KUALA LUMPUR: Pekebun kecil di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak layak menerima bayaran Insentif Pengeluaran Getah (IPG) dari 1 hingga 31 Julai 2023 berdasarkan pengeluaran getah Jun 2023.
Lembaga Getah Malaysia (LGM) dalam satu kenyataan berkata, IPG getah cuplump dan lateks teraktif bagi Jun 2023 di Semenanjung Malaysia ialah 30 sen sekilogram (kg) untuk 50 peratus kandungan getah kering (DRC) dan 60 sen sekilogram untuk 100 peratus DRC.
Bagi Sabah, kadarnya ialah 65 sen sekilogram bagi 50 peratus DRC dan RM1.30 sekilogram bagi 100 peratus DRC, manakala bagi Sarawak kadarnya ialah 60 sen sekilogram bagi 50 peratus DRC dan RM1.20 sekilogram bagi 100 peratus DRC.
Sementara itu, kadar IPG bagi lateks ialah 90 sen sekilogram bagi 100 peratus DRC.
Pada Jun 2023, LGM berkata, purata harga di peringkat ladang untuk getah cuplump ialah RM2.40 sekilogram untuk Semenanjung Malaysia, RM2.05 sekilogram untuk Sabah dan RM2.10 sekilogram untuk Sarawak.
LGM berkata IPG akan diaktifkan jika purata harga bulanan di peringkat ladang bagi getah di peringkat ladang adalah di bawah paras RM2.70 sekilogram mulai Januari 2023.
Kenaikan Paras Harga Pengaktifan (PHP) baharu adalah inisiatif yang dibuat oleh kerajaan dalam Belanjawan 2023. - BERNAMA
Bernama
Sat Jul 01 2023

Kenaikan Paras Harga Pengaktifan (PHP) baharu adalah inisiatif yang dibuat oleh kerajaan dalam Belanjawan 2023. - Gambar fail
Kuda jatuh gaung berjaya diselamatkan
Anggota bomba di daerah Orange, California bertungkus lumus menyelamatkan seekor kuda yang terjatuh ke dalam gaung pada Jumaat.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Lebih 700,000 penyu mendarat di pantai Rushikulya India
Lebih 700,000 ekor penyu spesies Olive Ridley mendarat di pantai Rushikulya yang terletak di timur Odisha, India. Ia rekod terbaharu penetasan penyu atau digelar oleh masyarakat tempatan sebagai fenomena 'Arribada' di pantai itu.
'Indonesia gelap' cerminan tekanan pemerintahan Prabowo
Kepimpinan awal Presiden Prabowo Subianto dalam pentadbiran kerajaan Republik Indonesia menyaksikan penentangan dalam kalangan mahasiswa negara itu. Ia selepas pemotongan bajet terutama melibatkan sektor pendidikan dan kebajikan mahasiswa di negara itu. Salah seorang peserta yang terlibat dalam protes 'Indonesia Gelap' berkata Subianto melakukan keputusan yang buruk dalam pengenalan polisi-polisi kerajaannnya.
Pangkalan data salah laku polis Amerika ditutup
Pangkalan data di seluruh negara yang menjejaki salah laku pegawai polis Amerika Syarikat telah ditutup berikutan arahan Presiden Donald Trump. Menurut notis di laman web Jabatan Kehakiman Amerika, menyatakan Trump telah membatalkan perintah eksekutif yang ditandatangani bekas Presiden Joe Biden menyebabkan Pangkalan Data Akauntabiliti Penguatkuasaan Undang-undang Kebangsaan (NLEAD) dihentikan operasinya.
Pembinaan Gaza dibawah 'pengawasan penuh' negara-negara Arab
Arab Saudi menganjurkan sidang kemuncak peringkat tinggi pada Jumaat bagi membincangkan usaha pembinaan semula Semenanjung Gaza. Pemimpin dari Mesir, Jordan dan negara Teluk menghadiri mesyuarat di Riyadh itu.
Bekas pegawai 1MDB syor siasatan diteruskan
Seorang Pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesyorkan siasatan lanjut diteruskan mengenai ketulenan empat surat derma US$681 juta kepada Datuk Seri Najib Tun Razak yang didakwa diterima daripada keluarga diraja Arab Saudi.
10 Berita Pilihan - (21 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Sabtu – 22 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Kerajaan kutip RM46 juta menerusi nombor pendaftaran istimewa
Kerajaan berjaya mengutip kira-kira RM46 juta menerusi jualan nombor pendaftaran istimewa (NPI) pada tahun lalu.
Kerajaan setuju kaji pemberian geran perkapitan berdasarkan bilangan penduduk
Kerajaan bersetuju untuk mengkaji semula pemberian geran perkapita kepada kerajaan negeri berdasarkan bilangan penduduk di setiap negeri

Penglibatan lebih ramai pemain industri, pekebun kecil tingkat pengeluaran koko negara - Johari
Negara pada masa ini hanya mampu menghasilkan kira-kira 450 tan biji koko setahun, berbanding 300,000 tan setahun sekitar 20 tahun lepas.

FGV, MPOB jalin kerjasama tingkat kebolehkesanan, perkasa pekebun kecil
FGV Holdings Bhd (FGV) dan Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) menjalin kerjasama strategik dengan memeterai memorandum kerjasama (MoC) untuk meningkatkan kebolehkesanan dan memperkasa pekebun kecil.

FGV sifatkan penangguhan EUDR sebagai peluang giatkan usaha kelestarian
FGV Holdings Bhd menyifatkan penangguhan penguatkuasaan EUDR sebagai peluang untuk pihaknya lebih giat melakukan perkara yang perlu dengan kalangan pekebun kecil.

IPG bagi pekebun kecil tidak diaktifkan pada Oktober - LGM
Lembaga Getah Malaysia mengumumkan Insentif Pengeluaran Getah (IPG) getah sekerap dan lateks bagi Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak tidak diaktifkan untuk Oktober 2024.

Kerajaan rangka pelan pulihkan 420,000 hektar tanah getah terbiar
Kerajaan sedang merangka pelan bagi menyatukan dan memulihkan tanah getah agar dapat diusahakan kembali, kata Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Chan Foong Hin.

RISDA sambut baik kolaborasi strategik tangani kebun getah tidak bertoreh
RISDA komited mengadakan jalinan strategik bagi mengaktifkan Program Pemulihan Getah Terbiar mulai tahun ini.

Kerajaan bantu pekebun kecil patuhi tarikh akhir EUDR – Johari
Kata Johari, pelanjutan tarikh itu akan membantu memastikan pekebun kecil dapat mematuhi piawaian global.

Ramai pekebun tak faham, permohonan BUDI Agri-Komoditi masih rendah - Johari
Kerajaan menerima lebih 66,000 permohonan pekebun kecil di seluruh negara bagi program BUDI Agri-Komoditi setakat 20 Sept lepas, dengan 10,000 daripadanya merupakan permohonan rayuan.

Belanjawan 2025: KPK perlu RM10 juta 'perangi' ulat bungkus
Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) memohon peruntukan khas sebanyak RM10 juta khusus bagi memerangi masalah ulat bungkus yang menyerang pekebun kecil sawit menerusi Belanjawan 2025.

Lembaga Getah Malaysia aktifkan insentif getah Ogos bagi Sabah, Sarawak
Pekebun kecil di Sabah dan Sarawak layak menerima bayaran IPG mulai 1 hingga 30 Sept 2024 berdasarkan pengeluaran getah pada Ogos 2024.