LAHAD DATU: Seorang pekerja ladang kelapa sawit hilang disyaki dibaham buaya ketika memasang pukat di Sungai Silabukan di sini pada pagi Ahad.
Mangsa Salim Sakka, 50, disedari hilang oleh anaknya selepas tidak ditemui di kawasan sungai tersebut sebelum bertindak melaporkan kepada pihak polis.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lahad Datu, Sumsoa Rashid berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 9.45 pagi Isnin daripada pihak polis.
Menurutnya, seramai lapan anggota dikejarkan ke lokasi kejadian yang terletak sejauh 26 kilometer dari BBP Lahad Datu.
"Menurut saksi iaitu anak perempuan mangsa, bapanya keluar untuk memasang pukat di sungai berkenaan namun bapanya tidak ditemui di lokasi.
"Mangsa disyaki dibaham buaya di sungai tersebut dan usaha mencarinya dilakukan namun tidak berhasil sebelum bertindak mendapatkan bantuan daripada pihak polis dan pasukan bomba," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Isnin.
Sumsoa berkata, operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa segera dilakukan dengan kaedah pencarian di atas permukaan air.
"Operasi pencarian seluas dua kilometer dari lokasi mangsa dilaporkan hilang namun mangsa belum ditemukan.
- Sinar Harian
Sinar Harian
Mon Oct 16 2023

Seorang pekerja ladang kelapa sawit hilang disyaki dibaham buaya ketika memasang pukat di Sungai Silabukan pada pagi Ahad. - Sinar Harian

Jemaah menteri perlu terbuka terima kritikan, perbaiki kelompongan - PM Anwar
Anwar turut mengingatkan Jemaah Menteri mengenai perlunya kesatuan dan kebersamaan sekali gus berfungsi sebagai sebuah kerajaan MADANI.

Sidang kemuncak pemimpin Arab bermula di Riyadh di sebalik perancangan pembangunan semula Gaza
Putera Mahkota Arab Saudi Mohammed bin Salman menjadi tuan rumah bagi sidang kemuncak peringkat tinggi di Riyadh.

TFC, Kuching City seri 2-2 di SSMZA
TFC terpaksa berpuas hati dengan satu mata selepas diikat 2-2 oleh Kuching City FC dalam aksi Liga Super 2024/2025.

Kerajaan Jepun luluskan RUU tembakan kecemasan untuk haiwan berbahaya
Pindaan rang undang-undang ini bertujuan untuk membolehkan respons yang lebih cepat dan berkesan berbanding langkah sedia ada.

Jabatan Kesihatan Melaka tingkat pemantauan, saringan langkah awal kekang kusta
"Setakat ini tiada kes dikesan dalam kalangan penduduk Orang Asli di negeri ini melibatkan 14 perkampungan dengan lebih 2,000 penduduk."

Hubungan dua hala Bangladesh-Malaysia diperkukuh pada Hari Bahasa Ibunda Antarabangsa
Ahsan menyifatkan Malaysia sebagai model keharmonian dalam kepelbagaian komuniti linguistik.

Teknologi robotik pacu sektor pelancongan kesihatan di Melaka
Upaya memacu sektor pelancongan kesihatan yang menjadi satu daripada subsektor penting dalam industri pelancongan negeri.

Penantian veteran ATM hampir dua tahun dapat rumah baharu berakhir
Shamsudin Hamzah terpaksa menunggu lebih lama untuk mendapatkan rumah baharu kerana keadaan tanah di kawasan itu dari jenis gambut.

Sarawak hasrat bida tuan rumah World Robot Olympiad
Hasrat itu selaras dengan matlamat menjadikan Sarawak sebagai hab kecemerlangan pendidikan robotik serta STEM.

Ribut salji sebabkan gangguan meluas di Istanbul
Ribut itu membawa penurunan suhu yang ketara serta salji lebat, dengan keadaan paling buruk dilaporkan pada Jumaat.

Polis tahan pekerja ladang bantu siasatan penemuan mayat lelaki
Polis menahan seorang pekerja ladang bagi membantu siasatan susulan penemuan mayat seorang lelaki yang dipercayai dibunuh di sebuah kedai di Bukit Sekilau, semalam.

Sembilan pekerja ladang terhidu racun serangga di Kinabatangan
Sembilan pekerja di sebuah ladang sawit di Kinabatangan dikejarkan ke hospital selepas disyaki terhidu racun serangga pada Sabtu.

Suspek utama kes bunuh pekerja ladang sawit di Mukah ditahan
Suspek yang berumur lingkungan 30-an itu ditahan kira-kira lima kilometer dari tempat kejadian pada pukul 4.15 petang, tiga hari selepas kejadian.

JHL tembak mati empat buaya di Lahad Datu
Jabatan Hidupan Liar (JHL) menembak mati empat buaya jantan setiap satu berukuran lebih 3 meter dalam operasi tiga hari di sekitar Ladang Felda Sahabat 46, Tungku bermula Isnin lepas.

Pekerja ladang warga asing maut ditetak
Seorang pekerja ladang warga asing ditemukan maut dipercayai dibunuh di belakang rumah kongsi pekerja ladang sawit di Segaliud, Khamis lepas.

Pekerja ladang dihukum gantung bunuh adik kandung
Pekerja ladang dijatuhi hukuman gantung oleh Mahkamah Tinggi di sini, pada Jumaat atas pertuduhan membunuh adik kandungnya empat tahun lalu.

Pekerja ladang wanita maut dipukul rakan sekerja
Selepas tujuh hari bertarung nyawa, seorang pekerja ladang maut akibat dipukul rakan sekerja dalam satu pergaduhan di sebuah ladang di Paitan.

Pekerja ladang digilis treler selepas tikam pengawal keselamatan
Insiden itu berlaku kira-kira jam 3.45 pagi dipercayai kerana suspek berusia 23 tahun itu enggan mengikut arahan mangsa supaya pulang ke rumah kongsinya.

Empat warga Pakistan belasah pemandu kereta direman
Perintah tahanan reman ke atas suspek berusia 24 hingga 49 tahun itu dikeluarkan Majistret T Ashvinii.

Pekerja ladang maut digilis traktor
Kejadian pada jam 3 petang itu dikatakan berpunca daripada kegagalan menarik brek tangan pada kenderaan tersebut sehingga meragut nyawa lelaki warga Thailand yang berusia 36 tahun.