MANJUNG: Seorang pekerja binaan maut ketika mendapat rawatan di Hospital Seri Manjung selepas terjatuh dari tempat tinggi di sebuah tapak projek pembinaan kilang sarung tangan di sini, pada Rabu.
Mangsa, Mohamamad Shah Madikom, 44 tahun, disahkan meninggal dunia kira-kira 11.15 pagi, dua jam selepas dikatakan terjatuh dari ketinggian 10.5 meter.
Pengarah Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Perak, Ir Zamzurin Maarof berkata, susulan daripada itu, pihaknya telah menghantar sepasukan pegawai penyiasat semalam untuk menjalankan siasatan terhadap kes kemalangan tersebut.
Siasatan awal mendapati mangsa yang bekerja sebagai pekerja binaan sedang menjalankan aktiviti merombak kepingan bumbung.
“Mangsa naik ke atas bumbung dengan menggunakan ‘skylift’.
“Semasa mangsa berada di atas, mangsa terpijak kepingan bumbung lutsinar yang menyebabkan mangsa jatuh dari ketinggian 10.5 meter ke atas permukaan berbatu,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Mangsa yang mengalami kecederaan parah telah dibawa ke Hospital Seri Manjung dan disahkan meninggal dunia lebih kurang jam 11.15 pagi.
Ir Zamzurin berkata, pihaknya telah mengarahkan semua aktiviti bekerja tempat tinggi di tapak pembinaan tersebut dihentikan dengan serta-merta.
Di samping itu, katanya, JKKP Perak turut mengarahkan majikan untuk menambahbaik penaksiran risiko dan prosedur kerja selamat bagi kerja merombak kepingan bumbung di tempat tinggi.
Beliau menegaskan, JKKP Perak akan mengambil tindakan perundangan ke atas pihak yang bertanggungjawab sekiranya terdapat pelanggaran di bawah peruntukan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994.
“Majikan bertanggungjawab untuk mengenalpasti bahaya-bahaya di tempat kerja, membuat analisa risiko dan seterusnya mengadakan kawalan risiko yang berkesan sebelum pekerja menjalankan aktiviti kerja,” tambahnya.
Menurutnya, kejadian seumpama itu boleh dielakkan jika majikan melaksanakan penaksiran dan kawalan risiko yang komprehensif mengikut kaedah yang dinyatakan dalam Garis Panduan bagi Pengenalpastian Hazard, Penaksiran Risiko dan Kawalan Risiko (HIRARC).
Selain itu, katanya, majikan boleh merujuk kepada Garispanduan Pencegahan Jatuh di Tempat Kerja yang telah dikeluarkan oleh JKKP pada tahun 2007.
Abd Razak Mohd Ali
Thu Jul 08 2021
Siasatan awal mendapati mangsa yang bekerja sebagai pekerja binaan sedang menjalankan aktiviti merombak kepingan bumbung. - Foto ihsan JKKP Perak
Tumpuan Sabtu – 1 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Bank perluas bantuan kepada pelanggan terjejas banjir di Sabah dan Sarawak
Terdapat bank-bank yang menangguhkan ansuran bulanan untuk pinjaman dan pembiayaan sehingga enam bulan untuk kemudahan seperti kad kredit.
Kanak-kanak lapan tahun ditemukan lemas
Seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun ditemukan lemas di Pantai Kampung Kandis berdekatan Villa Danialla Beach Resort, Bachok, 7.30 malam tadi.
Malaysia diiktiraf lima negara utama aktif wakaf al-Quran peringkat global
Malaysia kini diiktiraf sebagai antara lima negara utama yang aktif dalam wakaf al-Quran peringkat global, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Mangsa banjir di Sarawak dan Sabah terus meningkat
Situasi banjir di Sarawak dan Sabah masih membimbangkan dengan bilangan mangsa di pusat pemindahan sementara (PPS) dilaporkan terus meningkat, setakat 8 malam ini.
CMCF anjur rundingan awam garis panduan kandungan berkaitan bunuh diri
CMCF mengumumkan pelaksanaan perundingan awam di seluruh negara mengenai Garis Panduan Pelaporan dan Perkongsian Kandungan Berkaitan Bunuh Diri.
Kertas siasatan kes guru pukul murid telah lengkap
Polis telah melengkapkan kertas siasatan berhubung dakwaan seorang murid sebuah sekolah rendah di Bagan Serai mengalami kecederaan akibat dipukul guru seperti yang tular di media sosial.
Filem MONEY GAME$ catat rekod, kutip RM2.76 juta
Kejayaan ini mengatasi kutipan filem-filem lain dalam musim perayaan yang sama, menjadikan MONEY GAME$ sebagai filem paling popular.
10 Berita Pilihan - (31 Januari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Sembilan notis dikeluarkan MBSA kepada taman tema terkenal
Jabatan Korporat dan Perhubungan Awam MBSA dalam kenyataan memaklumkan ini termasuk tiga notis amaran pada 14 Nov 2024 dan satu notis amaran pada 19 Jan lepas.
Terengganu rekod 10 kes strok haba, kelesuan haba sepanjang April
Sebanyak 10 kes strok haba dan kelesuan haba direkodkan berlaku di Terengganu sepanjang April lalu membabitkan kumpulan berisiko terutama buruh ladang dan pekerja binaan.
Lif terhempas, empat maut di Uttar Pradesh
Sekurang-kurangnya empat orang pekerja binaan terbunuh manakala beberapa lagi cedera selepas sebuah lif terhempas di dalam sebuah bangunan dalam pembinaan di Uttar Pradesh pada Jumaat, lapor Xinhua.
Pekerja binaan warga asing tinggal di bangunan sekolah terbiar - Polis
Ketika pegawai penyiasatnya hadir ke kawasan berkenaan, ia didapati telah dikosongkan dan tidak berpenghuni.
Pekerja pembinaan maut tertimbus runtuhan konkrit
Anggota bomba bertindak memotong dan memecahkan besi konkrit bagi mengeluarkan mangsa yang tertimbus di bawah runtuhan.
Tiada masalah ambil pekerja negara lain tapi percepatkan proses kemasukan pekerja asing - Pemain industri
Isu pokok yang harus diselesaikan pada waktu ini adalah menyegerakan kemasukan pekerja asing kerana selagi tiada kemasukan, selagi itu ia akan membebankan pemain industri.
Bekerja dalam keadaan cuaca buruk, majikan boleh diambil tindakan
Hujan lebat diikuti ribut petir dan banjir kilat akibat ketidaktentuan cuaca bukan sahaja menjejaskan kerja di lapangan termasuk tapak binaan tetapi juga mencetuskan risiko keselamatan pekerja.
Pekerja binaan warga Bangladesh maut dihempap besi
Mangsa yang tidak sedarkan diri dibawa ke Klinik Kesihatan Lukut untuk pemeriksaan lanjut, namun disahkan meninggal dunia di situ.
Fasa 2 Program Vaksinasi Industri Pembinaan bermula 5 Ogos - Fadillah
Pendaftaran telah dibuka pada 12 Julai lepas dengan sebanyak 30,000 slot diperuntukkan untuk Pulau Pinang dan 25,000 slot untuk Johor.
Pekerja binaan patah kaki, struktur rumah sedang diubah suai runtuh
Mangsa dipercayai berada di atas bahagian siling ketika kerja-kerja pengubahsuaian dilakukan.
Pekerja binaan maut terjatuh dari ketinggian 10.5 meter
Seorang pekerja binaan maut ketika mendapat rawatan di Hospital Seri Manjung selepas terjatuh dari tempat tinggi.