BERA: Seorang pekerja kilang maut selepas motosikal ditungganginya bertembung dengan sebuah lori di Kilometer (KM) 35 Jalan Temerloh Bahau di sini pada Sabtu.
Dalam kejadian jam 9.39 pagi itu, mangsa yang dikenali sebagai Muhammad Faris Halimin Azlin, 22, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.
Ketua Polis Daerah Bera, Superintenden Zulkiflee Nazir memberitahu, kejadian melibatkan motosikal jenis Yamaha Y15ZR dengan lori jenis Rigid-Kargo.
Menurutnya, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila lori yang dipandu lelaki berusia 67 tahun dari arah Temerloh ke Triang mahu mengisi minyak diesel.
"Apabila tiba di lokasi kejadian lori itu dipercayai cuba memasuki simpang di sebelah kanan.
"Motosikal ditunggangi mangsa dari arah Kemayan menghala Temerloh berlanggar dengan lori terbabit di depan simpang jalan lama Triang Bahau," kata beliau dalam kenyataan pada Sabtu.
Ujar beliau, penunggang tercampak bersama motosikalnya dan akibat daripada kemalangan tersebut mangsa maut manakala pemandu lori tidak mengalami sebarang kecederaan.
Tambah Zulkiflee, kemalangan dipercayai berpunca daripada kecuaian pemandu lori. -- Sinar Harian
Sinar Harian
Sat Jul 15 2023

Kemalangan melibatkan sebuah motosikal dan lori yang meragut nyawa seorang pekerja kilang di KM35 Jalan Temerloh Bahau pada Sabtu. - Foto ihsan PDRM

KPDN perketat pemeriksaan harga, usaha tangani pencatutan sempena Ramadan
Ia bagi memastikan peniaga tidak mengambil kesempatan mencatut atau membuat kenaikan harga yang tidak selaras dengan perundangan pencatutan.

Lantikan pegawai khas untuk lancarkan proses pentadbiran kerajaan - MB Perak
Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad berkata pelantikan Pegawai Khas Menteri Besar di 26 kawasan yang diwakili pembangkang di negeri itu, bertujuan untuk melancarkan tugas dan tanggungjawab

Kanak-kanak OKU didera: Taska didapati beroperasi tidak ikut peraturan
Pemeriksaan awal mendapati premis terbabit didaftarkan sebagai tadika dan tidak dibenarkan beroperasi sebagai taska serta menerima kanak-kanak berumur empat tahun ke bawah.
Bazar Ramadan MPAJ bermula 27 Februari
Bazar Ramadan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) akan beroperasi lebih awal iaitu bermula 27 Februari ini.
Ismail Sabri dalam keadaan stabil
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ismail Sabri Yaakob dikejarkan ke pusat perubatan swasta pada tengah malam tadi.
Perkara ini disahkan oleh anak beliau, Nina Sabrina Ismail Sabri yang memaklumkan, bapanya kini berada dalam keadaan stabil.
Perkara ini disahkan oleh anak beliau, Nina Sabrina Ismail Sabri yang memaklumkan, bapanya kini berada dalam keadaan stabil.

Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula - Loke
Loke memaklumkan antara langkah diambil Prasarana bagi mengelakkan kejadian sebegini berulang.

Aksi final Piala Malaysia pada 12 April di SNBJ - MFL
Tarikh ini dipilih selepas mengambil kira kesesuaian kalendar Liga Malaysia dan penglibatan JDT dalam Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE), serta ketersediaan venue SNBJ.
AWANI Ringkas: Barangan basah hadapi masalah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Provokasi AS semakin serius di bawah kepimpinan Trump - Pyongyang
Kementerian Pertahanan Korea Utara mendakwa provokasi ketenteraan oleh Amerika Syarikat dan sekutunya semakin serius di bawah pentadbiran Donald Trump.
Dua kanak-kanak Palestin maut ditembak di belakang
Defense for Children menjelaskan kedua-dua kanak-kanak itu disasarkan secara tiba-tiba dan tanpa amaran dari arah belakang oleh tentera zionis yang berada dalam kenderaan berperisai.

Pekerja kilang maut, kereta berpusing sebelum terbakar
Seorang pekerja kilang maut selepas kereta dipandu terbabit nahas melibatkan tiga kenderaan di Kilometer 44, Jalan Kuantan-Kemaman di Kuantan pada Sabtu.

Dua pekerja kilang maut motosikal bertembung
Kemalangan dipercayai berlaku apabila penunggang Yamaha Ego Solariz yang sedang menuruni jalan yang berbukit hilang kawalan lalu memasuki laluan bertentangan.

Pekerja kilang maut, lima cedera dalam nahas
Seorang pekerja kilang maut selepas SUV dipandunya dilanggar sebuah kereta di Jalan Permas, Tanjung Bin dekat Pontian malam tadi.

Pekerja kilang maut, motosikal bertembung lori
Seorang pekerja kilang maut selepas motosikal ditungganginya bertembung dengan sebuah lori di Kilometer 35 Jalan Temerloh Bahau di Bera.

Lelaki Bangladesh maut dalam mesin pengisar
Anggota bomba dari BBP Rawang mendapati mangsa berada dalam keadaan tidak sedarkan diri dalam mesin pengisar tersebut.

Dua pekerja maut, kilang percetakan terbakar
Kejadian yang berlaku pada jam 4.14 pagi itu melibatkan sebuah kilang percetakan berkeluasan 60x80 kaki persegi.

Pekerja kilang maut kemalangan dalam perjalanan pulang ke rumah
Kejadian berlaku apabila motosikal ditunggangi mangsa cuba memotong sebuah kereta sebelum bertembung dengan sebuah lagi motosikal.

Pekerja kilang maut rempuh Hyundai Matrix
Kejadian berlaku apabila pemandu Hyundai Matrix baru sahaja selesai mengambil anak-anaknya di SRA Assam Jawa.

Pekerja kilang maut, motosikal terbabas
Mangsa menunggang motosikal seorang diri dan apabila sampai di tempat kejadian, motosikalnya dipercayai hilang kawalan dan terbabas ke arah tepi jalan sebelah kiri.

Kebocoran gas ammonia di Manila: Dua pekerja kilang maut, lebih 90 dibawa ke hospital
Kebocoran gas itu dipercayai berpunca daripada penghawa dingin kilang terbabit.