Jabatan Peguam Negara tidak akan merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi bahawa Seksyen 13 Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) adalah tidak berperlembagaan, merujuk kepada ikat jamin kes berkaitan kumpulan pengganas LTTE.
Peguam Negara Tan Sri Tommy Thomas berkata Timbalan Pendakwa Raya (TPR) akan mengendalikan setiap permohonan ikat jamin itu berdasarkan merit masing-masing dan mahkamah akan bertindak sebagai timbang tara, seperti ditetapkan dalam Perlembagaan Persekutuan.
Pada 29 Nov, Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali memutuskan Seksyen 13 adalah tidak berperlembagaan kerana ia adalah di luar budi bicara bidang kuasa kehakiman untuk menilai sama ada atau tidak untuk membenarkan atau menolak ikat jamin.
Hakim membuat keputusan itu dalam kes Ahli Dewan Undangan Negeri Gadek, Melaka G. Saminathan, yang menghadapi pertuduhan menyokong dan memiliki bahan berkaitan kumpulan pengganas LTTE, dalam membenarkannya untuk memohon ikat jamin.
Thomas dalam kenyataan media berkata kesan Seksyen 13 secara praktikal adalah kerana tertuduh tidak boleh memohon ikat jamin pada masa dia dituduh sehingga perbicaraannya (yang mungkin mengambil masa lama sehingga sembilan bulan hingga 12 bulan).
Beliau berkata tertuduh secara efektifnya diletakkan di bawah tahanan pencegahan tanpa dihadapkan ke mahkamah yang nasibnya bersamaan dengan mereka yang ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) 1960.
"ISA telah dikritik teruk selama beberapa dekad sebelum dimansuhkan pada 2012. Ini khususnya tidak boleh diterima kerana prinsip asas dalam jurisprudens jenayah adalah tertuduh tidak bersalah sehingga didapati bersalah oleh mahkamah. Oleh itu, semua tertuduh SOSMA mesti dianggap tidak bersalah sehingga disabitkan, namun mereka tidak boleh memohon ikat jamin daripada mahkamah," katanya.
Peguam Negara juga berkata kebimbangan telah dizahirkan sama ada mahkamah akan membenarkan ikat jamin ke atas tertuduh SOSMA yang dituduh membuat bom dan berniat menggunakannya untuk membunuh orang awam yang tidak bersalah.
Beliau berkata dalam kes sedemikian, jaminan diberikan kepada rakyat Malaysia bahawa sebaik sahaja TPR memaklumkan mahkamah (dengan keterangan berwibawa) bahawa pemohon ikat jamin merancang untuk melakukan tindakan keganasan dan kejam seumpama itu, permohonan ikat jamin akan ditolak dan tiada hakim akan membuat keputusan tidak bertanggungjawab yang akan menjejaskan keselamatan awam.
"Pastinya, kita perlu percaya kepada hakim untuk membuat keputusan dalam setiap kes apabila permohonan ikat jamin dibuat sama ada akan membenarkan atau menolaknya dan dalam kes-kes apabila ikat jamin dibenarkan, sama ada untuk mengenakan sebarang syarat, termasuk tertuduh dikenakan sekatan di rumah, memakai peranti pemantauan, melapor setiap hari kepada polis atau mana-mana syarat lain yang dimohon polis atau TPR," kata Thomas.
Thomas menjelaskan bahawa pada 29 Okt, 2019, 12 suspek dikaitkan dengan kumpulan pengganas dikenali LTTE telah didakwa mengikut Seksyen 130J Kanun Keseksaan atas pertuduhan memberi sokongan kepada LTTE menerusi media sosial untuk mempromosikan kumpulan itu kepada orang ramai, juga mengikut Seksyen 130JB Kanun Keseksaan kerana memiliki bahan berkaitan LTTE.
Beliau berkata 12 tertuduh berkenaan telah disiasat untuk tempoh tertentu oleh agensi penyiasatan yang dipertanggungjawabkan untuk mencegah berlakunya perbuatan ganas dan keganasan.
"Ini wajar dipuji. Secara perbandingan, Malaysia merupakan satu daripada negara paling selamat di dunia, pada prinsipnya berikutan kecekapan pasukan keselamatan kita, yang mempunyai rekod cemerlang dalam mengesan ancaman keganasan pada peringkat awal.
