JOHOR BAHRU: Seorang pekerja kilang berputih mata selepas terperdaya dengan skim pelaburan tidak wujud sehingga mengakibatkan kerugian sebanyak RM87,400.90.
Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri ACP Rahmat Ariffin berkata lelaki berusia 40-an itu telah menyertai skim pelaburan saham menerusi satu kumpulan WhatsApp iaitu 'Kem Latihan Amali Untung Stabil Pasaran Saham' pada 4 Mei lepas.
Beliau berkata selepas sebulan menyertai kumpulan itu, mangsa diberitahu bahawa keuntungan pelaburannya telah bertambah sebanyak RM180,000 dan kemudiannya mahu mengeluarkan kesemua keuntungan tersebut, namun diarahkan untuk membayar cukai sebanyak RM24,000.90.
"Bagaimanapun, mangsa menyedari telah ditipu semalam, selepas dia tidak dapat menghubungi individu terbabit dan dikeluarkan daripada kumpulan berkenaan setelah bayaran dibuat, yang mana sebelum ini mereka hanya berhubungan melalui aplikasi tersebut," katanya dalam kenyataan hari ini.
Kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan Rahmat menasihati orang ramai agar berwaspada dengan skim pelaburan yang menjanjikan keuntungan lumayan.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jul 05 2023

Selepas sebulan menyertai kumpulan itu, mangsa diberitahu keuntungan pelaburannya bertambah RM180,000 namun diarahkan untuk membayar cukai sebanyak RM24,000.90. -Gambar hiasan
Bergolak lagi, Trump kini salahkan Rusia ceroboh Ukraine
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump sekali lagi mengeluarkan kenyataan berdolak dalik dan berpaling tadah apabila menyalahkan Rusia menyerang Ukraine dalam peperangan antara kedua negara. Kenyataan itu dinyatakan oleh Trump tidak lama selepas beliau menyelar Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskiy sebagai 'diktator' .
Korea Selatan bantah tuntutan Jepun ke atas Pulau Dokdo
Korea Selatan pada Sabtu membantah tuntutan berulang kali Jepun terhadap pulau kecil yang terletak di tengah-tengah antara kedua-dua negara, dikenali sebagai Dokdo oleh Korea Selatan dan Takeshima oleh Jepun.

Jenazah Allahyarham Ishsam akan dibawa balik ke Ipoh selepas bedah siasat
Jenazah ADUN Ayer Kuning Ishsam Shahruddin akan dibawa pulang ke rumahnya di Desa Seri Ampang, Ipoh, selepas selesai urusan bedah siasat.
Kerajaan peruntuk RM869 juta untuk RMT tahun ini - Wong
Sejumlah RM869 juta diperuntukkan kerajaan untuk program Rancangan Makanan Tambahan (RMT) tahun ini bagi membantu pelajar yang tergolong dalam kategori miskin tegar.
PM akui prestasi Kabinet tidak sempurna
Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui prestasinya ahli Kabinet tidak begitu sempurna dan masih mempunyai ruang untuk penambahbaikan.
Rasuah: Dua anggota penguat kuasa Pulau Pinang direman lima hari
Dua anggota penguat kuasa negeri ini direman lima hari kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM3,000 bagi menutup kes siasatan melibatkan kesalahan dadah.
Polis Pulau Pinang sahkan ADUN Ayer Kuning meninggal dunia petang tadi
ADUN Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, 59, meninggal dunia setelah tidak sedarkan diri selepas perlawanan bola sepak persahabatan di Stadium Bandaraya di George Town, Pulau Pinang pada Sabtu.

Isu peruntukan pembangkang: Tidak pernah ada syarat perlu sokong saya - PM Anwar
Anwar berkata tidak pernah ada sebarang syarat yang menetapkan Ahli Parlimen pembangkang perlu menyokong beliau bagi mendapatkan peruntukan.

Rasuah: Dua anggota penguat kuasa Pulau Pinang direman lima hari
Dua anggota penguat kuasa negeri Pulau Pinang direman lima hari kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM3,000 bagi menutup kes siasatan melibatkan kesalahan dadah.

Malaysia buka jalur baharu dengan negara berkembang, perluas skop dagangan negara - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata perubahan dalam landskap geopolitik dunia pada masa ini memerlukan penyesuaian dalam strategi perhubungan antarabangsa.

Pegawai bank, eksekutif jualan rugi RM2.33 juta terperdaya skim pelaburan tidak wujud
Seorang pegawai bank lelaki dan seorang eksekutif jualan wanita kerugian lebih RM2.33 juta selepas terpredaya dengan skim pelaburan tidak wujud.

Tujuh didakwa tawar pelaburan tidak wujud secara dalam talian
Pertuduhan mengikut Seksyen 120B(2) Kanun Keseksaan memperuntukkan hukuman penjara maksimum enam bulan atau denda atau kedua-duanya.

Pengurus ladang rugi lebih RM200,000 ditipu skim pelaburan tidak wujud
Lelaki berusia 56 tahun itu telah menyertai pelaburan Goldencrimson yang diiklankan di laman sosial.

Pekebun rugi RM120,000 terperdaya pelaburan tidak wujud
Lelaki berusia 51 tahun itu tertarik dengan pelaburan yang diiklankan di laman Facebook, yang menjanjikan keuntungan sebanyak 80 peratus kepada peserta, manakala bakinya menjadi milik syarikat.

Kontraktor rugi RM260,000 ditipu skim pelaburan tidak wujud
Seorang kontraktor mengalami kerugian RM260,000 selepas diperdaya skim pelaburan tidak wujud menerusi aplikasi WhatsApp.

Suri rumah rugi lebih RM140,000 ditipu pelaburan tidak wujud
Mangsa mula menyedari ditipu setelah gagal mengeluarkan wang keuntungan pelaburan berkenaan.

Pesara rugi lebih RM200,000 terperdaya skim pelaburan tidak wujud
Siasatan awal mendapati wanita itu berminat dengan tawaran menarik melalui skim pelaburan terbabit yang menjanjikan keuntungan 8,000 peratus daripada jumlah pelaburan.

Kerani rugi RM109,540 terperdaya pelaburan tidak wujud
Seorang kerani wanita sebuah syarikat swasta mengalami kerugian RM109,540 selepas terpedaya dengan skim pelaburan tidak wujud dalam talian.

Ahli fisioterapi rugi lebih RM234,000 angkara pelaburan tidak wujud
Seorang ahli fisioterapi kerugian lebih RM234,000 selepas terperdaya dengan skim pelaburan tidak wujud menerusi media sosial.

Pekerja kilang rugi lebih RM87,000 terperdaya pelaburan tidak wujud
Selepas sebulan menyertai kumpulan itu, mangsa diberitahu keuntungan pelaburannya bertambah RM180,000 namun diarahkan untuk membayar cukai sebanyak RM24,000.90.