PEGUAM Puteri Sarah, 37, iaitu Datuk Akberdin Abdul Kader, membantah injunksi yang diminta pengarah berkontroversi, Syamsul Yusof dan disebabkan itu mereka memasukkan afidavit jawapan pada sebutan di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, Selangor, pagi tadi.
Kata Akberdin Abdul Kadir sepatutnya setiap orang ada hak kebebasan bersuara.
“Ini adalah kebebasan bersuara dan tak bolehlah kekang. Kebebasan bersuara di bawah perlembagaan persekutuan kan.
"Kita tak boleh aibkan, fitnah orang lain asalkan kita jaga perimeter itu, kita boleh bersuaralah,” katanya kepada Astro Gempak.
Pagi tadi, injunksi antara pengarah Syamsul Yusof, 39, isterinya pertamanya dilanjut serta akan diputuskan pada 14 Ogos nanti selepas sebutan di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, Selangor.
Mahkamah Tinggi Syariah antara lain memerintahkan Puteri Sarah dihalang, dilarang dan/atau ditegah bertindak mengeluarkan, memuat naik, menyiarkan, menulis, menerbitkan, menyebarkan, mengedarkan, menghebahkan, dan/atau menyalurkan apa-apa kenyataan, tulisan fitnah, maklumat, komen, gambar dan atau klip video di mana-mana laman media sosial, media cetak dan atau media elektronik.
Menurut peguam Puteri Sarah iaitu Datuk Akberdin Abdul Kader, injuksi terbabit juga sudah ditukar kepada inter-parte bagi mahkamah meneliti kedua pihak berbanding ex-parte sebelum ini.
“Kami juga sudah memaklumkan kepada pihak hakim supaya senang berbincang berkenaan isu-isu. Ada kemungkinan perkembangan terkini kalau semuanya berjalan lancar, mungkin akan rekodlah, insya-Allah.
“Sama ada injunksi itu dikekalkan atau diketepikan sehingga akhir. Mahkamah akan telitilah alasan-alasan kedua-dua pihak sebab injunksi yang diperoleh tempoh hari adalah daripada satu pihak.
“Jadi ia ditukar kepada inter-parte dan hakim akan dengar kedua-dua pihak. Hakim akan buat keputusan sama ada diperlukan atau sebaliknya,” katanya.
Akberdin memaklumkan pihaknya juga sedang berunding untuk kes-kes lain di samping kes hari ini. Katanya asas kepada injunksi itu adalah nusyuz dan tiada apa-apa kes baharu berbangkit.
Sementara itu, peguam Syamsul iaitu Azmi Mohd Rais memaklumkan sudah menerima afidavit jawapan daripada pihak Puteri Sarah.
“Yang arif mengarahkan untuk memasukkan hujah dan keputusan berkenaan dengan perintah injunksi ini adakan diputuskan pada 14 Ogos,” katanya.
Pada tarikh terbabit, kedua pihak perlu hadir.
Terdahulu, pada 28 Mei lalu, Mahkamah Tinggi Syariah di sini pada Jumaat membenarkan permohonan pengarah filem, Syamsul Yusof untuk mendapatkan perintah injunksi lanjutan terhadap isteri pertamanya, Puteri Sarah, sehingga hari ini.
Ia adalah perintah menghalang Puteri Sarah atau nama sebenarnya Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin daripada memuat naik, mengeluarkan, menulis, menerbit, menyebarkan, menghebahkan atau menyalurkan sebarang keterangan berhubung kes cerai dan nusyuz pasangan itu dalam apa jua bentuk atau medium.
Injunksi berkenaan adalah lanjutan kedua yang dimohon oleh Syamsul atau nama sebenarnya Mohd Shamsul Md Yusof dibuat secara ex-parte atau sebelah pihak.
Pada 26 Mei lalu, permohonan pengarah kontroversi, Syamsul Yusof melanjutkan perintah injunksi terhadap isteri pertama, Puteri Sarah Liyana, diluluskan Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, Selangor.
