pulang ke kampung halaman bagi menyambut Aidilfitri diminta memanfaatkan Program Repatriasi Migran yang dilanjutkan hingga April ini.

Polis Melaka galak penduduk daftar VSP
Polis Melaka akan bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan (PBT) bagi menggalakkan lebih ramai penduduk negeri ini mendaftar dalam aplikasi Volunteer Smartphone Patrol (VSP).

KDN kaji model perjanjian antarabangsa selesai isu pencerobohan nelayan Vietnam
KDN sedang mengkaji model kerjasama antarabangsa melibatkan eksplorasi hasil laut sebagai antara usaha menyelesaikan isu pencerobohan oleh nelayan Vietnam di perairan negara.

'Abah layan macam anak sendiri' - Pegawai akui rebah kerana tidak sihat
Nik Mohamad Adhar berkata, bapa saudaranya yang bekerja sebagai pemandu teksi itu dianggap sebagai bapa kandung.

Pegawai penguat kuasa KPDNHEP periksa secara rawak status pengunjung, pekerja premis
Pegawai penguat kuasa KPDNHEP akan menjalankan semakan secara rawak status pengunjung dan pekerja di premis perniagaan di seluruh negara bagi mengekang penularan COVID-19.