KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menafikan satu pekeliling tular yang mengarahkan warganya termasuk pelajar untuk menonton filem Anwar: The Untold Story.
Menerusi muat naik di laman Facebook rasminya, KPM turut meminta orang ramai supaya semak kesahihan sesuatu maklumat sebelum menyebarkannya.
“KPM tidak pernah mengeluarkan sebarang arahan penganjuran tayangan filem seperti yang ditularkan.
“Semak kesahihan maklumat, tidak pasti jangan kongsi,” memetik kenyataan tersebut.
Dalam pada itu, Menterinya, Fadhlina Sidek ketika dihubungi Astro AWANI memaklumkan bahawa satu laporan polis telah dibuat susulan penyebaran pekeliling palsu berkenaan.
“Surat tersebut adalah palsu. Pihak KPM telah membuat laporan polis dan perkara ini sedang disiasat.
“Ini merupakan satu kesalahan yang besar kerana menyalahgunakan lambang rasmi kerajaan dan nama Ketua Pengarah,” katanya.
Pekeliling palsu tersebut yang ditujukan kepada semua ketua bahagian dan ketua pengarah pendidikan negeri yang menyatakan bahawa Fadhlina meminta warga KPM menonton filem tersebut.
Antara lain ia bertujuan untuk membuka ruang bagi warga KPM dan murid untuk memahami erti dan konsep Malaysia Madani.
Harits Asyraf Hasnan
Mon May 29 2023

Menurut Fadhlina, tindakan merupakan satu kesalahan yang besar kerana menyalahgunakan lambang rasmi kerajaan dan nama Ketua Pengarah.

Lesen syarikat umrah Hejira Travel and Tours digantung - MOTAC
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) menggantung lesen Syarikat Umrah Hejira Travel and Tours Holding Sdn Bhd.

60 rakyat Malaysia diselamatkan daripada sindiket penipuan pekerjaan di Kemboja
Operasi penyelamatan itu menyasarkan tempat-tempat yang terlibat dengan penipuan dalam talian di Poipet, berhampiran sempadan Kemboja-Thailand.

Pertumbuhan Malaysia kekal di atas trend 4.5 peratus, dipacu pelaburan, penggunaan - UBS
Ahli Ekonomi Kanan ASEAN dan Asia UBS bank berkenaan Grace Lim berkata pertumbuhan eksport juga dijangka kekal positif.
Thailand, China, Myanmar kerjaasma tangani jenayah rentas sempadan
Thailand akan mengadakan perbincangan tiga pihak bersama China dan Myanmar untuk menangani jenayah rentas sempadan.

Ahli perniagaan didakwa bunuh isteri
Seorang ahli perniagaan didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh isterinya di sebuah rumah di Sungai Long, dekat sini, minggu lepas.
Pemukiman Menteri Ekonomi fokus pengukuhan integrasi dagangan
Pengukuhan integrasi ekonomi serantau menjadi agenda utama Pemukiman Menteri-Menteri Ekonomi ASEAN tahun ini.
Meta Platforms dilapor bangunkan projek bernilai 200 bilion dolar
Meta Platforms dalam perbincangan membangunkan pusat data baharu bagi projek kecerdasan buatannya bernilai lebih 200 bilion Dolar.
Japan Post rancang jual pegangan dalam Japan Post Bank
Japan Post Holdings merancang menjual sahamnya dalam Japan Post Bank dianggarkan berjumlah kira-kira 600 bilion Yen bersamaan 4.02 bilion dolar Amerika.

Kes bunuh penyanyi: Bedah siasat temui 14 kesan tikaman, termasuk 5 di dada
Polis mengesahkan terdapat 14 kesan tikaman, termasuk satu yang menembusi pembuluh darah utama, pada mayat penyanyi sambilan yang dipercayai dibunuh oleh teman lelakinya di Melaka.
Pasaran harta tanah 2024 rekod prestasi luar biasa
Pasaran harta tanah pada 2024 merekodkan prestasi luar biasa dengan bilangan dan nilai transaksi harta tanah mencecah rekod tertinggi sepanjang tempoh sedekad.

Pekeliling palsu arah pelajar tonton Anwar: The Untold Story, KPM buat laporan polis - Fadhlina
Kementerian Pendidikan Malaysia menafikan satu pekeliling tular yang mengarahkan warganya termasuk pelajar untuk menonton filem Anwar: The Untold Story.

KKD siasat dakwaan filem Anwar: The Untold Story disabotaj
Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) akan menyiasat dakwaan berhubung filem Anwar: The Untold Story yang mula ditayangkan pada Khamis lalu, disabotaj.

Pengedar dakwa filem Anwar: The Untold Story disabotaj pawagam
Produksi filem Anwar: The Untold Story kecewa dengan sesetengah pawagam enggan memberi sokongan terhadap tayangan naskhah biopik Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Siti Nurhaliza sudah rakam 7 lagu untuk album baharu, konsert solo tahun depan
Siti Nurhaliza memberikan khabar gembira buat peminatnya, Sitizoners dan penggemar muzik apabila memberitahu siap untuk muncul dengan album baharu.

Fahmi ajak orang ramai tonton filem 'Anwar: The Untold Story'
Fahmi berkata secara peribadi beliau berasa sebak melihat paparan perjalanan hidup Anwar yang dipertontonkan dalam filem tersebut.

Perdana Menteri dijangka hadir tayangan 'Anwar, The Untold Story'
Anwar akan menonton filem tersebut bersama 258 tetamu VIP yang terdiri daripada penggiat industri hiburan, tokoh politik dan selebriti.

"Saya Gambarkan Wan Azizah" - Siti Nurhaliza teruja nyanyi lagu OST filem Anwar The Untold Story
Menurut Siti, dia juga sudah lama mahu bekerjasama dan menyanyikan lagu ciptaan komposer hebat dari seberang itu.

Anwar sebak tonton petikan filem "Anwar: The Untold Story"
Beliau dan isteri kelihatan tidak mampu menahan sedih apabila babak-babak episod duka membabitkan Presiden PKR itu ditayangkan dalam treler filem tersebut.

Farid Kamil ambil masa sebulan belajar angkat tangan macam Anwar
Farid Kamil yang memegang watak Anwar berkata, persiapan tersebut dilakukan sebaik mungkin sebelum dia berangkat ke Jakarta, Indonesia untuk penggambaran.