Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail hari ini menafikan bahawa terdapat campur tangan politik atau pendakwaan terpilih di dalam kelewatan pertuduhan terhadap dua orang, termasuk seorang bekas setiausaha politik UMNO, yang ditangkap berikutan penyalahgunaan RM1.1 juta daripada tiga yayasan.
Menurut laporan The Malaysian Insider, Gani berkata kes terhadap bekas setiausaha politik kepada seorang bekas menteri serta pengarah salah satu yayasan tersebut perlu dikaji dengan betul sebelum kedua-dua mereka boleh didakwa.
Gani turut berkata beliau akan memberi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) lebih masa untuk menjalankan siasatan dan mengumpul maklumat lanjut dan bukti untuk menyokong kesnya.
Gani dilaporkan berkata begitu selepas bertemu dengan Pengerusi Panel Penasihat Perundingan dan Pencegahan Rasuah SPRM, Datuk Johan Jaaffar.
Johan sebelum ini berkata panel itu bimbang tentang spekulasi terdapat campur tangan politik di dalam kes itu.
"Sebagai sebuah panel bebas, kami bimbang dengan perkembangan ini kerana ia boleh membawa kepada spekulasi awam atau persepsi campur tangan luar," Johan telah berkata dalam satu kenyataan.
Beliau turut berkata pejabat Peguam Negara harus memberi penjelasan tentang isu tersebut.
Pada minggu lepas, SPRM, di dalam suatu kenyataan berkata mereka menahan dua lelaki, termasuk seorang bekas setiausaha politik dengan gelaran datuk, dan dijangka mendakwa mereka pada Selasa lalu.
Bagaimanapun, beberapa jam kemudian, SPRM berkata terdapat kesilapan dan individu berkenaan akan didakwa pada tarikh yang belum ditentukan.
Kedua-duanya dibebaskan dengan ikat jamin RM50,000.
T K Letchumy Tamboo
Thu Feb 06 2014


Meta akan mulakan ujian Community Notes di Facebook, Instagram dan Threads
Meta, syarikat induk Facebook, Instagram dan Threads, mengumumkan pada Khamis, ia akan memulakan ujian Community Notes di platformnya.

All England: Kecederaan tidak halang Pearly-Thinaah layak ke suku akhir
Pearly mempamerkan daya tahan yang luar biasa dengan mengatasi ketakutan terhadap kecederaan pada set kedua untuk melonjakkan dirinya dan Thinaah, ke suku akhir All England di Birmingham hari ini.
Donatella Versace letak jawatan sebagai Ketua Pegawai Kreatif Versace
Jawatan itu akan diambil oleh bekas Pengarah reka bentuk dan imej jenama Miu Miu, Dario Vitale berkuat kuasa 1 April 2025.
Polis sahkan ancaman senjata palsu, hospital selamat digunakan
Jabatan Sheriff Daerah San Bernardino mengesahkan menerima panggilan daripada seorang suspek lelaki yang memaklumkan dia mendengar suara dalam kepala mengarahnya untuk membunuh orang.
Constantine Tassoulas rasmi Presiden baru Greece
Tassoulas, 65 tahun, menggantikan Katerina Sakellaropoulou yang penggal lima tahunnya tamat pada awal Mac lalu.
NHS England dimansuhkan, elak pertindihan
Badan bebas, Perkhidmatan Kesihatan Nasional (NHS) Englands dimansuhkan susulan penyususnan semula yang ketat di bawah kepimpinan baharu.
Pemimpin masyarakat disaran bantu perjelas dasar kerajaan
Pemimpin masyarakat perlu membantu dalam memperjelaskan dasar dan kejayaan yang dicapai oleh Kerajaan MADANI kepada rakyat.
Satu daripada 3 kanak-kanak Malaysia alami masalah obesiti
Laporan NHMS menunjukkan satu daripada tiga kanak-kanak Malaysia mengalami masalah lebihan berat badan atau obesiti.
Elaun pelatih PLKN digantikan elaun perjalanan berstruktur
Kerajaan telah memutuskan untuk menggantikan pemberian elaun harian sebanyak RM8 kepada pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 dengan elaun perjalanan yang lebih berstruktur.
Jho Low masih dalam senarai permohonan notis merah INTERPOL
Kementerian Dalam Negeri menegaskan permohonan notis merah kepada Polis Antarabangsa (Interpol) terhadap Jho Low masih lagi aktif dan berkuat kuasa sehingga hari ini.

Peguam Negara nafi campur tangan politik dalam kes rasuah bekas setiausaha politik UMNO
Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail hari ini menafikan bahawa terdapat campur tangan politik di dalam kelewatan pertuduhan terhadap dua orang.