KLANG: Syarikat konsortium pertanian Sinergi Perdana Sdn Bhd didenda RM40,000 atau penjara 12 bulan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini kerana gagal memastikan keselamatan di tempat kerja sehingga menyebabkan seorang pekerja maut terkena renjatan elektrik, dua tahun lepas.
Hakim Razali Arifin menjatuhi hukuman itu terhadap syarikat tersebut sebagai Orang Kena Saman (OKS) selepas syarikat itu yang diwakili Pengurus Undang-Undang dan Korporat Siti Fairuz Kamis, 35, mengaku bersalah atas pertuduhan yang dihadapi.
Sinergi Perdana sebagai majikan didakwa gagal memastikan keselamatan, kesihatan dan kebajikan semasa bekerja dengan tidak menyediakan maklumat, arahan, latihan dan penyeliaan untuk menjalankan aktiviti kerja kimpalan pada tapak motor elektrik 'granulator chute' sehingga menyebabkan kemalangan maut kepada Jafri Jamaluddin, 41.
Syarikat itu melakukan kesalahan tersebut di bahagian pengeluaran dalam kilang, di Kawasan Perindustrian Bandar Sultan Suleiman, Pelabuhan Klang, di sini pada 4.50 petang 19 Feb 2019.
Pertuduhan mengikut Seksyen 15(2)(c) Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 serta dihukum di bawah Seksyen 19 akta sama yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda tidak melebihi RM50,000 atau kedua-duanya.
Mengikut fakta kes, ketika kejadian mangsa yang bekerja berseorangan telah membuat kerja baik pulih 'granulator chute' telah terkena renjatan elektrik.
Mangsa dikejarkan ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang tetapi disahkan meninggal dunia semasa mendapatkan rawatan.
Terdahulu, semasa memohon hukuman yang ringan, Siti Fairuz berkata kemalangan tersebut berlaku ketika syarikat itu baru beroperasi selama setahun dan ia merupakan kesalahan pertama.
"Kami telah mengambil tindakan segera dengan menyediakan prosedur operasi standard (SOP) dan mengamalkan kerja-kerja selamat dengan pekerja sentiasa diberikan latihan," katanya.
Pegawai Pendakwa Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Selangor Jamaludin Harun dan Mohd Nizam Teh Kammaruddin berkata akibat kecuaian tersebut, syarikat itu kehilangan pekerja berkemahiran.
"Tindakan dibuat selepas kejadian berlaku sepatutnya dilakukan sebelum berlaku. Justeru, saya mohon hukuman setimpal dan berat sebagai pengajaran kepada OKS dan peringatan kepada syarikat di luar sana," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Nov 16 2021

Syarikat Sinergi Perdana Sdn Bhd yang diwakili Pengurus Undang-Undang dan Korporatnya, Siti Fairuz Kamis (kanan) didenda RM40,000 oleh Mahkamah Sesyen Klang hari ini. - Bernama

Malaysia semakin popular sebagai destinasi acara korporat India
Segmen MICE merupakan antara bidang tumpuan utama Tourism Malaysia pada SATTE tahun ini di New Delhi.

Pemandu maut, nahas dua lori di Lebuhraya Utara Selatan
Mangsa yang berusia 43 tahun meninggal dunia di tempat kejadian.

PGA tumpas cubaan seludup 1,000 anak pokok Bromeliad
Anggota Batalion 8 PGA menahan sebuah lori yang dipandu dalam keadaan mencurigakan pada kira-kira 5.30 petang, dalam Op Taring Wawasan.

When Legend Rise: KO! Adli Hafidz tumbangkan peninju Indonesia dalam pusingan ketiga
Adli Hafidz Pauzi menumbangkan Sony Manakane secara knockout (KO) dalam pertarungan When Legend Rise, di Bangkok, malam tadi.

Sanggup bujang, kerja sambilan demi jaga bapa
Bagi Noraziana, bapanya adalah segala-galanya dan sudah menjadi tanggungjawabnya untuk menjaga dengan sebaiknya sebagai membalas jasa beliau.
JAWI panggil individu pakai seperti wanita dalam acara hiburan
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) akan memanggil semua individu yang berpakaian menyerupai wanita dalam sebuah acara hiburan pada 16 Februari lalu.
Budak tercekik gula-gula kenyal meninggal dunia
Kanak-kanak berusia 10 tahun yang dipercayai tercekik gula-gula kenyal berbentuk mata meninggal dunia.
Warga asing ditahan jual tisu di lampu isyarat
Seorang lelaki warga asing berusia 49 tahun ditahan polis di lampu isyarat Puchong Jaya selepas didapati menjual tisu kepada pengguna jalan raya, sekali gus mengganggu kelancaran lalu lintas.
Pistol berkarat ditemukan di belakang medan selera Pantai Bersih
Sepucuk pistol berkarat dan tidak berfungsi ditemukan di kawasan belakang sebuah medan selera di Pantai Bersih Butterworth pada Rabu.
Protes: Pelajar anjur 'Indonesia Gelap', bantah potongan bajet
Ribuan pelajar di seluruh Indonesia mengadakan protes besar-besaran pada Khamis bagi membantah pemotongan bajet dan dasar-dasar Presiden Prabowo Subianto yang dikhuatiri akan menjejaskan sistem sokongan sosial serta masa depan mereka.

Operator kilang maut terjatuh dalam mesin proses tandan sawit
Serpihan baju, kasut dan cebisan tulang merungkai kehilangan seorang lelaki sebelum ditemui maut setelah terjatuh dalam mesin memproses sawit dekat sebuah kilang di Jenjarom di sini pada Selasa.

Pekerja pembaikan maut terjatuh bumbung kilang
Seorang pekerja maut selepas terjatuh dari ketinggian 12 meter ketika menjalankan kerja-kerja pembaikan alang dan bumbung di kilang pembuatan di Perai.

Pekerja maut terkena renjatan elektrik di tapak pembinaan
Seorang pekerja warga asing maut selepas terkena renjatan elektrik di George Town Pulau Pinang.

Mati tersepit ketika selenggara lori
Seorang pekerja penyelenggaraan maut apabila tersepit di bahagian bawah kabin lori di sebuah bengkel di Jalan Tasek, Simpang Ampat di sini pada Jumaat.

Pekerja maut ditimbus simen mampat
Sebuah kilang simen di Hulu Kinta, dekat sini diarahkan menghentikan kerja-kerja pembersihan silo selepas seorang pekerja warga asing maut akibat ditimbus simen mampat, pada Isnin.

Pekerja maut dipercayai tersepit mesin pemampat kertas
Supian Alias berkata, pihaknya bagaimanapun masih menyiasat lanjut punca sebenar kematian mangsa dalam kejadian jam 6.50 petang itu.

Pekerja maut terkena renjatan elektrik, syarikat didenda RM40,000
Syarikat konsortium pertanian Sinergi Perdana Sdn Bhd didenda RM40,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini kerana gagal memastikan keselamatan di tempat kerja.

Kadar kemalangan maut di tempat kerja berkurang - Mahfuz
Kesedaran majikan serta pekerja berkenaan kepentingan tempat kerja yang sihat serta selamat menjadi punca utama kepada penurunan terbabit.

Majikan perlu jadikan OSH sebagai budaya kerja
Data Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) menunjukkan sebanyak 711 kes kemalangan maut di tempat kerja dicatat di seluruh negara sepanjang tahun lepas.