KUANTAN: Seorang pekerja warga asing maut selepas cedera parah akibat pergaduhan di sebuah kebun sayur di Lebu, Bentong awal pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Bentong Superintenden Zaiham Mohd Kahar berkata mangsa yang berusia 27 tahun disahkan meninggal dunia di Hospital Bentong pada 5.40 pagi, kira-kira tiga jam selepas pergaduhan berlaku.
"Susulan kejadian, polis menahan seorang lagi pekerja kebun juga warganegara asing berusia 26 tahun di kebun tersebut bagi membantu siasatan.
"Selain itu, polis merampas sebilah pisau berukuran 12 inci yang dipercayai digunakan dalam kejadian itu," menurutnya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata suspek kini ditahan reman sehingga 23 Ogos bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.
Bagaimanapun, punca pergaduhan belum dapat dipastikan dan mayat mangsa dihantar ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah di Temerloh untuk bedah siasat.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Aug 17 2022
Polis berkata mangsa yang berusia 27 tahun disahkan meninggal dunia di Hospital Bentong pada 5.40 pagi, kira-kira tiga jam selepas pergaduhan berlaku. - Gambar hiasan
Tiga pekerja restoran pengsan terhidu gas bocor
Tiga pekerja sebuah restoran dikejarkan ke hospital selepas pengsan terhidu gas bocor di premis berkenaan di sini hari ini.
"Tertanya-tanya, perlu faham kenapa Malaysia ranking ke-132 dunia" - Friend
CEO Harimau Malaya, Rob Friend, sedia membantu dan berkongsi falsafah serta ilmu pengetahuannya supaya dapat mengangkat bola sepak negara ke persada tertinggi dunia.
AWANI Ringkas: Hubungan perdagangan Malaysia-UK
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
IOC tangani isu pingat lusuh, pemenang Olimpik Paris terima ganti
IOC telah menjawab kepada permasalahan yang melibatkan pemulangan semula lebih daripada 100 pingat Sukan Olimpik Paris 2024, baru-baru ini.
Peniaga mengeluh kedai tidak dikunjungi kerana hakisan
Empat sekeluarga berdepan detik ngeri selepas syurga tempat mereka berteduh dari hujan dan panas lebih 30 tahun tewas dipukul ombak besar.
Hos AI Google NotebookLM diajar untuk tidak benci manusia
Google perlu melatih hos AI dengan "friendliness tuning" yang sesuai untuk menjadi lebih mesra seakan kawan.
Pantau Belanjawan: Sistem penjagaan kesihatan: Pesakit semakin 'sakit'
Peningkatan kos penjagaan kesihatan Malaysia yang lebih tinggi daripada purata dunia memerlukan tindakan segera. Dalam segmen ini, kita akan berbincang mengenai bagaimana kerjasama antara kerajaan, sektor swasta, dan masyarakat boleh memastikan sistem kesihatan yang adil dan berdaya saing bersama Ketua Pegawai Eksekutif, Angsana Health, Dr Khor Swee Kheng.
Pelakon Bollywood Saif Ali Khan cedera ditikam penceroboh di kediamannya
Dia mengalami luka tikaman yang serius, termasuk satu yang hampir mengenai tulang belakangnya.
Penglihatan murid: Kaca mata percuma bantu ketajaman penglihatan pelajar
Bagi menangani masalah tersebut, KKM bekerjasama bersama badan terlibat untuk melaksanakan projek rintis pengesahan masalah ketajaman penglihatan dan pemberian kaca mata percuma.
Ribut petir, hujan lebat di 4 negeri hingga tengah hari
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di empat negeri sehingga 12 tengah hari Khamis.
Tiga warga Bangladesh maut akibat nahas jalan raya
Tiga warga Bangladesh maut manakala seorang cedera selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) dinaiki mereka terbabas akibat tayar pecah.
Pekerja kebun warga asing maut dalam pergaduhan
Seorang pekerja warga asing maut selepas cedera parah akibat pergaduhan di sebuah kebun sayur di Lebu, Bentong awal pagi tadi.
Pekerja kebun maut digilis jentolak
Mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian badan dan kepala, sebelum disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
Hidu bau busuk dalam kebun, jumpa mayat berulat
Mayat tidak beridentiti itu ditemukan tidak memakai baju dan hanya memakai seluar, malah tiada sebarang senjata atau barang lain yang dijumpai.
Pekerja kebun terkena peluru sesat di leher
Mangsa Muhammad Safwan Abu Jaapan kini berada dalam keadaan stabil dan telah dirujuk ke Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini, untuk mengeluarkan serpihan, disyaki peluru penabur di leher.
Doktor gigi hilang ditemui selamat selepas tersesat 24 jam di Gunung Yong Belar
Demikian pengalaman Dr Muhammad Iqbal Arifin, 29, yang sesat selama lebih 24 jam selepas mendaki Gunung Yong Belar, Lojing di Gua Musang pada Sabtu.