Seorang peguam berusia 45 tahun ditemui terjatuh dari sebuah bangunan dalam kejadian di Solaris Dutamas, Jalan Dutamas, di sini, kira-kira jam 10.15 pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner R Munusamy berkata pihaknya dikejarkan ke lokasi kejadian selepas menerima maklumat daripada Pusat Kawalan Daerah (DCC) Sentul.
Menurutnya, sebaik tiba, polis menemukan seorang lelaki lengkap berpakaian dalam keadaan tertiarap dengan kesan kecederaan di kepala dan badan.
"Pemeriksaan polis menemui satu nota bertulisan tangan bertulis 'please call my son my daughter' (tolong hubungi anak lelaki dan anak perempuan saya).
"Menerusi penemuan nota itu, pegawai penyiasat kemudian telah pergi ke rumah anak perempuan mangsa," katanya.
Beliau berkata, menurut anak perempuan mangsa, dia tidak tahu bapanya yang tinggal di rumah bersebelahan telah keluar rumah.
Katanya, anak mangsa juga memaklumkan bapanya itu memang mempunyai masalah hutang dalam perniagaan.
Malah sehari sebelum kejadian, mangsa ada memberitahu anak perempuannya supaya beranggapan bahawa dia sudah mati.
"Anak perempuan mangsa mengesahkan bahawa nota yang ditemui bersama mangsa ketika kejadian adalah tulisan yang ditulis bapanya sendiri," katanya.
Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
Sinar Harian
Sun Aug 19 2018
![Peguam ditemui mati jatuh bangunan Peguam ditemui mati jatuh bangunan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-12/81449914991_CrimeSceneChalk.jpg)
Seorang peguam berusia 45 tahun ditemui terjatuh dari sebuah bangunan dalam kejadian di Solaris Dutamas pagi tadi. -Gambar fail
![KKM lancar kempen 'Perangi Stigma', hapus diskriminasi terhadap pesakit mental KKM lancar kempen 'Perangi Stigma', hapus diskriminasi terhadap pesakit mental](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739959779_DzulkeflyAhmad.jpg)
KKM lancar kempen 'Perangi Stigma', hapus diskriminasi terhadap pesakit mental
Kementerian Kesihatan melancarkan kempen 'Perangi Stigma'bagi membanteras stigma dan diskriminasi terhadap individu alami kesihatan mental.
Pantau Agenda Reformasi: Impak jangka panjang larangan pergerakan kenderaan berat
Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) memperluas larangan pergerakan kenderaan berat memasuki lebuh raya pada waktu puncak di beberapa jajaran lebuh raya terpilih di sekitar Lembah Klang bermula pada 19 Feb ini bagi melancarkan pergerakan trafik di kawasan itu serta di bandar raya.
Prof. Madya Dr. Law Teik Hua, Pengarah Pusat Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya UPM
Prof. Madya Dr. Law Teik Hua, Pengarah Pusat Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya UPM
Seni bina perlu jadi penyumbang kukuh perdagangan perkhidmatan
Seni bina masih merupakan segmen eksport yang kurang dibangunkan berikutan pengangkutan, teknologi maklumat dan komunikasi serta perkhidmatan perniagaan yang mendominasi profil eksport perkhidmatan negara.
Adaptasi ESG: Perkongsian awam-swasta beri kelebihan daya saing
Kerajaan berhasrat mewujudkan ekonomi digital yang teguh, mampan dan berdaya saing di peringkat global yang memberi manfaat kepada perniagaan dan rakyat.
![Kerani rugi RM1 juta terperdaya skim pelaburan tidak wujud Kerani rugi RM1 juta terperdaya skim pelaburan tidak wujud](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/61734154906_tbHusseinOmarKhan.jpg)
Kerani rugi RM1 juta terperdaya skim pelaburan tidak wujud
Seorang kerani sebuah syarikat swasta kerugian RM1 juta selepas menjadi mangsa penipuan skim pelaburan tidak wujud menerusi Facebook.
Perikanan: Pemprosesan, pengeluaran jana nilai ekonomi RM 64 juta tahun lepas - DOF
Pencapaian dicatatkan menerusi Program myAgropreneur (myAP) itu mencerminkan peranan penting industri pemprosesan perikanan dalam menyokong pembangunan ekonomi negara.
Terengganu bakal miliki industri pembinaan pesawat ringan
Perkara itu masih dalam perbincangan dengan syarikat Putra Aerospace Industries (PAI) dan pihaknya telah memberikan persetujuan awal untuk meneliti lanjut projek berkenaan.
Manfaatkan sokongan kerajaan, teknologi bagi perkasa sektor logistik - Loke
Loke berkata inisiatif seperti pengecualian cukai itu bertujuan memacu operasi lebih pintar serta cekap di peringkat gudang serta logistik.
MARA sasar kurangkan pinjaman tidak berbayar kepada 30 peratus
Asyraf Wajdi berkata untuk itu, satu pendekatan lebih agresif dan tiada kompromi akan diambil kepada mereka yang culas dalam menjelaskan hutang.
150 false killer whale ditemukan terdampar
Lebih 150 false killer whale ditemukan terdampar di barat laut Australia pada Rabu.
![Peguam ditemui mati jatuh bangunan Peguam ditemui mati jatuh bangunan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-12/81449914991_CrimeSceneChalk.jpg)
Peguam ditemui mati jatuh bangunan
Polis menemukan seorang lelaki lengkap berpakaian dalam keadaan tertiarap dengan kesan kecederaan di kepala dan badan.