"Oleh itu, mendakwa 12 tertuduh bagi kesalahan itu di bawah Kanun Keseksaan tidak sepatutnya mencetuskan kontroversi, terutamanya, apabila tiada undang-undang sepadan yang mereka boleh dituduh. Sama seperti dalam kes lain, bebanannya terletak pada pihak pendakwaan untuk membuktikan keraguan melampaui munasabah mengikut cara biasa di mahkamah terbuka dan tertuduh berkenaan didapati bersalah melakukan kesalahan itu," katanya.
Peguam Negara seterusnya berkata di bawah Seksyen 130 dan 130J(b) Kanun Keseksaan, yang kesemua mereka dituduh, adalah kesalahan yang ditetapkan dalam SOSMA.
Thomas berkata SOSMA menetapkan langkah-langkah khas dalam mengendalikan suspek dari masa dia ditahan sehingga rayuan diputuskan mahkamah tertinggi, tetapi sejak ia dikuatkuasakan, SOSMA telah dikritik oleh pelbagai lapisan masyarakat.
"Mungkin ciri SOSMA yang paling merosakkan adalah dalam Seksyen 13 yang melarang ikat jamin dari masa ditahan sehingga dibicarakan, dan malah selepas dibebaskan oleh mahkamah yang membicarakan kes itu sementara menunggu rayuan oleh pihak pendakwaan di mahkamah tertinggi," katanya.
Thomas berkata ini bermakna kuasa mahkamah untuk mendengar dan menentukan permohonan ikat jamin oleh tertuduh di hadapannya, yang berlaku setiap hari di di semua mahkamah di negara kita yang mengendalikan perkara jenayah, dimansuhkan.
"Begitu juga, seorang tertuduh itu hilang hak untuk membuat permohonan ikat jamin secepat mungkin, yang merupakan haknya di bawah kebanyakan pertuduhan bukan di bawah SOSMA di bawah bidang kuasa jenayah kita," katanya.
Thomas berkata pihak yang mendraf SOSMA dan Parlimen 2012 yang menguatkuasakan undang-undang itu telah tidak mengambil kira sama ada fungsi mahkamah kehakiman telah terhakis oleh ketetapan dalam Seksyen 13.
"Akhirnya, kuasa kehakiman telah diremehkan," katanya.
Thomas selanjutnya berkata undang-undang perlembagaan negara telah mencatatkan kemajuan besar sejak SOSMA dikuatkuasakan.
"Keputusan dibuat Mahkamah Persekutuan dalam kes Indira Gandhi pada 2016 dan Semenyih Jaya pada 2017 telah menerima doktrin struktur asas, dan lebih penting lagi, asas prinsip mengutamakan perkara paling penting, iaitu, tanggungjawab perlembagaan mahkamah - sehingga dikecualikan semua pihak berkuasa yang lain - kepada badan kehakiman untuk membuat keputusan dalam mana-mana pertikaian. Itu termasuk permohonan ikat jamin yang dibantah," katanya.
Beliau berkata Hakim Mohd Nazlan telah mengiktiraf prinsip dalam doktrin struktur asas dan menggunakannya dalam kes Indira Gandhi dan Semenyih Jaya apabila menetapkan Seksyen 13 Akta SOSMA sebagai tidak berperlembagaan kerana seksyen itu menutup pintu kepada permohonan untuk ikat jamin.
Katanya, oleh itu akses kepada keadilan telah dinafikan kepada semua tertuduh di bawah SOSMA di antara masa dituduh di mahkamah dan rayuan terakhir mereka di Mahkamah Persekutuan dan beliau berpendapat, sebarang rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi sudah tentu akan gagal.
"Atas semua alasan berkenaan, dalam melaksanakan budi bicara saya, dengan ini saya memutuskan bahawa pendakwa raya tidak akan merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi baru-baru ini yang menetapkan Seksyen 3 SOSMA tidak berperlembagaan. TPR kami akan mengendalikan setiap permohonan ikat jamin berdasarkan merit masing-masing dan mahkamah akan bertindak sebagai timbang tara, seperti ditetapkan dalam Perlembagaan Persekutuan," kata Thomas.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Dec 13 2019
THOMAS: Semua tertuduh SOSMA mesti dianggap tidak bersalah sehingga disabitkan, namun mereka tidak boleh memohon ikat jamin daripada mahkamah. - Gambar fail/BERNAMA
22 individu, termasuk CEO GISB mengaku tidak bersalah
Seramai 22 individu dikaitkan dengan GISB termasuk Ketua Pegawai Eksekutifnya Nasiruddin Mohd Ali mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menjadi ahli kumpulan jenayah terancang.
KWSP tolak dakwaan berkaitan pelaburan MAHB
KWSP menolak sebarang dakwaan salah laku atau pelanggaran peraturan dalam urusan jual beli saham Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB).
