KENINGAU: Seorang tukang cuci kenderaan maut selepas dipercayai dipukul oleh rakan sekerjanya dalam kejadian di sebuah kedai mencuci kereta di Jalan Apin-apin, di sini pada Ahad lalu.
Dalam kejadian kira-kira jam 10 pagi itu, mangsa lelaki berusia 52 tahun yang merupakan orang bebas berlesen (OBB) dikatakan tidak sedarkan diri sebelum disahkan meninggal dunia.
Ketua Polis Daerah Keningau, Superintenden Yampil Anak Garai berkata, Pegawai Parol Daerah Keningau telah menerima panggilan daripada majikan mangsa pada jam 10.21 pagi yang memaklumkan OBB di bawah seliaan Pejabat Parol Keningau tidak sedarkan diri disyaki terjatuh ketika dalam perjalanan ke Hospital Keningau.
"Pada hari yang sama kira-kira jam 11.08 pagi, pegawai tersebut telah dimaklumkan oleh Unit Kecemasan Hospital Keningau bahawa mangsa disahkan meninggal dunia.
"Siasatan awal kes ini diklasifikasikan sebagai mati mengejut mengikut laporan awal mangsa terjatuh disebabkan suspek cuba menyembunyikan fakta kejadian sebenar," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Rabu.
Bagaimanapun, Yampil berkata, hasil siasatan lanjut, terdapat dua individu menyaksikan kejadian tersebut iaitu membabitkan seorang pekerja kafe dan anak kepada pemilik premis mencuci kereta.
"Siasatan lanjut mendapati, suspek dan mangsa merupakan OBB yang masih menjalani hukuman penjara dan juga rakan sekerja yang tinggal di tempat sama sejak empat bulan lalu.
"Bagaimanapun, suspek berasa tidak berpuas hati dengan mangsa kerana malas bekerja dan sering bertengkar mulut.
"Hasil pemeriksaan pada mayat mangsa mendapati terdapat kesan lebam pada bahagian belakang kepala yang belum dipastikan puncanya dan juga kesan retak pada tengkorak yang menyebabkan pendarahan dalaman otak," katanya.
Susulan daripada itu, Yampil berkata, satu tangkapan telah dibuat terhadap suspek berusia 30 tahun dan rampasan barangan dipercayai digunakan dalam kes tersebut.
"Antara objek yang dirampas iaitu penyodok tanah dipercayai sebagai senjata yang digunakan suspek dan kayu besbol dipercayai untuk mengacah sebelum kejadian tersebut serta satu kad memori rakaman video litar tertutup (CCTV).
"Kes disiasat bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Wed Dec 27 2023

Hasil pemeriksaan pada mayat mangsa mendapati terdapat kesan lebam pada bahagian belakang kepala yang belum dipastikan puncanya. - Gambar hiasan
Memasuki tahun ke-3, bukan lagi membiasakan diri
Ketika kerajaan memasuki tahun ketiga pentadbiran, cabaran utama bukan lagi untuk membiasakan diri dengan peranan dalam kabinet, sebaliknya, Prof Datuk Dr Sivamurugan Pandian berpendapat, ia lebih kepada bagaimana setiap kementerian dan agensi dapat menonjolkan pencapaian yang boleh dirasai rakyat.
Thaksin Shinawatra lawat tiga wilayah selatan Thailand
Thaksin berkata, lawatan itu susulan perbincangan beliau dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini.

Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Pasukan pendudukan Israel telah memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.

KPKT bentang 12 komitmen untuk kesejahteraan rakyat
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah membentangkan 12 komitmen untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat sempena Permukiman Jemaah Menteri Kerajaan MADANI yang berlangsung semalam.
AWANI Ringkas: Dua platform jualan dalam talian diarah turunkan iklan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

PRK DUN Ayer Kuning: Ahmad Zahid harap SPR ambil kira Ramadan
Ahmad Zahid berkata pihaknya berpendapat tidak perlu tergesa-gesa mengadakan pilihan raya kecil itu memandangkan ketibaan Ramadan.

Turkiye di kedudukan ke-11 dunia dalam eksport industri pertahanan - Erdogan
Erdogan berkata negara itu berada di ambang transformasi besar dan kejayaan ekonomi yang memberangsangkan.

Polis Perak berkas 15 ahli sindiket tawar pekerjaan tidak wujud
Polis menahan 13 warga China terdiri daripada 12 lelaki dan seorang wanita berusia antara 26 hingga 41 tahun.

Laluan udara baharu hubungkan Xi'an dengan Malaysia
Perkhidmatan penerbangan harian baharu yang menghubungkan Xi'an, China dengan Kuala Lumpur dibuka secara rasmi pada Ahad.
AWANI 7:45 [23/2/2025] – Reman Tiga Dan Lima Hari | Tekanan Darah Turun Dan Naik | SPRM Bebas Ambil Tindakan | 48,329 Kematian
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Irfan Faruqi
Tumpuan #AWANI745 malam ini
- SPRM tahan empat pegawai Ismail Sabri, termasuk dua bergelar Datuk
- Ismail Sabri masih dalam pemantauan rapi.
- PM nafi dakwaan dendam, tidak campur urusan SPRM
- Kematian penduduk Palestin meningkat walaupun tempoh gencatan senjata
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews
Tumpuan #AWANI745 malam ini
- SPRM tahan empat pegawai Ismail Sabri, termasuk dua bergelar Datuk
- Ismail Sabri masih dalam pemantauan rapi.
- PM nafi dakwaan dendam, tidak campur urusan SPRM
- Kematian penduduk Palestin meningkat walaupun tempoh gencatan senjata
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews

Pekerja cuci kereta maut dipukul rakan sekerja
Hasil pemeriksaan pada mayat mangsa mendapati terdapat kesan lebam pada bahagian belakang kepala.