Perintah reman terhadap lelaki tempatan berusia 46 tahun itu dikeluarkan Majistret Siti Nur Suhaila Baharin bermula hari ini sehingga 8 Mac depan.
Permohonan reman itu dibenarkan bagi membolehkan pihak polis menjalankan siasatan mengikut Seksyen 8(a) Akta Senjata 1960.
Difahamkan peluru itu dijumpai oleh suspek pada bulan Mei tahun lalu di sebuah rumah milik seorang lelaki yang telah meninggal dunia pada 2021.
Suspek menemui peluru berkenaan semasa dia melakukan kerja-kerja pembersihan sebelum menyimpannya di dalam stor di blok lain pangsapuri sama.
Suspek kemudian dikatakan, meletakkan beg berisi peluru di kawasan pembuangan sampah pangsapuri berkenaan sebelum menelefon polis bagi memaklumkan penemuan kerana tidak tahu cara yang betul untuk melupuskan peluru tersebut.
Media pada Rabu melaporkan polis menahan lelaki tersebut sekaligus berjaya menyelesaikan kes penemuan beg berisi ratusan peluru dalam tempoh 24 jam.
Difahamkan, peluru tersebut boleh digunakan untuk memburu haiwan serta latihan menembak.