Terdahulu, mahkamah meluluskan permohonan Syamsul melanjutkan tempoh masa perintah ex-parte bertarikh 27 April berdasarkan Seksyen 238 Enakmen Tatacara Mahkamah Syariah (Negeri Selangor) 2003 dengan pindaan kepada perintah ex-parte terbabit. -Gempak
Gempak
Thu Jun 08 2023
Pagi tadi, injunksi antara pengarah Syamsul Yusof, 39, isterinya pertamanya dilanjut serta akan diputuskan pada 14 Ogos nanti selepas sebutan di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, Selangor. -Gempak
'Barber Komuniti' akan diperluas, tingkat sosioekonomi warga kota - Dr Zaliha
Inisiatif 'Barber Komuniti' akan diperluas ke Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan Perumahan Awam (PA) di sekitar ibu negara dalam usaha meningkatkan taraf sosioekonomi penduduk.
Laporan portal berita mengelirukan, berniat jahat - Arifin Arif
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah, Datuk Mohd Arifin Mohd Arif menafikan pendedahan sebuah portal yang mendakwa beliau menawarkan penyelesaian bagi menuduh mulut individu yang mendedahkan skandal rasuah melibatkan aktiviti perlombongan di Sabah.
1,500 anggota, pegawai PDRM ditugaskan di sekitar Batu Caves
Sebanyak 1,500 pegawai dan anggota polis kontinjen Selangor akan ditempatkan di sekitar Batu Caves bagi mengawal keadaan sempena sambutan Thaipusam, Selasa depan.
PAC panggil Loke bukan atas dasar politik - Mas Ermieyati
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) terkejut dengan kenyataan Menteri Pengangkutan bahawa cadangan untuk memanggil Anthony Loke dianggap bermotifkan politik.
Pengerusinya, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, badan siasatan itu adalah sebuah Jawatankuasa Pilihan ditubuhkan Majlis Dewan Rakyat yang bertindak secara profesional.
Pengerusinya, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, badan siasatan itu adalah sebuah Jawatankuasa Pilihan ditubuhkan Majlis Dewan Rakyat yang bertindak secara profesional.
MAHAR kecam keras rancangan pemindahan rakyat Palestin
Malaysian Humanitarian Aid & Relief (MAHAR) dengan tegas menolak dan mengutuk rancangan pemindahan rakyat Palestin seperti dicadangkan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump.
Akaun aplikasi X Tun Dr Mahathir digodam
Aplikasi X milik bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad iaitu @chedetofficial digodam dan tidak dapat diakses pada Rabu.
Hamas tolak sekeras-kerasnya cadangan Trump
Pemimpin Kanan Hamas, Izzat el-Reshiq berkata pihaknya menolak sekeras-kerasnya cadangan Presiden Donald Trump ke atas Gaza.
Palestin milik rakyatnya, cadangan Trump dikecam
Cadangan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump untuk mengambil alih Semenanjung Gaza mendapat tentangan rakyat Palestin dan menyifatkan ia pelanggaran serius undang-undang antarabangsa.
Lawatan Mirziyoyev perkukuh hubungan Malaysia-Uzbekistan - PM Anwar
Anwar turut menzahirkan keyakinan bahawa lawatan Mirziyoyev itu mampu memberi manfaat yang maksimum kepada Malaysia serta rakyat.
11 terbunuh, lima cedera tembakan di pusat pendidikan di sweden
Sekurang-kurangnya 11 terbunuh dalam kejadian tembakan di pusat pendidikan Risbergska, Orebro Sweden pada Selasa.
"Tahniah Syamsul akhirnya mengaku bernikah di Thailand" - Puteri Sarah
Puteri Sarah minta Syamsul tidak memutarbelitkan situasi dengan meletakkan kesalahan di atas bahunya.
Puteri Sarah, Syamsul Yusof dikurnia bayi lelaki, namakan Syaikhul Islam
Pelakon Puteri Sarah Liyana selamat melahirkan bayi lelaki awal pagi tadi.