KUALA LUMPUR: Pentadbir dan pegawai teknikal sukan olahraga terkenal, R. Govindaraju, meninggal dunia akibat komplikasi jangkitan kuman di paru-paru di Hospital Pulau Pinang, semalam.
Mendiang berusia 71 tahun merupakan bekas Setiausaha Persatuan Olahraga Perak (PAA) selama sembilan tahun dan Setiausaha Jawatankuasa Teknikal Persekutuan Olahraga Malaysia (MAF) selama 15 tahun.
Mendiang meninggal seorang isteri dan dua anak perempuan.
Berita duka tersebut dimaklumkan oleh Presiden PAA dan bekas Presiden MAF, Karim Ibrahim, kepada Bernama hari ini.
Beliau menyifatkan pemergian mendiang sebagai kehilangan besar untuk sukan olahraga negara dan rantau Asia selain menjaga perkembangan dan persiapan jaguh pecut negara, Muhammad Azeem Mohd Fahmi dan pelari 400 meter (m) wanita negara, Shereen Samson Vallabouy, semasa mencurah bakti kepada PAA.
"Dunia olahraga telah kehilangan seorang yang hebat, banyak berkorban untuk olahraga selama tiga dekad. Seorang yang sangat merendah diri dan rajin yang pernah saya temui," katanya.
Karim berkata mendiang merupakan seorang bekas guru, jurulatih dan pegawai teknikal olahraga yang membantu mengendalikan banyak kejohanan olahraga peringkat kebangsaan, serantau dan antarabangsa serta dilantik oleh Olahraga Dunia sebagai Pegawai Teknikal Antarabangsa untuk rantau Asia.
Selain itu, katanya, mendiang merupakan perwakilan teknikal sukan olahraga pada temasya Sukan Komanwel 1998 di Kuala Lumpur, beberapa temasya Sukan SEA dan Sukan Malaysia (SUKMA).
Upacara sembahyang diadakan di rumah mendiang di Taman Minamah, Nibong Tebal, sebelum upacara pembakaran jenazah disempurnakan di Bukit Mertajam.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jul 19 2023

Pentadbir dan pegawai teknikal sukan olahraga terkenal, R. Govindaraju, meninggal dunia akibat komplikasi jangkitan kuman di paru-paru di Hospital Pulau Pinang, semalam. - BERNAMA

Kes tembak di Simpang Renggam, empat lagi suspek ditahan
Kesemua individu berusia 34 hingga 41 tahun ditahan di kawasan Kampung Melayu Majidee, Johor Bahru, pada kira-kira 12.30 tengah hari Isnin.

Kilang karpet di Nilai 3 musnah terbakar
Setakat ini tiada mangsa terlibat, namun, bomba memerlukan masa untuk memadamkan api.

Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar US berikutan sentimen berhati-hati
Pada pukul 8 pagi, ringgit meningkat kepada 4.4040/4310 berbanding mata wang AS daripada 4.4270/4320 ketika ditutup semalam.
HUAWEI lancar model HUAWEI Mate XT, peranti tiga lipat pertama di dunia
HUAWEI melancarkan HUAWEI Mate XT Ultimate Design di Malaysia, telefon pintar tiga lipat pertama di dunia yang membawakan teknologi inovatif dalam reka bentuk, engsel, dan paparan.

OKU terselamat, seorang lelaki sesak nafas dalam kebakaran di Siol Kandis
Kebakaran melibatkan tiga kediaman tidak kekal dengan api telah meranapkan dua rumah pertama dan sedang membakar rumah ketiga.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [21 Februari 2025]
Fokus AWANI Pagi bersama Afiezy Azaman & Farhan Hakimi
- Kadar kesuburan di Malaysia menurun sejak 2013
- JAWI panggil individu berpakaian menyerupai wanita dalam acara hiburan
- 606 sekolah tahfiz tidak pernah daftar JAIS sejak 2008
#AWANIpagi #AWANInews
- Kadar kesuburan di Malaysia menurun sejak 2013
- JAWI panggil individu berpakaian menyerupai wanita dalam acara hiburan
- 606 sekolah tahfiz tidak pernah daftar JAIS sejak 2008
#AWANIpagi #AWANInews

Mahkamah khas SOSMA: Pendekkan atau hapus tempoh tahanan 28 hari tanpa bicara
Kerajaan juga wajar mempertimbangkan pindaan akta termasuk peruntukan mengenai isu jaminan bagi mengurangkan kesesakan di penjara.

Malaysia semakin popular sebagai destinasi acara korporat India
Segmen MICE merupakan antara bidang tumpuan utama Tourism Malaysia pada SATTE tahun ini di New Delhi.

Pemandu maut, nahas dua lori di Lebuhraya Utara Selatan
Mangsa yang berusia 43 tahun meninggal dunia di tempat kejadian.

PGA tumpas cubaan seludup 1,000 anak pokok Bromeliad
Anggota Batalion 8 PGA menahan sebuah lori yang dipandu dalam keadaan mencurigakan pada kira-kira 5.30 petang, dalam Op Taring Wawasan.

Pegawai teknikal olahraga terkenal, Govindaraju, meninggal dunia
Pentadbir dan pegawai teknikal sukan olahraga terkenal, R. Govindaraju, meninggal dunia akibat komplikasi jangkitan kuman di paru-paru di Hospital Pulau Pinang, semalam.