KANGAR: Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah peguam syarie bukan sahaja perlu menguasai ilmu perundangan berkaitan undang-undang syariah tetapi juga undang-undang sivil.
"Ia penting kerana adakalanya isu-isu yang diputuskan di Mahkamah Syariah mempunyai kaitan dengan undang-undang sivil seperti Perlembagaan Persekutuan, Kanun Tanah Negara 1965, Akta Kumpulan Wang Simpanan Pekerja 1991, Akta Pencen 1980 dan lain-lain," titah baginda pada Majlis Pentauliahan Peguam Syarie Negeri Perlis 2023 di sini hari ini.
Penguasaan ilmu perundangan yang tidak terhad kepada undang-undang syariah sahaja antara empat perkara digariskan baginda kepada peguam syarie dalam tugasan membantu pihak memerlukan khidmat nasihat perundangan dan perwakilan di Mahkamah Syariah.
Tuanku Syed Faizuddin bertitah perkara kedua, peguam syarie perlu bersifat amanah, jujur dan berniat baik untuk menegakkan keadilan dalam melaksanakan tugas dan peranan seperti dituntut oleh agama serta mematuhi Etika Peguam Syarie di bawah Arahan Amalan Mahkamah Syariah N0.4 Tahun 2002.
"Ketiga, memfokuskan penyelesaian sesuatu kes dalam tempoh masa yang singkat tanpa meminggirkan prinsip keadilan," titah baginda.
Raja Muda Perlis bertitah yang keempat, peguam syarie memelihara kerahsiaan kes anak guam supaya tidak terdedah kepada umum dan pihak media yang boleh membawa kepada fitnah.
"Ia selaras dengan penguatkuasaan Arahan Ketua Hakim Syarie Bilangan 1 Tahun 2023 berkenaan Pendengaran Kes Perceraian Secara Tertutup di Mahkamah Syariah Negeri Perlis mulai 1 Julai 2023," titah baginda.
Tuanku Syed Faizuddin turut bertitah berharap semua peguam syarie mengutamakan kepentingan keadilan dan menjunjung prinsip integriti dalam menjalankan tugas supaya imej agama Islam dan kehormatan profesion itu kekal terpelihara.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Oct 13 2023

Tuanku Syed Faizuddin turut berharap semua peguam syarie mengutamakan kepentingan keadilan dan menjunjung prinsip integriti dalam menjalankan tugas supaya imej agama Islam dan kehormatan profesion itu kekal terpelihara. - Gambar/ Bernama
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (23 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Rejim Zionis memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.
Pendekatan berpasukan cerminan dasar-dasar negara dilaksanakan berkesan
Penganalisis politik berpandangan penekanan terhadap pendekatan berpasukan dalam menangani cabaran utama termasuk hubungan luar negara dan perubahan kedudukan geoplitik mencerminkan keperluan untuk memastikan dasar-dasar negara dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Dakwaan wujud kem dalam DAP perkara biasa - Loke
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke menyifatkan dakwaan wujudnya kem tertentu dalam parti itu menjelang pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) sebagai perkara biasa yang ditimbulkan pihak luar bagi mengganggu-gugat ketenteraman parti.
Jawatankuasa ditubuhkan kaji beban tugas pensyarah
Sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi meneliti dan mengkaji beban kerja yag ditanggung tenaga akademik di universiti awam.
Tidak perlu kategori sekolah, tumpu naik taraf sekolah daif
Pendekatan Kementerian Pendidikan membahagikan sekolah kepada tiga kategori iaitu sekolah fokus, sekolah aspirasi dan sekolah inspirasi hanya akan mencetus jurang perbezaan antara sekolah di negara ini.
Dua platform jualan 'online' diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Kementerian Kesihatan (KKM) mengarahkan dua platform jualan dalam talian untuk menurunkan iklan penjualan gula-gula kenyal atau 'gummy' berbentuk mata yang sebelum ini dikatakan meragut nyawa seorang kanak-kanak di Pulau Pinang.
Kuala Lumpur paling rendah, Terengganu tertinggi
Kadar kelahiran di Kuala Lumpur adalah yang terendah di Malaysia dengan 10.7 bagi setiap seribu penduduk pada 2023.
Polis nafi kejadian samun, serangan terhadap pasangan suami isteri di Bangi
Polis menafikan dakwaan berlakunya kejadian samun dan serangan terhadap pasangan suami isteri bersama anak mereka di Bangi dekat sini, seperti yang tular di media sosial.

Bandar Teknologi Maju Perlis tawar lebih 2,000 peluang pekerjaan - Fahmi
Fahmi berkata projek yang menelan keseluruhan kos mencecah AS$11 bilion (RM49.17 bilion) itu dijangka mula beroperasi secara berperingkat pada pertengahan 2027.

Raja Muda Perlis jadi Pemangku Raja Perlis selama empat bulan
Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail akan menjadi Pemangku Raja Perlis selama empat bulan bermula pada 15 Mei lepas.

MAIPs peruntuk RM7 juta laksana program latihan kemahiran asnaf
MAIPs memperuntukkan RM7 juta kepada Akademi Transformasi Asnaf MAIPs (ATAM) untuk pelaksanaan program aktiviti berbentuk latihan kemahiran asnaf dan pengurusan bagi tahun ini.

Pembeli dinasihat pastikan ketulenan harum manis elak tertipu
Jabatan Pertanian Perlis menasihati pembeli supaya memastikan ketulenan mangga harum manis sebelum membuat pembelian pada musim pengeluaran mangga itu yang kini telah pun bermula, supaya tidak tertipu

Guna AI perkasa tugas kawal sempadan negara - Raja Muda Perlis
Langkah itu dilaksanakan negara maju dalam usaha memperkasa penugasan mengawal sempadan negara ini supaya tidak mudah dibolosi.

ATM wajar kaji penglibatan Askar Wataniah dalam operasi teras - Raja Muda Perlis
ATM wajar mengkaji dsemula segala seksyen sedia ada bagi membolehkan penglibatan pasukan simpanan tentera darat dalam operasi teras.

Raja Muda Perlis alu-alukan lebih banyak pelaburan dalam sektor pelancongan
Antara pelaburan berkaitan pelancongan yang boleh dilaksanakan di Perlis ialah perhotelan, taman tema dan menara tinjau.

Semangat kesukarelawanan perlu sentiasa dihayati, disuburkan - Raja Muda Perlis
Semangat kesukarelawanan perlu sentiasa dihayati dan disuburkan dalam kalangan rakyat, titah Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.

Raja Muda: Rakyat 'duta' Tahun Melawat Perlis 2024-205
Tuanku Syed Faizuddin bertitah, layanan baik harus diberikan kepada pelancong yang akan melawat Perlis.

Festival Malaysia 2023 di Hatyai bermula
Festival Malaysia 2023, yang diadakan di Hatyai, Songkhla, selatan Thailand, bermula pada Jumaat dengan tujuan mempamerkan destinasi pelancongan, produk dan kraftangan Malaysia.