Seorang pegawai khidmat pelanggan Lembaga Tabung Haji (TH) melalui pengalaman menjijikkan apabila termakan bahagian kepala dan kaki seekor lipas yang ditemui di dalam makanannya ketika dirawat di sebuah hospital swasta di sini, Mei tahun lepas.
Kesan daripada insiden itu, Wan Hailmey Mahrawi, 38, mengalami loya, muntah-muntah, sakit perut dan demam panas.
Bagaimanapun, nasib beliau terbela apabila Mahkamah Sesyen di sini hari ini memerintahkan Selangor Specialist Hospital Sdn Bhd, pemilik KPJ Selangor Specialist Hospital (KPJ Selangor) membayar ganti rugi RM67,000 selepas membenarkan tuntutan saman yang difailkan oleh Wan Hailmey terhadap syarikat itu pada Ogos tahun lepas.
Dalam keputusan ringkasnya, Hakim G.Ramesh berkata Wan Hailmey selaku plaintif berjaya membuktikan kesnya dan justeru tuntutan beliau dibenarkan dengan kos.
Ramesh memerintahkan Wan Hailmey dibayar pampasan sebanyak RM7,000 bagi ganti rugi am untuk sakit perut dengan cirit birit selama lima hari dan RM60,000 bagi ganti rugi teladan.
Keputusan Ramesh dibacakan Hakim Nurulizwan Ahmad Zubir kerana Hakim Ramesh yang mendengar kes itu telah bertukar ke mahkamah Petaling Jaya.
Turut hadir peguam Hazizah Kassim yang mewakili plaintif dan peguam Rodzeka Kamdari dan Aziana Abu Bakar yang mewakili defendan. Bagaimanapun, Wan Hailmey tidak hadir.
Dalam pernyataan tuntutannya, plaintif berkata pada 18 Mei tahun lepas, beliau dimasukkan ke KPJ Selangor selama lima hari untuk mendapatkan rawatan kerana masalah cakera teranjak di bahagian tulang belakang yang dialami sejak 2006.
Wan Haimey mendakwa pada 20 Mei, beliau telah disediakan hidangan makanan tengah hari iaitu nasi putih, ikan masak asam pedas serta sayur dan ketika menikmati makanan itu, plaintif mendapati sayur itu mengandungi seekor lipas dan beliau termakan bahagian kepala serta kaki lipas berkenaan.
Sejurus itu, katanya, beliau memanggil beberapa jururawat yang berada di dalam wad untuk menunjukkan lipas itu dan ada di antara jururawat itu mengambil gambar lipas berkenaan.
Keesokannya (21 Mei), plaintif berkata beberapa pegawai defendan termasuk pengurus operasi, ketua jururawat, chef serta dua individu lain datang berjumpa dengan beliau di wad berkenaan insiden itu.
Menurutnya selepas insiden itu, beliau mengalami muntah-muntah, loya, sakit perut, demam panas, hilang selera makan serta trauma untuk makan nasi dan insiden itu juga memberi kesan buruk kepadanya dari segi fizikal dan mental.
Beliau mendakwa defendan selaku pemilik KPJ Selangor gagal dan/atau cuai untuk memastikan makanan yang disediakan kepadanya selamat dan/atau bersih daripada serangga perosak.
Pada 1 Jun, plaintif membuat aduan berkenaan insiden itu kepada Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Kementerian Kesihatan.
Wan Hailmey berkata pada 2 Jun, beliau melalui peguamnya memberi notis tuntutan kepada defendan untuk satu ganti rugi, namun, defendan didakwa telah gagal, enggan dan/atau cuai untuk memenuhi tuntutan di dalam notis tuntutan itu.
Sehubungan itu, plaintif menuntut ganti rugi am, ganti rugi kesakitan yang dialaminya setelah memakan makanan mengandungi lipas itu, ganti rugi teladan, faedah enam peratus ke atas jumlah ganti rugi, kos tindakan dan relif lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.
Bernama
Fri Apr 22 2016

Mahkamah Sesyen memerintahkan Selangor Specialist Hospital Sdn Bhd, pemilik KPJ Selangor Specialist Hospital kepada Wan Hailmey. - Gambar fail

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.
598 warga asing ditahan di Klang, ada yang sanggup sembunyi dalam longkang
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Imigresen Malaysia Jafri Embok Taha berkata, kesalahan dilakukan merangkumi tiada dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa, salah guna pas dan pelbagai kesalahan lain.
AWANI Ringkas: Reformasi Institusi, Perkukuh Demokrasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Sistem Kesihatan KPJ bukti transformasi berasaskan nilai - Dr Dzulkefly
Sistem Kesihatan KPJ yang dilancarkan pada Sabtu adalah simbol transformasi kepada landskap sektor kesihatan negara.

Hala tuju KPJ: Adaptasi teknologi semasa, tawar perkhidmatan perubatan holistik
KPJ turut menjalinkan kerjasama erat dengan rakan penyedia kesihatan lain bagi memperkukuh kedudukan kumpulan.

Untung bersih KPJ melonjak kepada RM51.9 juta bagi suku pertama
Perolehan KPJ pula meningkat kepada RM828.98 juta daripada RM641.64 juta, kenaikan sebanyak 29 peratus, bagi tempoh yang sama.

"Eh, ingat masih moratorium..." antara alasan tidak perbaharui lesen, cukai jalan
Pengguna jalan raya diingatkan sentiasa memeriksa lesen memandu lebih-lebih lagi menjelang tarikh ulang tahun kelahiran.

Seorang lagi ditahan bantu siasatan kes pemerdagangan manusia - KP N. Sembilan
Polis menahan seorang lagi individu bagi membantu siasatan kes pemerdagangan manusia yang didakwa bagi tujuan eksploitasi seks, Sabtu lepas.

KPJ Healthcare jual kepentingan dalam hospital Indonesia
KPJ Healthcare Bhd telah melupuskan kseluruhan 80 peratus kepentingan dalam operasi hospital pakar di Jakarta Barat, Indonesia.

Saham Hartalega, Top Glove meningkat susulan WHO isytihar COVID-19 sebagai pandemik
Saham syarikat pembuat sarung tangan getah, Hartalega Holdings Bhd dan Top Glove Corporation Bhd diniagakan tinggi hari ini.

Abang bomba, JPJ sahut Panama Dance Challenge!
Para anggota perkhidmatan awam kita menampilkan sisi lain diri mereka di sebalik uniform masing-masing.

KPJ akan buka hospital pakar di Batu Pahat
Puteri Specialist Hospital (Johor) Sdn Bhd, anak syarikat KPJ Healthcare Bhd merancang membuka sebuah hospital pakar di Batu Pahat, Johor, yang menelan kos RM67.6 juta.

Pekerja TH terima ganti rugi RM67,000 kerana lipas dalam makanan hospital
Seorang pegawai TH melalui pengalaman menjijikkan apabila termakan bahagian kepala dan kaki seekor lipas yang ditemui di dalam makanannya.