SHAH ALAM: Seorang pegawai polis wanita yang dipercayai menghina anggota polis pangkat bawahan pada Khamis lalu tular sekali lagi apabila didakwa mencetuskan kekecohan di parkir sebuah pusat beli-belah.
Ia susulan video yang berdurasi seminit 30 saat tular di media sosial didakwa membabitkan wanita yang sama, kali ini dia didakwa memarahi individu yang dipercayai orang awam ketika mahu meletakkan kenderaan.
Menerusi video tersebut dia telah mengeluarkan kata-kata yang tidak sepatutnya, seolah-olah menghina individu berkenaan.
“Parking besar-besar macam ni, dia buka pintu kereta dan menjerit... hoi! Kemudian dia kata saya gila. Ini orangnya.
"Cantik you (awak) ini. I (saya) suka you. Ini adalah pakaiannya, sangat cantik, anak-anak muda patut tiru gaya dia. Seksi," jeritnya lagi.
Orang awam tersebut juga kedengaran cuba untuk melawan namun pegawai kanan itu terus menjerit ke arahnya.
"Apahal kau ini? Did you just literally harassed me right now? Go away," katanya sambil meminta pegawai berkenaan untuk beredar dari kawasan parkir tersebut.
Tindakannya yang menimbulkan kekecohan telah menyebabkan rata-rata netizen berasa tidak berpuas hati dan mahu tindakan tegas diambil terhadap wanita itu. - Sinar Harian
Sinar Harian
Sun Jun 18 2023

Menerusi video tersebut, dia telah mengeluarkan kata-kata yang tidak sepatutnya, seolah-olah menghina individu berkenaan. -Sinar Harian/video tular
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Buat kecoh, PDRM buka kertas siasatan libat pegawai polis wanita
PDRM membuka kertas siasatan melibatkan seorang pegawai polis wanita kerana mencetuskan kekecohan di parkir sebuah pusat beli-belah di Brickfields dekat sini.

Pegawai polis wanita hina lans koperal 'buat hal lagi'?
Dia mengeluarkan kata-kata yang tidak sepatutnya, seolah-olah menghina individu berkenaan.

Hina lans koperal: Pegawai polis wanita ditahan di Gombak
Polis mengesahkan telah menahan seorang anggota polis wanita yang tular sebelum ini mengeluarkan kata-kata kurang sopan serta menghina anggota bawahan polis.

Ayob Khan sahkan pegawai polis wanita buat 'live' TikTok daripada narkotik
PDRM siasat seorang pegawai polis wanita buat rakaman video secara langsung menerusi TikTok ketika operasi di sebuah pusat hiburan.

Suri rumah dipenjara tujuh bulan sembunyi wang milik pegawai polis
Seorang suri rumah dipenjara tujuh bulan selepas mengaku bersalah menyembunyikan wang berjumlah RM3,100 milik seorang pegawai polis wanita.