Pasukan audit perhutanan SIRIM digesa agar bersikap adil dan berkecuali dalam mengeluarkan laporan berhubung dakwaan berlakunya pembalakan haram di Ulu Tembeling, Pahang.
Pengerusi Pertubuhan Pelindung Khazanah Alam Malaysia (PEKA) Pahang, Khaidir Ahmad berkata pada masa sama, pihaknya amat menghargai penglibatan SIRIM dalam menjalankan audit dan pemeriksaan di kawasan tadahan air yang didakwa berlaku pencerobohan haram sebelum ini.
"PEKA Pahang amat berterima kasih dan menghargai kesudian audit SIRIM untuk menjemput pihak kami untuk mendapatkan perincian maklumat berkaitan kawasan yang terlibat supaya dapat memudahkan jabatan itu melakukan pemeriksaan.
"Kami berharap hasil daripada audit dan pemeriksaan berkenaan, pihak SIRIM akan mengeluarkan laporan yang telus dan adil. Masalah ini perlu ditangani secara profesional, untuk kelestarian alam sekitar dan demi masa depan generasi anak muda," katanya kepada Astro AWANI.
PEKA Pahang juga telah menyerahkan peta dan gambar yang didakwa pembalakan haram kepada wakil jabatan itu.
"Kami dimaklumkan laporan pemeriksaan akan dipamerkan di laman web SIRIM pada bulan Oktober dan pemeriksaan ini merupakan sebahagian daripada proses Persijilan Kriteria dan Penunjuk Perhutanan Malaysia di Pahang," katanya.
BACA: 8 perkara anda perlu tahu mengenai laporan khas Sungai Tembeling
GALERI FOTO: Kerakusan manusia musnahkan Sungai Tembeling
Sebelum ini, Astro AWANI menyiarkan siri laporan khas bertajuk "Kerakusan Manusia Musnahkan Sungai Tembeling" yang menyingkap keadaan Sungai Tembeling, Pahang yang cetek sehingga menjejaskan kehidupan seharian penduduk setempat.
Selain itu, ia turut meninjau sejauh mana kesan pembalakan dan penerokaan di kawasan tadahan air Ulu Tembeling.
Terbaharu, PEKA Pahang mengadakan Misi Selamatkan Hutan Tadahan Air Negara di Hulu Tembeling pada 13 hingga 15 Mei lalu.
Hasilnya, satu deklarasi dikeluarkan dan ditandatangani aktivis alam sekitar, ahli akademik dan penduduk setempat.
Menurut Khaidir, deklarasi itu akan diserahkan kepada Menteri Besar Datuk Seri Adnan Yaakob dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam masa terdekat.
Tan Su Lin
Fri Jul 22 2016

Pihak PEKA amat menghargai penglibatan SIRIM dalam menjalankan audit dan pemeriksaan di kawasan tadahan air yang didakwa berlaku pencerobohan haram sebelum ini. - Foto Astro AWANI

Lebih 19,000 KIR terima manfaat Kad Perak Sejahtera - MB
Penyaluran bantuan yang diperkenalkan sejak 2019 itu bertujuan memastikan golongan B40, miskin dan miskin tegar dapat memenuhi keperluan asas makanan.

90 peratus kediaman di Gaza musnah - IOM
Sejak 19 Jan, IOM menyalurkan bantuan merangkumi tempat perlindungan, bekalan air, alatan kebersihan serta barangan bukan makanan bagi menyokong penduduk Gaza.

Kejam! Dua kanak-kanak Palestin maut ditembak di belakang oleh tentera zionis
Kumpulan hak asasi kanak-kanak, Defense for Children mendedahkan mangsa telah ditembak di bahagian belakang.

Mangsa banjir di Pahang meningkat tengah hari ini
Kesemua mangsa ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Semantan, Temerloh sejak Khamis.
AWANI Ringkas: Meninggal dunia serta merta
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Astro Shaw perkenal filem 'survival thriller' pertama Malaysia 'Wantugo'
Filem Wantugo dijangka menemui peminat filem tempatan pada penghujung tahun 2025.

RUU PSB pastikan pembangunan semula yang adil, beri manfaat kepada pemilik hartanah
RUU ini turut memperkenalkan mekanisme bagi pemilik yang tidak bersetuju dengan pembangunan semula.

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.

PEKA harap laporan audit berkenaan isu pembalakan Ulu Tembeling telus
Pasukan audit perhutanan SIRIM digesa agar bersikap adil dan berkecuali dalam mengeluarkan laporan berhubung dakwaan berlakunya pembalakan haram di Ulu Tembeling, Pahang.