KUALA LUMPUR: Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (Yakeb) menyokong ketetapan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) untuk tidak membina pejabat baharu bagi yayasan tersebut buat masa ini.
Pengerusi Yakeb Datuk Noorul Ariffin Abdul Majeed berkata hal ini kerana Yakeb turut berpendirian kebajikan bekas atlet perlu diberikan keutamaan terlebih dahulu sementara mendapatkan penaja atau sumber pendana untuk membina pejabat tersebut.
"Jika pada masa akan datang rezeki kita (Yakeb) mencukupi, tanah masih ada dan kita mendapat penaja untuk membina bangunan tersebut, kami akan mengalu-alukan peluang itu.
"Buat masa sekarang, fokus kami adalah untuk mengutamakan kebajikan bekas atlet terlebih dahulu," katanya kepada pemberita pada program kolaborasi bersama Keretapi Tanah Melayu Bhd (KTMB) dan Yakeb di sini hari ini.
Selasa lepas, Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh berkata KBS tidak bercadang untuk membina Wisma Yakeb ketika ini kerana keutamaan sekarang adalah untuk membela nasib bekas atlet negara.
Hannah berkata demikian ketika ditanya mengenai cadangan membina Wisma Yakeb seperti yang diumumkan bekas perdana menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob Sept tahun lepas.
Terdahulu, Yakeb buat julung kalinya berkolaborasi dengan KTMB bagi mengadakan program klinik sukan dan latihan sukan oleh bekas atlet kebangsaan kepada kakitangan KTMB dan anak-anak mereka.
Antara yang turut serta ialah bekas jaguh badminton Datuk Foo Kok Keong dan Ong Ewe Hock serta bekas pemain bola sepak Zolkifli Ahmad Kamarul.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Oct 21 2023

Noorul Ariffin bersama atlet-atlet legenda dan Ketua Pegawai Eksekutif Keretapi Tanah Melayu Berhad Datuk Mohd Rani Hisham Samsudin ketika hadir pada Program Kolaborasi KTMB dan Yakeb di Futsalhub, Ampang. - Foto BERNAMA
Iran adakan majlis pengebumian, berkabung atas kematian Hassan Nasrallah
Iran mengadakan majlis berkabung bagi memperingati pemimpin Hezbollah yang dibunuh, Hassan Nasrallah, di ibu negara Tehran pada Ahad, hari yang sama Nasrallah dikebumikan dalam satu upacara pengebumian besar-besaran di Beirut.

Sarawak capai kejayaan dalam elektrifikasi luar bandar dengan peluasan grid RES di Daro
Julaihi berkata projek itu akan membekalkan tenaga elektrik kepada 186 isi rumah di lapan kampung.

2 kanak-kanak maut dalam insiden letupan di Kemboja
Peluru 66mm (B-63) yang dipercayai peninggalan perang itu meletup pada Sabtu di Kampung Kranhong, Komun Ta Siem, Daerah Svay Leu.

Kerajaan peruntuk RM16.21 juta bagi pembangunan Orang Asli di Johor
Peruntukan menerusi JAKOA itu meliputi pelaksanaan pelbagai program ekonomi, keusahawanan, bantuan perumahan, pembangunan infrastruktur.

ATC 2025: Skuad Malaysia capai sasaran pingat
Sebelum ini, Mohd Harnizam meletakkan sasaran tiga pingat tanpa mengira warna bagi kejohanan itu.

Persatuan Pandu Puteri lahirkan pemimpin bermoral tinggi - Tunku Azizah
Baginda bertitah, pengadaptasian sahsiah nilai murni tidak boleh dipandang mudah kerana ia melengkapkan kriteria sebagai seorang pemimpin.

Ibu tiga anak maut, dipercayai dibunuh kekasih
Dalam kejadian itu, mangsa yang menyewa di rumah dua tingkat itu bersama kekasihnya sejak lima bulan lalu, ditemukan terbaring atas katil.

ATC 2025: Sawda pecah rekod remaja Asia, raih emas ujian masa 1km
Sawda mencatatkan satu minit 10.818s untuk memperbaharui rekod yang dicipta atlet Taiwan Liu Shang Ying (1:12.722s) pada pusingan kelayakan.

FAMA tingkat 30 peratus bekalan kelapa di seluruh negara
Abdul Rashid berkata masalah kekurangan bekalan kelapa bukan hanya berlaku di Malaysia, malah di seluruh dunia berikutan musim melawas.

KPKT sasar bina 112 Taman Rekreasi MADANI tahun ini
Ia termasuk pembinaan lapan TRM yang akan dibangunkan di Selangor melibatkan peruntukan RM4 juta.

Keprihatinan Allahyarham Khalid Ali terhadap pasukan negara hingga hujung nyawa
Keprihatinan dan cinta legenda bola sepak negara Allahyarham Khalid Ali terhadap pasukan negara dibuktikan apabila masih membicarakan tentang perkara itu pada hujung hayatnya.

Yakeb sasar 1,000 bekas atlet baharu tahun ini
Yakeb menyasarkan seramai 1,000 bekas atlet dapat berdaftar di bawah yayasan itu sepanjang tahun ini. Yayasan Kebajikan Atlet K

Pejabat Baharu: Yakeb sokong keputusan KBS
Yakeb berpendirian kebajikan bekas atlet perlu diberi keutamaan sementara mendapatkan penaja untuk membina pejabat baharu.

FAM, Yakeb jalin kerjasama bantu bekas pemain kebangsaan
FAM dan Yakeb menjalin kerjasama untuk memastikan kebajikan bekas pemain bola sepak negara diambil perhatian sepenuhnya.

Doa buat Khalid Ali
Khalid mahu meneruskan kehidupannya dengan cara baharu yang lebih bermakna setelah disahkan menghidap kanser paru-paru pada awal Ramadan.

Hannah, Yakeb beri penghormatan terakhir kepada Sabapathy
Sabapathy sebelum ini terlantar sakit di rumahnya di Seremban, selepas menghidap pelbagai penyakit termasuk masalah buah pinggang.

Dua bekas atlet negara positif COVID-19 sembuh - Yakeb
Dua bekas atlet kebangsaan yang sebelum ini didapati positif COVID-19 sudah pulih daripada jangkitan virus tersebut dan telah dibenarkan keluar dari hospital.

Yakeb cadang jual jongkong emas bantu bekas atlet
Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan perlu mencari idea baharu untuk menjana pendapatan kerana tidak boleh sentiasa bergantung kepada bantuan kerajaan.