SIBU: Seorang pekerja ladang kelapa sawit hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi di sini atas pertuduhan membunuh dua wanita warga Indonesia yang mayat mereka ditemukan terapung di Sungai Samong, Daro bulan lepas.
Ahmad Robin, 31, didakwa membunuh Pandang Sarang di sebuah ladang kelapa sawit pada 11 pagi 11 Feb lepas dan Muli Laha di sebuah ladang kelapa sawit lain di Daro pada 11 malam hari sama mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati jika sabit kesalahan.
Pada prosiding hari ini, selepas pengakuan tertuduh direkodkan di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman Christopher Chin, pendakwaan memanggil saksinya untuk memberi keterangan.
Sijaya, 50, suami Pandang Sarang, memaklumkan mahkamah bahawa pada 7.20 pagi hari kejadian, mangsa memberitahunya mahu ke pasar Daro bersama-sama Muli Laha dan seorang lagi wanita warga Indonesia bernama Tene dengan menumpang kereta tertuduh.
"Isteri saya ada membawa wang sebanyak RM2,500 untuk membeli barangan keperluan selain memakai rantai dan anting-anting emas," katanya dalam pernyataan bertulis yang dibaca di mahkamah.
Selepas Pandang Sarang tidak pulang ke rumah hingga 7 pagi esoknya, dia dan Ero Nyale (suami Muli Laha) mencari isteri mereka di kawasan ladang sehingga ke Kampung Tebaang.
Dia berkata pada 12.30 tengah hari, mereka dimaklumkan bahawa polis telah menjumpai mayat isteri mereka oleh seorang pemandu van ladang.
"Saya berasa amat terkejut dan tidak dapat berkata apa-apa apabila mendapat tahu mayat yang dijumpai terapung di sungai itu adalah mayat isteri saya," katanya sambil menambah dia amat mengenali serta berkawan baik dengan Ahmad dan Pandang Sarang sering menggunakan khidmat tertuduh untuk ke Daro bagi membeli barangan keperluan selepas menerima gaji.
Sijaya berkata dia dan isterinya mula bekerja di ladang kelapa sawit itu sejak tiga tahun lepas dan mengenali tertuduh yang juga pemandu van di ladang tersebut.
Terdahulu, ketika Ero Nyale, 48, dipanggil memberi keterangan, jurubahasa Makasar yang dilantik oleh konsulat Indonesia Muhiddin Salihi berdepan kesukaran berkomunikasi dengan saksi yang kelihatan masih takut dan mengalami gangguan emosi akibat kejadian itu.
Perbicaraan bersambung 25 Mac ini.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Dona Liyanna Sabariah Azmi manakala Ahmad diwakili peguam Ben Lau.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Mar 04 2022

Ahmad Robin, 31, didakwa membunuh kedua-dua mangsa pada 11 Feb lepas. - Gambar hiasan
AWANI Ringkas: Salah guna teknologi | Sistem keselamatan LRT berfungsi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Sistem keselamatan hentian kecemasan berfungsi - Anthony
Kementerian Pengangkutan menolak tanggapan insiden di LRT Titiwangsa yang menyebabkan kematian seorang lelaki OKU penglihatan berpunca kegagalan sistem keselamatan hentian kecemasan pencerobohan penumpang.
Menteri Luar Thailand bertemu pemerintah Myanmar
Menteri Luar Thailand, Maris Sangiampongsa mengadakan pertemuan bersama pemerintah Myanmar, Jeneral Min Aung Hlaing baru-baru ini.
Kes penculikan jejas sentimen warga China terhadap Thailand
Thailand berdepan tekanan untuk mencapai sasaran kemasukan 9 juta pelancong dari China tahun ini.

Timor-Leste mungkin jadi anggota ke-11 ASEAN pada Oktober ini - Mohamad Hasan
Timor-Leste berkemungkinan besar menyertai ASEAN sebagai anggota tetap pada Sidang Kemuncak ke-47 ASEAN di Kuala Lumpur Oktober ini.
Penagih tegar Bukit Malut kena cekup
AADK Kedah menyerbu lokasi pengedaran dan pengambilan dadah di Bukit Malut, dalam operasi Op Perdana.
Suri rumah tikam suami hingga mati, tidak beri respons
Seorang suri rumah dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kajang atas pertuduhan membunuh suaminya di sebuah pangsapuri di Bandar Teknologi, Semenyih, pada 16 Februari lalu.

PM Anwar lakukan lawatan kerja ke Vietnam esok, sampai ucaptama pada ASEAN Future Forum
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan melakukan lawatan kerja ke Vietnam bermula esok dan akan menyampaikan ucaptama pada ASEAN Future Forum ke-2 pada Rabu.

Celik MADANI: 1 juta pelajar IPT akan terima pelaburan awal RM50 – Amir Hamzah
Seramai satu juta pelajar Institusi Pengajian Tinggi akan menerima pelaburan awal percuma sebanyak RM50 menerusi program Celik MADANI.

Konya, mutiara Turkiye yang kaya sejarah
Bandar tertua di Turkiye dengan populasi lebih dua juta penduduk itu, Konya sinonim sebagai pusat pemerintahan Seljuk antara 1071 hingga 1308.

Pekerja ladang mengaku tidak bersalah bunuh dua wanita Indonesia
Seorang pekerja ladang kelapa sawit hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi di sini atas pertuduhan membunuh dua wanita warga Indonesia.