BALING: Seorang pekerja ladang warga Myanmar maut selepas terlibat dalam pergaduhan dengan rakan senegaranya di sebuah ladang tembikai di Kuala Ketil dekat sini, Ahad lepas.
Ketua Polis Daerah Baling Supt Shamsudin Mamat berkata mangsa yang maut dikenali sebagai Kyuk Sikay, 36, manakala rakannya yang mengalami kecederaan telah melarikan diri.
Beliau berkata pada malam kejadian, pengurus ladang yang tinggal di Pokok Sena telah menerima pesanan suara menerusi aplikasi WhatsApp daripada seorang pekerja memaklumkan mengenai pergaduhan itu namun hanya didengari kira-kira 7 pagi sebelum membuat laporan polis setelah mengetahui ada pekerjanya yang terkorban.
"Siasatan lanjut mendapati lokasi kejadian adalah di kawasan tempat pembuangan sampah sawit di ladang terbabit dan tiada kamera pengawasan dipasang di situ.
"Terdapat dua khemah didirikan di ladang berkenaan bagi menempatkan 12 pekerja ladang dan mangsa yang maut dijumpai pada jarak 500 meter dari khemah dalam keadaan terbaring di dalam lubang tempat pembuangan sampah," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata pemeriksaan awal pada badan mangsa mendapati terdapat tujuh kesan tikaman di bahagian hadapan dada dan satu kesan tikaman di bahagian rusuk kiri yang dianggarkan satu hingga empat sentimeter.
"Siasatan lanjut pihak forensik mendapati mangsa tidak mempunyai sebarang kecederaan luaran lain dan mangsa dianggarkan telah mati dalam tempoh 24 jam dan unit anjing pengesan telah bertindak melakukan pencarian (suspek)," katanya.
Shamsudin berkata, mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) Alor Star untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
"Kita telah menggerakkan pasukan untuk mengesan dan menangkap suspek malah pemeriksaan turut dilakukan di kawasan sekitar dan klinik kesihatan berhampiran bagi mengesan suspek dan pekerja lain yang melarikan diri.
"Pengurus ladang terbabit turut ditahan kerana mengambil pekerja warga asing tanpa permit mengikut Akta Imigresen," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Feb 13 2024

Pemeriksaan awal pada badan mangsa mendapati terdapat tujuh kesan tikaman di bahagian hadapan dada dan satu kesan tikaman di bahagian rusuk kiri pada tubuh mangsa. - Gambar hiasan

Pelajar Tingkatan Satu maut dirempuh lori selepas turun bas
Supt Mohammad Shofee Tayib berkata, laporan mengenai kejadian itu diterima daripada orang awam pada jam 7.45 petang.

Nurfakhira ditemui selamat di rumah nenek rakan lelaki
ACP Bahrin berkata, remaja berkenaan ditemui dalam keadaan baik di rumah nenek rakan lelakinya.

3 bas meletup di Tel Aviv, polis Israel tuduh pengganas
Dua butir bom turut ditemukan dalam bas yang berasingan berjarak kira-kira 500 meter antara satu sama lain.

‘Palestin bukan untuk dijual’: Presiden Abbas tegaskan tolak rancangan pemindahan paksa
Presiden Palestin tegaskan negaranya "bukan untuk dijual" dan menolak sebarang usaha pemindahan penduduk Palestin secara paksa.

Kanak-kanak dilanggar depan sekolah, terperosok bawah MPV
Pihak JBPM Putrajaya menerima laporan berhubung kejadian pada 4.55 petang, melibatkan sebuah MPV jenis Perodua Alza.

Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian.

Enam juruterbang TUDM jalani latihan kendali pesawat FA-50M di Korea Selatan Oktober ini
Enam juruterbang TUDM akan jalani latihan intensif untuk membiasakan diri dengan sistem operasi pesawat baharu FA-50M di Korea Selatan pada Oktober ini.

Tipu umrah: Polis rakam keterangan 9 individu
Menurut Ramli, pegawai penyiasat telah merakam percakapan sembilan individu antaranya pengadu, pengarah dan kakitangan syarikat berkenaan.

Wanita kunci kepada dialog intra-Islam, kata pakar
Wanita berperanan memajukan dialog intra-Islam dan pembangunan masyarakat, menyumbang kepada pembentukan generasi akan datang melalui toleransi.

JK HARMONI bincang kaedah terbaik perkukuh perpaduan - Mohd Na'im
JK HARMONI mencari jalan dan memberikan pandangan kepada kerajaan tentang kaedah terbaik untuk memperkukuh perpaduan masyarakat.

Empat lelaki didakwa culik dua warga asing
Empat lelaki didakwa di Mahkamah Majistret di sini, hari ini, atas pertuduhan menculik dua lelaki warga asing dalam kejadian di tapak pembinaan di Telok Air Tawar, Butterworth pada 13 November lepas.

Dua lelaki ditahan bantu siasatan penyeludupan warga Myanmar
Dua lelaki itu ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 26J Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 (Akta 670).

Anak tikam ibu sampai mati gara-gara sering dimarahi kerana masalah kewangan
Pihak polis menerima laporan berhubung kejadian daripada orang awam pada 5.49 petang, pada Selasa.

Dua individu menyamar polis samun warga Myanmar dipenjara setahun, tiga sebatan
Dua individu hari ini dihukum penjara setahun dan tiga sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini kerana melakukan samun berkumpulan terhadap seorang lelaki warga Myanmar dua bulan lepas.

Polis buru suami mangsa bunuh di Balik Pulau
Polis masih memburu seorang lelaki warga Myanmar yang dipercayai suami kepada wanita warga asing yang menjadi mangsa bunuh dalam kejadian di Flat Taman Indah, Batu Maung, di sini pada Rabu malam.

Dua lelaki didakwa bunuh rakan
Seorang lelaki warga Myanmar dan rakannya warga tempatan, didakwa di Mahkamah Majistret Kuantan pada Rabu atas pertuduhan membunuh seorang lagi rakan mereka dua minggu lalu.

Tiga warga Myanmar ditahan masuk ke Malaysia melalui Sungai Golok
Tiga lelaki warga Myanmar ditahan ketika cuba masuk ke negara ini melalui Sungai Golok, malam tadi.

Mati dibunuh kerana hutang RM2,500
Akibat hutang RM2,500, seorang lelaki warga Myanmar dibunuh rakannya dalam kejadian di Kepong, di sini Selasa lalu.

Pekerja ladang warga Myanmar maut dalam pergaduhan
Seorang pekerja ladang warga Myanmar maut selepas terlibat dalam pergaduhan dengan rakannya di sebuah ladang tembikai di Kuala Ketil.

Berang pasang muzik kuat, lelaki kelar leher rakan
Seorang lelaki warga Myanmar diberkas selepas dipercayai mengelar leher rakannya menggunakan pisau pemotong sayur di sebuah asrama pekerja di Jalan Pantai Puteri, pada petang Khamis.