PUTRAJAYA: Seorang pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan dipinjamkan ke Jawatankuasa Pasukan Petugas Khas Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (MITRA) bagi membantu dalam memantau pengurusan dana, kata Pengerusinya Datuk R Ramanan.
Beliau berkata langkah berkenaan dapat memastikan dana unit tersebut digunakan sepenuhnya dan diagihkan dengan lebih telus untuk pembangunan dan kemajuan masyarakat India.
"Saya ucapkan terima kasih kepada Tan Sri Azam Baki (Ketua Pesuruhjaya SPRM) kerana beliau telah memberikan pegawainya yang akan turut hadir (semasa mesyuarat) serta akan membimbing kami dalam memastikan tiada salah urus (dana) berlaku," katanya pada sidang media di sini hari ini,
Langkah berkenaan akan memastikan pelaksanaan dan pengurusan MITRA lebih telus, selain memastikan setiap pemohonan melalui proses tapisan yang lebih jelas, katanya.
Ramanan berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Azam pada Selasa lepas bahawa siasatan SPRM berhubung penyelewengan dana MITRA telah selesai dan individu terlibat juga sudah didakwa di mahkamah. Azam juga dilaporkan telah mengemukakan kepada MITRA saranan serta nasihat mengenai prosedur lemah unit itu.
Pada 2021, lebih 300 syarikat dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dilaporkan disiasat berhubung dakwaan penyelewengan geran peruntukan bernilai RM203 juta yang dikeluarkan oleh MINTRA sejak 2019.
Ahli Parlimen Jelutong RSN Rayer yang juga Ahli Jawatankuasa MINTRA yang turut hadir dalam sidang media itu berkata beliau yakin pada masa hadapan, persepsi terhadap unit itu akan berubah.
"Saya juga yakin, di bawah pimpinan pengerusi dan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, tujuan dan matlamat MITRA akan tercapai dan kita akan pastikan lebih banyak rakyat Malaysia berbangsa India akan dapat dibantu," katanya.
Mengenai perancangan MITRA pada tahun hadapan yang dibincangkan pada mesyuarat hari ini, Ramanan berkata pihaknya akan lebih fokus terhadap status program sosioekonomi dan pendidikan masyarakat India di Malaysia.
Menurutnya, lebih 10,000 pelajar telah mendapat peruntukan dana MINTRA dengan 7,000 telah menerima bantuan pada tahun ini berjumlah kira-kira RM30.96 juta.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Nov 10 2023

Ramanan berkata, langkah berkenaan dapat memastikan dana unit tersebut digunakan sepenuhnya dan diagihkan dengan lebih telus untuk pembangunan dan kemajuan masyarakat India. - Gambar fail

Malaysia semakin popular sebagai destinasi acara korporat India
Segmen MICE merupakan antara bidang tumpuan utama Tourism Malaysia pada SATTE tahun ini di New Delhi.

Pemandu maut, nahas dua lori di Lebuhraya Utara Selatan
Mangsa yang berusia 43 tahun meninggal dunia di tempat kejadian.

PGA tumpas cubaan seludup 1,000 anak pokok Bromeliad
Anggota Batalion 8 PGA menahan sebuah lori yang dipandu dalam keadaan mencurigakan pada kira-kira 5.30 petang, dalam Op Taring Wawasan.

When Legend Rise: KO! Adli Hafidz tumbangkan peninju Indonesia dalam pusingan ketiga
Adli Hafidz Pauzi menumbangkan Sony Manakane secara knockout (KO) dalam pertarungan When Legend Rise, di Bangkok, malam tadi.

Sanggup bujang, kerja sambilan demi jaga bapa
Bagi Noraziana, bapanya adalah segala-galanya dan sudah menjadi tanggungjawabnya untuk menjaga dengan sebaiknya sebagai membalas jasa beliau.
JAWI panggil individu pakai seperti wanita dalam acara hiburan
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) akan memanggil semua individu yang berpakaian menyerupai wanita dalam sebuah acara hiburan pada 16 Februari lalu.
Budak tercekik gula-gula kenyal meninggal dunia
Kanak-kanak berusia 10 tahun yang dipercayai tercekik gula-gula kenyal berbentuk mata meninggal dunia.
Warga asing ditahan jual tisu di lampu isyarat
Seorang lelaki warga asing berusia 49 tahun ditahan polis di lampu isyarat Puchong Jaya selepas didapati menjual tisu kepada pengguna jalan raya, sekali gus mengganggu kelancaran lalu lintas.
Pistol berkarat ditemukan di belakang medan selera Pantai Bersih
Sepucuk pistol berkarat dan tidak berfungsi ditemukan di kawasan belakang sebuah medan selera di Pantai Bersih Butterworth pada Rabu.
Protes: Pelajar anjur 'Indonesia Gelap', bantah potongan bajet
Ribuan pelajar di seluruh Indonesia mengadakan protes besar-besaran pada Khamis bagi membantah pemotongan bajet dan dasar-dasar Presiden Prabowo Subianto yang dikhuatiri akan menjejaskan sistem sokongan sosial serta masa depan mereka.

Permohonan Geran Pembangunan Sosioekonomi Masyarakat India masih dibuka - Mitra
Lebih 200 badan bukan kerajaan dan syarikat telah memohon geran Pembangunan Sosioekonomi Masyarakat India (PPSMI) 2025 yang dibuka sejak 2 Dis.

Dana RM30 juta program TVET bukti kerajaan tidak abai masyarakat India - Mitra
Sebanyak RM30 juta yang diperuntukkan bagi Program Khas Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) Masyarakat India (MISI) KESUMA-MITRA.

Ramanan masih Pengerusi Jawatankuasa Khas Mitra
Ramanan yang baru dilantik Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, kekal memegang jawatan Pengerusi Jawatankuasa Khas Mitra.

Mitra terima penarafan risiko 'rendah' daripada SPRM
Pemakluman itu dibuat secara rasmi kepada Mitra melalui satu surat ditandatangani Pengarah Bahagian Pengurusan Integriti Agensi (BPIA) SPRM.

Mitra telah agihkan RM62 juta kepada lebih 100,000 penerima
Pengerusi Jawatankuasa Pasukan Petugas Khas Mitra Datuk R. Ramanan berkata bantuan itu turut disalurkan ke Program Bantuan Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) Mitra Untuk Masyarakat India.

Pegawai SPRM dipinjam ke Mitra, pantau pengurusan dana
Seorang pegawai SPRM akan dipinjamkan ke Jawatankuasa Pasukan Petugas Khas Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (Mitra).

Mitra disaran kerjasama dengan RISDA bantu wanita India ikuti TVET - Ahmad Zahid
Beliau turut berharap Mitra dapat mencari pembiayaan untuk wanita pelbagai bangsa di Bagan Datuk yang mahu mencari pendapatan sampingan.

Permohonan subsidi yuran IPT masih dibuka - Mitra
Mitra masih lagi membuka permohonan bagi subsidi bayaran yuran semester sekali bayar sebanyak RM2,000 sehingga 15 Sept ini.

Program Kompetensi KKP NIOSH-Mitra diperluas kepada golongan M40
Program Kompetensi KKP anjuran bersama NIOSH dan Mitra kini diperluas bagi merangkumi belia India daripada golongan M40.

Mitra: Bekas pengerusi, bendahari PWBSM didenda guna baucar bayaran palsu
Tindakan bekas Pengerusi PWBSM dan bekas bendaharinya menggunakan dua baucar bayaran palsu bagi peruntukan dana di bawah Mitra mengundang padah apabila mereka didenda di mahkamah.