Seorang pekerja ladang warga Indonesia ditemui tidak bernyawa dipercayai maut akibat diserang gajah liar di Ladang Tunjuk Laut, Tanjung Sedili dekat sini tengah semalam.
Mangsa yang dikenali sebagai Sofian Adi, 33, dipercayai hilang sejak Selasa dan dijumpai dalam keadaan tertangkup di kawasan ladang berkenaan.
Komander Operasi Balai Bomba Penyelamat Kota Tinggi, Rahman Hashim berkata pihaknya menerima maklumat dari bilik kawalan tentang seorang lelaki hilang pada jam 8.57 pagi Selasa sebelum bergegas ke lokasi bersama enam anggota dan dua kenderaan pacuan empat roda.
"Mangsa dijumpai kira-kira jam 12.50 tengah hari (Rabu) oleh pekerja ladang yang melakukan operasi mencari.
"Pekerja ladang berkenaan menjumpai kasut mangsa terlebih dahulu sebelum menjumpai mayat mangsa kira-kira 100 meter dari kasut tersebut," kata beliau ketika dihubungi di sini pada Rabu.
"Kita dimaklumkan seorang lagi rakan mangsa mengalami cedera akibat diserang haiwan liar itu dan kini sedang dirawat," kata Rahman.
Ekoran penemuan mayat lelaki itu operasi mencari dan menyelamat ditamatkan jam 1.30 tengah hari tadi dan mayat diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.
Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Ahsmon Bajah turut mengesahkan mayat mangsa yang dijumpai adalah pekerja ladang warga Indonesia.
"Mangsa disedari telah hilang sejak semalam (Selasa) dan tengah hari Rabu mangsa ditemui mati dengan kesan dipijak gajah," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jun 22 2017

Seorang pekerja ladang warga Indonesia ditemui tidak bernyawa dipercayai maut akibat diserang gajah liar di Ladang Tunjuk Laut, Tanjung Sedili pada Rabu. - Foto Bernama
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Kes buli hanya rosakkan imej UPNM, serah pada polis untuk siasat - Menteri
Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, Kementerian Pertahanan berpendirian kejadian seumpama itu tidak wajar berlaku dan hanya merosakkan imej UPNM dan institusi pengajian tinggi.

Lelaki dipijak gajah masih dirawat di hospital
Saarani sempat meluangkan masa menziarahi mangsa yang berasal dari Felda Bersia, Gerik dan ahli keluarga di HRPB pada Jumaat.

Cedera dipijak pegawai kanan imigresen
Siasatan polis mendapati kejadian tersebut berlaku pada jam 9.30 pagi Khamis.

Bola sepak Indonesia terus tercemar, penyokong maut dibelasah
Bola sepak Indonesia terus tercemar dengan insiden kematian penyokong bola sepak akibat pergaduhan.

Pekerja ladang maut dipercayai dipijak gajah liar 'naik minyak'
Mangsa yang dikenali sebagai Sofian Adi, 33, dipercayai hilang sejak semalam.

Gajah Sumatera mengamuk, doktor haiwan maut di Jawa Tengah
Seorang doktor haiwan berusia 25 tahun maut selepas diserang seekor gajah Sumatera di sebuah pusat aktiviti pelancongan di Indonesia.