GEORGE TOWN: Seorang pekerja kontrak mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Khamis atas pertuduhan cubaan membunuh seorang anggota polis.
Tertuduh, S Ramesh, 33, membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Mohammad Khalid Ab Karim.
Pertuduhan dibacakan dalam bahasa Melayu oleh Timbalan Pendakwa Raya, Lim Jin Hong.
Mengikut pertuduhan, dia didakwa melakukan cubaan membunuh dengan mendatangkan kecederaan pada anggota polis, Lans Koperal Mohamad Azril Syamil Mohamad Hanafi.
Kesalahan itu dilakukan di sebuah rumah di Lebuh Thean Teik di sini pada jam 12.15 tengah malam, 1 Mac lalu.
Dalam pendakwaannya, Jin Hong tidak menawarkan sebarang jaminan kerana kes tersebut diklasifikasikan sebagai kes serius.
Tertuduh kemudiannya memohon mahkamah agar memberi jaminan yang rendah kepadanya berikutan hanya bekerja sebagai pekerja kontrak dengan gaji bulanan RM1,300.
Dia bagaimanapun tidak mempunyai tanggungan selain belum berkahwin.
Dalam pada itu, Mohammad Khalid berkata, di atas budi bicara mahkamah, tertuduh yang tidak diwakili peguam diberi ikat jamin sebanyak RM5,000 dengan seorang penjamin.
Mohammad Khalid turut menetapkan syarat tambahan kepada tertuduh iaitu perlu melaporkan diri setiap awal bulan setiap bulan di balai polis terdekat selain dilarang menghampiri mangsa sehingga kes selesai.
Kes ditangguh sehingga 11 April untuk sebutan semula.
Sebelum ini, seorang anggota polis mengalami luka di kepala selain patah tulang di bahagian kiri kepalanya selepas ditetak seorang lelaki di Lengkok Angsana, Bandar Baru Farlim di sini.
Mangsa yang berusia 29 tahun itu mengalami luka torehan sepanjang sembilan sentimeter di dahi dan enam sentimeter di bahagian belakang selain mengalami patah pada tulang kepala sebelah kiri.
Suspek kemudiannya berjaya ditahan pada jam 3.40 pagi, Rabu di kawasan Kondominium Sri Kristal di kawasan sama. -- Sinar Harian
Sinar Harian
Thu Mar 09 2023

Tertuduh ketika dibawa ke Mahkamah Sesyen George Town pada Khamis. - Foto Sinar Harian

Jualan 'gummy' dalam talian masih aktif
Produk ini dijual pada harga serendah RM6.50 sebalang dan mendapat sambutan hangat.
Kerajaan perkukuh inisiatif Astro-Tourism, anjur perkelahan astronomi
Kerajaan terus memperkukuh usaha memasyarakatkan dan membudayakan bidang astronomi dan sains angkasa menerusi pelbagai aktiviti dan program berbentuk pembelajaran sains bukan formal secara interaktif.

Keadaan Paus Francis masih 'kritikal' - Vatican
Vatican turut memaklumkan bahawa ketua gereja Katolik itu masih belum "bebas daripada bahaya."
Trump dakwa capai perjanjian dengan Ukraine
Presiden Donald Trump berkata pada Sabtu bahawa Amerika Syarikat telah menutup perjanjian dengan Ukraine mengenai perkongsian hasil daripada galian Ukraine sebagai sebahagian daripada usaha menamatkan perang

Fadillah sertai lebih 4,000 peserta larian kesedaran autisme
Penganjuran program berkenaan mampu memupuk kesedaran dalam kalangan masyarakat untuk lebih peka terhadap situasi golongan autisme.
12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Seramai 12 individu termasuk tiga kanak-kanak dan seorang bayi perempuan terperangkap dalam lif di sebuah hotel di sini pada Sabtu.
AWANI Ringkas: Dua rakyat Israel yang dibebaskan dalam kesihatan baik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

EPL: Sensasi Asensio buat Chelsea gigit jari
Asensio menjaringkan gol kemenangan Villa pada minit ke-89 hasil kesilapan penjaga gol Chelsea, Filip Jorgensen.

Saya kehilangan sahabat baik - MB Perak
Menurutnya, secara peribadi hubungan mereka baik sejak sebelum Allahyarham menjadi Ketua UMNO Bahagian Tapah pada 2018.

Muhammad Kamil akan umum keputusan tanding Ketua AMK
Katanya, walaupun kesemua 14 AMK negeri telah nyatakan sokongan terhadapnya, beliau perlukan sedikit masa untuk mempertimbangkannya.

Kelindan lori didakwa cuba bunuh polis
Seorang kelindan lori hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas pertuduhan cuba membunuh seorang anggota polis bulan lepas.

Pekerja kontrak mengaku tidak bersalah cuba bunuh polis
Seorang pekerja kontrak mengaku tidak bersalah atas pertuduhan cubaan membunuh seorang anggota polis.

Pembantu tukang masak dituduh cuba bunuh polis
Muhammad Luqman Hakim Mohd Shukri mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Mazdi Abdul Hamid.