Dihukum penjara 13 tahun, mahkamah putuskan ahli perniagaan Indonesia bukan Paiman Shakimon
Mahkamah Tinggi memutuskan seorang lelaki yang didakwa sebagai Datuk Paiman Shakimon yang dihukum penjara 13 tahun kerana menipu dan memalsukan dokumen adalah bukan ahli perniagaan itu.
Lelaki dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan membunuh ibu mentua
Seorang lelaki dituduh membunuh ibu mentuanya yang juga seorang warga emas di sebuah rumah di Taman Sri Skudai pada awal bulan ini.
Wanita Brunei maut ketika konvoi '2,000 Selekoh Malaysia'
Seorang peserta wanita konvoi '2,000 Selekoh Malaysia' maut dalam kemalangan selepas motosikal yang ditunggang bertembung dengan sebuah lori di KM 17 Jalan Bera-Mayam, Bera semalam.
KPN laksana program rapatkan jurang sosial, raikan kepelbagaian rakyat - Aaron Ago
Kementerian Perpaduan Negara mengambil pendekatan melalui pelaksanaan program berasaskan tema untuk merapatkan jurang sosial antara rakyat Malaysia.
EU belanja lebih AS$138 bilion sokong, bekal senjata kepada Ukraine
Negara-negara Kesatuan Eropah (EU) membelanjakan sejumlah EUR134 bilion (US$138.8 bilion) bagi menyokong serta membekalkan senjata kepada Ukraine.
AWANI Ringkas: Penyeragaman agensi kerajaan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
KPM bangun sistem kesan murid tercicir, diperkukuh dengan AI
SiPKPM bertujuan untuk mengesan pergerakan murid secara komprehensif, termasuk murid yang berisiko cicir, diperkukuhkan dengan AI
jepun mohon pengecualian tarif keluli dan aluminium AS
Jepun mengemukakan permohonan pengecualian daripada tarif 25 peratus yang dikenakan ke atas produk keluli dan aluminiumnya oleh Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump/
AGC fail notis usul, mahu rayu keputusan kes Titah Adendum ke Mahkamah Persekutuan
Notis itu berdasarkan premis percanggahan dalam tafsiran undang-undang, dan kepentingan isu undang-undang di bawah Perlembagaan Persekutuan.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 25 Januari 2025.
Himpunan Rakyat Benci Rasuah kemuka tiga tuntutan
Himpunan Rakyat Benci Rasuah yang diadakan di ibu negara pada Sabtu membuat tiga tuntutan kepada kerajaan.
Isu buku Hannah Yeoh: Kertas siasatan dirujuk kepada AGC
Polis telah merujuk kertas siasatan berhubung isu buku 'Becoming Hannah: A Personal Journey' membabitkan Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh kepada Pejabat Peguam Negara.
Dokumen tambahan: AGC fail permohonan larangan bersuara dalam kes Najib
AGC memfailkan permohonan perintah larangan bersuara untuk melarang sesiapa sahaja daripada membincangkan isu berkaitan kes permohonan semakan kehakiman Najib.
Titah Adendum: 'Tidak wajar ada perintah larangan bersuara' - Azalina
Datuk Seri Azalina Othman Said, berkata isu itu akan dibincangkan semula di Parlimen ketika bersidang pada bulan depan.
Semua pihak dinasihati hormati prosiding mahkamah kes semakan Najib - AGC
Jabatan Peguam Negara (AGC) hari ini menasihati semua pihak supaya menghormati prosiding mahkamah berkaitan kes permohonan semakan kehakiman Datuk Seri Najib Tun Razak di Mahkamah Tinggi.
AGC kaji bangunkan Unit Bahagian Rayuan dan Perbicaraan bagi Sabah, Sarawak
Jabatan Peguam Negara (AGC) sedang mengkaji keperluan untuk menubuhkan Unit Bahagian Rayuan dan Perbicaraan bagi Sabah dan Sarawak tahun ini.
Ini penjelasan peguam mengenai pihak yang terikat dengan pertikaian mengenai Titah Adendum
Sebarang titah yang dimasyhurkan oleh Yang di-Pertuan Agong ke-16, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, tidak mengikat Yang di-Pertuan Agong semasa, Sultan Ibrahim.
Saya terganggu, tiada afidavit balasan dari AGC cabar kewujudan Titah Adendum - Hakim
Menurutnya, setakat ini hujah yang dikemukakan adalah mengaitkan isu teknikal, perundangan dan bukannya menafikan kewujudan adendum tersebut.